Peniaga ditemui mati dengan isi perut terburai
BEGINILAH keadaan mayat lelaki ditemui mati dengan perut terburai di Kampung Teluk Gong, Melaka semalam.
ALOR GAJAH - Seorang peniaga perabot dan barangan elektrik ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan isi perutnya terburai dipercayai ditikam di kawasan pantai Kampung Teluk Gong di sini malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mayat Oh Son Liong, 55, ditemui sekumpulan ahli Kelab Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan yang sedang melakukan rondaan pada pukul 10 malam.
"Ketika sedang meronda, mereka menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit lalu melakukan pemeriksaan lebih lanjut di kawasan sekitar.
"Mereka kemudian menemui mayat mangsa dengan isi perut terburai di dalam semak kira-kira 20 meter daripada lori lalu melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Penarik kereta kempunan jadi kaya
Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my
MOHMAD SALLEH menunjukkan dadah serta peralatan memproses dadah yang dirampas di Wangsa Maju pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Hasrat seorang penarik kereta untuk menjadi kaya menerusi penjualan dadah akhirnya memakan diri apabila makmal dadah yang diusahakannya selama setahun di Wangsa Maju di sini, diserbu Jabatan Narkotik Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Lelaki berusia 40 tahun itu, disyaki menjadi pengedar dadah jenis syabu bersama pasangannya yang berusia 28 tahun itu, aktif sejak setahun yang lalu. Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, hasil maklumat daripada jiran yang mencurigai aktiviti pasangan itu akhirnya membongkar kegiatan jahat pasangan kekasih yang juga positif dadah jenis syabu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Hajat berbuka tidak kesampaian
Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
SRI AMAN – Perjalanan enam staf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak termasuk tiga wanita bagi menghadiri program berbuka puasa di Betong bertukar tragedi apabila empat daripada mereka terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di sini semalam
Kejadian pada pukul 3.30 petang di Skrang itu menyebabkan dua penumpang lain cedera termasuk seorang daripadanya kritikal.
Mangsa yang maut ialah Penolong Pengarah Jakim negeri, Ibrahim Hailee, 35; Harliani Hanan, 29; Halimah Hamrie, 30, dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.
Keempat-empat mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Pemuda dicekup ketika cuba ragut beg pelajar
LELAKI yang ditahan ketika cuba meragut beg pelajar kolej di Jalan Gombak, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Cubaan seorang lelaki meragut beg tangan pelajar sebuah kolej yang memandu kereta sendirian mengundang padah apabila dia ditahan orang awam di Jalan Gombak di sini pagi semalam.
Ketika kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di kawasan tersebut ketika dalam perjalanan ke kolejnya.
Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, suspek yang menunggang motosikal mendekati kereta mangsa selepas terlihat beg tangan pelajar tersebut yang diletakkan di tempat duduk penumpang belakang kereta Perodua Kancil itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment