Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Syiah ancam kestabilan negara
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 2, 2013
CHENOR - Umat Islam perlu berhati-hati dengan gerakan Syiah kerana golongan tersebut sentiasa memanfaatkan kejahilan orang Islam untuk menarik sokongan menyertai mereka.
Adun Chenor, Mohd Ariffin Awang Ismail berkata, ideologi Syiah boleh membawa ancaman besar kepada kestabilan politik negara kerana pengikutnya dituntut mendapatkan kuasa pemerintahan hingga ke peringkat berlakunya pertumpahan darah.
Menurutnya, tuntutan itu terkandung di dalam prinsip pegangan mereka, selari dengan penambahan satu lagi rukun di dalam Rukun Islam yang lima iaitu al-Wilayah (penguasaan), selain menambah satu lagi surah dalam al-Quran yang juga dinamakan al-Wilayah.
"Akibat tuntutan ini, berlaku ancaman di kebanyakan negara seperti di
"Salah satu rukun di dalam mazhab Syiah ialah memerangi individu dan golongan yang menyokong para sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman al-Affan, termasuk para isteri Rasulullah dengan mendakwa mereka sebagai golongan zalim," katanya ketika ditemui menyempurnakan Program Tadarus, Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa, di sini.
Mohd Ariffin berkata, pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk di
"Syiah amat memusuhi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengatakan kita bersekongkol dengan kezaliman para sahabat, walhal para sahabat merupakan golongan yang dijamin ALLAH ke syurga.
"Fatwa mengharamkan fahaman Syiah perlu diwartakan segera bagi memastikan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam itu tidak menular secara berleluasa," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Maznah direman
Oleh: MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON
Tarikh: August 2, 2013
SEGAMAT - Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan di YouTube di internet direman bermula semalam hingga hari ini.
Tahanan reman ke atas Maznah Mohd Yusof, 38, yang turut dikenali sebagai Chetz Yusof dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat Mohd Anuar Ostadi di sini, semalam.
Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Inspektor Osthman Mantaha memohon tempoh tahanan reman selama empat hari, namun peguambela Maznah, G Visvanathan membantah dengan alasan anak guamannya sudah ditahan di Bukit Aman sejak kelmarin.
Dia dibawa oleh sepasukan anggota IPD Segamat ke mahkamah majistret di sini pada jam 10 pagi semalam.
Polis menahannya selepas didakwa membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Ia berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh orang awam berkaitan klip video terbabit di IPD Segamat pada 30 Julai lalu.
Dalam klip video yang berdurasi 1 minit dan 44 saat itu menunjukkan seorang individu memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pengadu yang juga peniaga berusia 23 tahun buat satu laporan polis pada 30 Julai di IPD Segamat kerana tidak berpuas hati dengan Maznah.
"Pengadu membuka laman sosial Facebooknya di kediamannya di sekitar daerah ini pada jam 10 pagi, 30 Julai lalu.
"Pengadu melihat klip video mengandungi rakaman orang berwuduk disamakan dengan membersihkan anjing dan berlatarbelakangkan laungan takbir raya. Pengadu kemudiannya buat laporan polis kerana hina agama Islam," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pertahan bidang kuasa mahkamah
Oleh: DR MASHITAH IBRAHIM
Tarikh: August 2, 2013
Saranan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria minggu lalu agar Perkara 3, 5 dan 11 Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menjamin kedudukan dan kedaulatan Islam perlu diberi perhatian serius. Pandangan beliau adalah ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan keislaman tiga kanak-kanak bawah umur atas dasar keadilan asasi, serta kecelaruan yang timbul apabila Perlembagaan tidak membenarkan mahkamah syariah membicarakan kes membabitkan orang bukan Islam. Beliau juga mempertikai tafsiran agama Islam dalam Perkara 3 sebagai amalan sahaja, tetapi tidak merangkumi undang-undang.
Prinsip yang dibangkitkan Harussani pernah dipertahan tokoh perundangan Islam terkenal, Allahyarham Prof Emeritus Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim yang berpendapat 'agama Islam' dalam Perlembagaan merujuk kepada cara hidup (ad-deen) yang merangkumi semua aspek, termasuk undang-undang. Mahkamah Tinggi Sivil dalam kes Meor Atiqulrahman bin Ishak dan Lain-lain lawan Fatimah bt Sihi dan Lain-lain (2000) mentafsir Islam sebagai agama Persekutuan yang mempunyai maksud luas, bukan sahaja untuk upacara rasmi, amalan dan kepercayaan semata-mata.
Pindaan Perlembagaan pada 1988 jelas memberi kuasa penuh kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara yang terletak di bawah bidang kuasanya. Tiada ruang lagi bagi kes dirayu ke mahkamah awam. Pindaan itu dibuat bertujuan mengelak percanggahan bidang kuasa antara keputusan mahkamah syariah dengan mahkamah tinggi. Mereka yang masih sangsi boleh rujuk kepada penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Mohamed Habibullah lawan Faridah Datuk Talib (1992) yang jelas memisahkan bidang kuasa mahkamah syariah secara eksklusif daripada Mahkamah Tinggi Sivil.
Justeru, kedudukan dan kedaulatan mahkamah syariah perlu dipertahan. Bidang kuasa mengenai hukum syarak adalah di bawah kerajaan negeri. Hampir semua negeri telah memisahkan pentadbiran mahkamah syariah daripada pentadbiran majlis atau jabatan agama Islam, dan mufti. Manakala jabatan-jabatan kehakiman syariah diketuai ketua hakim syarie. Apa yang berlaku sejak 1989-1995 adalah satu perkembangan yang telah memperbaiki kedudukan mahkamah syariah. Perkara 2, 3 dan 5 Perlembagaan menetapkan kedudukan Islam di negeri negeri adalah di bawah kuasa Sultan masing-masing, yang berkuasa melantik mufti dan hakim mahkamah syariah. Di negeri-negeri tiada Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama bagi segala hal ehwal agama Islam. Melalui badan perundangan masing-masing, kerajaan negeri boleh gubal undang-undang dan menubuhkan badan melaksana undang-undang Islam.
Buat masa ini, terdapat ratusan akta, ordinan dan enakmen yang diguna pakai di peringkat negeri sehingga pengamal undang-undang pun jadi pening. Walaupun satu draf Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) dan draf Undang-Undang Pentadbiran Perundangan Islam (Wilayah Persekutuan) pernah disediakan oleh Almarhum Tengku Zaid, seorang tokoh perundangan hebat dari Jabatan Peguam Negara pada 1970an, yang dimajukan kepada semua negeri untuk dijadikan asas kepada penyelarasan dan penyeragaman undang undang Islam di negara ini, hanya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang terima dengan membuat sedikit pindaan. Manakala negeri-negeri lain membuat pindaan ketara.
Jelas usaha menyeragamkan undang-undang Islam telah lama dibuat. Hasil kerja Jawatankuasa Mengkaji Undang-Undang Syarak dan Sivil, diikuti Jawatankuasa Teknikal Undang Undang Syarak dan Sivil yang diketuai Prof Ahmad Ibrahim pada 1980an telah melancarkan siri mesyuarat membabitkan pelbagai pihak, termasuk menteri, penasihat undang-undang negeri, Peguam Negara dan Jakim sehingga 1990an. Pada 1998, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ditubuhkan. Banyak perubahan penting telah dilakukan untuk menstruktur dan menyelaras sistem kehakiman Islam dari segi pentadbiran dan prosedur, serta perbaiki skim perkhidmatan dan perundangan Islam.
Pada tahun 1997, Sultan Azlan Shah mencadangkan penyeragaman undang-undang Islam dilaksana secara rundingan dengan mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong, Sultan dan Raja. Cara ini lebih baik dan tidak menjejaskan kedudukan mereka sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri berkaitan.
Gesaan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar negeri-negeri mewartakan undang-undang Islam telah mempercepatkan proses. Logik beliau ialah soal penyeragaman tidak lagi timbul, malah telah selesai kerana sudah diterima dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Yang tinggal hanyalah untuk mewartakannya menjadi undang-undang. Harapan majoriti umat Islam negara ini ialah agar institusi kehakiman dan perundangan Islam kukuh dan berdaulat. Rakyat menaruh harapan melihat perundangan Islam dapat dilaksanakan dengan baik, adil dan saksama. Tidak lagi timbul keadaan di mana mahkamah syariah menjadi kelas kedua, atau keputusan hakimnya diketepikan begitu sahaja.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Suami makin sayang
Oleh: NINA FARZUIN MD SHAROM
FOTO: MOHD HAFIZ ADNAN
Tarikh: August 2, 2013
SEJAK melahirkan putera sulungnya, memang agak jarang kita mendengar kisah pelakon jelita, Ayu Raudhah tambahan pula karier lakonannya juga agak sepi.
Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen tempatan, sebenarnya Ayu kini sedang meniti kebahagiaan bersama putera kesayangan, Muhammad Aisy Qaiser dan suami tercintanya, Zaquan Adha.
Menurut Ayu, dia mengambil keputusan untuk berehat dari bidang lakonan sementara usia anaknya yang masih kecil.
"Memang sepanjang bulan puasa ini Ayu rehat di rumah jaga Aisy. Sebelum ini Ayu ada ambil satu tawaran tapi sepanjang sesi penggambaran kepala asyik teringatkan dia.
"Kesian sebab masih kecil sudah ditinggalkan. Tunggulah dia besar sedikit sampai
Tambah Ayu bukan sahaja dirinya merasai perkara itu, malah suaminya juga turut menunjukkan perubahan sepertinya.
"Sekarang ini apa sahaja saya dan suami lakukan mesti ada berbezaan sejak ada Aisy dalam hidup kami. Suami pun kalau keluar akan selalu telefon dan buat panggilan video bertanyakan tentang anak kami. Padahal setiap hari sudah jumpa.
"Saya boleh lihat perubahan itu, suami semakin menyayangi dan lebih mengambil berat," katanya.
Raya lebih meriah
Menyentuh mengenai persiapan raya yang tinggal kurang seminggu saja lagi, Ayu akui semuanya telah disediakan awal-awal lagi.
Menurutnya, walaupun segala persiapan sambutan Aidilfitri kali ini dilakukan secara sederhana, namun kemeriahannya masih terasa.
"Semuanya saya sudah sediakan awal-awal sebab takut kelam kabut. Maklumlah sekarang kami sudah bertiga.
"Untuk saya dan suami memang biasa-biasa sahaja tapi untuk Aisy memang kami utamakan. Setiap kali keluar beli barang-barang mesti akan beli baju dia. Memang kami tidak sabar sambut raya dengannya," kata Ayu teruja.
Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan hari raya, Ayu memberitahu tahun ini dia akan beraya di kampung halamannya di Kedah.
"Hari raya pertama saya akan berada di Kedah sampai hari raya ketiga dan selepas itu baru balik ke Seremban.
"Tahun ini juga kami ada merancang untuk buat rumah terbuka. Tapi mungkin selepas dua minggu beraya," tambahnya.
Kongsi kenangan lucu
Pelakon jelita ini turut tidak ketinggalan berkongsi memori lucu ketika pertama kali menyambut hari raya bersama suami yang sehingga kini masih lagi segar dalam ingatannya.
"Bila cerita pasal raya, Ayu memang tidak boleh lupa kisah lucu kami berdua semasa sambut hari raya dua tahun lalu.
"Masa itu saya memang sudah siapkan persiapan baju raya kami awal-awal. Lepas tempahan siap kami terus hantar baju-baju itu untuk dicuci di dobi.
"Bila pagi raya, baju suami saya nampak senteng dan kecil berbanding sebelumnya. Masa kami cuba pakai semasa tempahan siap memang kami tidak ada masalah dengan ukurannya.
"Mujurlah ketika itu kami ada baju lain. Memang itulah memori kelakar saya bersama suami ketika pertama kali sambut raya," katanya sambil tertawa.
Dalam perkembangan lain, Ayu bakal tampil dengan telemovie raya 'Tiba Masanya' untuk siaran TV Alhijrah pada hari raya kedua nanti.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pergerakan Syiah di Satun menular ke Perlis
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 2, 2013
PADANG BESAR - Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Satun, Thailand Abdul Fatah Mu-hammadiah akui terdapat penduduk di wilayah itu berfahaman Syiah, namun pihaknya sukar kenal pasti sejauh mana penyebaran fahaman itu menular hingga ke Perlis.
Kata Abdul Fatah kerajaan
"Kami sedar berlaku penyebaran Syiah biarpun kami tidak mempunyai kuasa untuk mengekang penyebarannya.
"Fahaman Syiah sekarang menular di dua kampung wilayah ini iaitu di Kampung Ban Thung dan Kampung Che Long apabila ada bantuan dari kedutaan sebuah negara Asia Barat terhadap golongan petani dan nelayan di sana.
"Orang dari kedutaan tersebut banyak membantu mereka contohnya membeli bot serta pukat untuk nelayan, malah mereka juga mempunyai masjid yang dipercayai dibina hasil bantuan kedutaan negara itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Perlis, Azlan Man serta kerajaan Wilayan Satun dan Songkla di sini malam, kelmarin.
Katanya, setakat ini lebih enam puluh orang di setiap kampung itu dikatakan berfahaman Syiah.
Sebelum ini Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ajaran Syiah yang disebarkan ke negeri ini melalui selatan Thailand terutama dari wilayah Satun disyaki kembali bergiat aktif di Mata Ayer, di sini, sekali gus memerlukan pemantauan lebih ketat dilaksanakan agensi berkaitan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Sempadan Negeri, Ahmad Bakri Ali yang turut ditemui di majlis yang sama berkata pihaknya ada menerima maklumat dari Pejabat Mufti serta Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai penyebaran Syiah ke sempadan negeri itu.
"Kita sekarang sukar untuk membezakan antara umat Islam yang berfahaman Syiah kerana mereka tidak mengamalkannya secara terangan jadi apa yang boleh kita lakukan bersama Majlis Agama Islam Negeri adalah mengawal dengan memberi pendedahan kepada umat Islam tempatan bahawa ajaran fahaman Syiah adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pas, PKR tak setuju ISA diwujudkan semula
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 2, 2013
SHAH ALAM – Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO) tidak perlu diperkenalkan semula bagi menyelesaikan masalah jenayah berat, terutamanya melibatkan senjata api yang makin meningkat kebelakangan ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, akta tersebut tidak boleh dikembalikan kerana kedua-dua akta ini bersifat zalim, mudah disalahgunakan untuk tujuan lain dan tidak adil dari sudut Islam.
"Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula ISA yang telah dimansuhkan atas alasan peningkatan kadar jenayah berat saban hari susah diterima.
"Apakah Shafie mempunyai statistik di tangan ketika membuat kenyataan tersebut? Berapakah jumlah tahanan ISA sebelum ini? Adakah kerana pemilikan senjata api secara haram?," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya, sekiranya benar bekas tahanan EO di belakang jenayah berat, polis boleh menahan mereka di bawah Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen dan melakukan jenayah.
"Polis perlu menyiasat segala kemungkinan yang menyebabkan senjata api jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Pas lebih cenderung mempercayai penjenayah mendapat bekalan senjata melalui sindiket haram akibat kelemahan pemeriksaan di pintu-pintu masuk ke negara ini.
"Oleh itu, Pas menggesa semua pihak berkuasa untuk bekerjasama dan mencari jalan yang lebih efisien untuk mencegah penyeludupan masuk senjata api," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, cadangan untuk memperkenalkan semula ISA tidak wajar perkara itu dibangkitkan kerana sudah tiada nilai untuk diperdebatkan.
"Perkara ini sudah tiada isu untuk dibangkitkan, saya yakin pemimpin BN juga tidak bersetuju cadangan untuk perkenalkan kembali ISA.
"Tidak ada alasan kukuh supaya kembalikan semula ISA," katanya kepada Sinar Harian.
Tian Chua berkata, tindakan menteri bercakap mengenai ISA ini tidak kena pada masanya kerana pada masa ini sepatutnya cari jalan bendung jenayah yang semakin berleluasa.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
ISA, EO hapus punca jenayah meningkat
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 2, 2013
SHAH ALAM - Peningkatan kadar jenayah di negara ini berpunca daripada desakan beberapa pihak yang mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penghapusan undang-undang tersebut juga menyebabkan keselamatan rakyat dalam bahaya.
"Pemansuhan akta-akta itu menyebabkan ribuan tahanan ISA dan tahanan EO dilepaskan dari penjara," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mengenai golongan penjenayah membabitkan senjata api bermaharajalela kerana kerajaan memenuhi tuntutan beberapa pihak supaya ISA dan EO dimansuhkan.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebahagian besar tembakan yang berlaku sejak akhir-akhir ini dilakukan oleh individu yang dilepaskan dari tahanan EO.
Ahmad Zahid berkata, perangkaan kementeriannya menunjukkan 90 peratus daripada jenayah berat yang berlaku sekarang dilakukan oleh bekas banduan ini.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Jenayah: Kembali kepada hukum ALLAH
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
SEJAK akhir-akhir ini kedengaran kes-kes jenayah berat yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api mahupun senjata-senjata lain yang merbahaya.
Antara kes yang terbaru melibatkan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch yang cedera parah ditembak di sekitar Bahau, Negeri Sembilan.
Ini bukan kes yang pertama berlaku di negara kita malah di
Meskipun pihak pemerintah dan badan berwajib telah berusaha melakukan pelbagai inisiatif untuk membendung jenayah ini namun jelas ianya tidak berhasil malah semakin memberikan kesan negatif.
ALLAH SWT telah menarik rasa aman dan selamat yang ada pada diri manusia, kehidupannya dan negaranya, akibat perbuatan manusia itu sendiri yang membelakangi perintahNya. Manusia jika tidak disirami dengan cahaya keimanan akan dikuasai oleh hawa nafsu yang rakus.
Usaha yang betul-betul sahaja tidak cukup jika kaedahnya tidak betul. Jenayah rogol, buang bayi, merompak, bunuh, zina, sumbang mahram dan lain-lain merupakan jenayah yang tidak ada penyelesaiannya melainkan dengan kembali kepada Penciptanya.
Kita sering diingatkan tentang firman ALLAH SWT yang menyebut tentang kewajipan umat Islam untuk berpuasa sepertimana firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 ;
"Wahai orang-orang yang beriman, diWAJIBkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Maka, kita bertungkus lumus berpuasa di siang hari, tidak tinggal meskipun kadang-kadang ada dikalangan kita yang sakit dan musafir (walaupun diberi keringanan oleh ALLAH SWT untuk berbuka) tetap juga meneruskan puasa, memperlihatkan kesungguhan kita dalam melaksanakan perintah puasa dari ALLAH SWT.
Namun, bagaimana kita boleh terlupa akan perintah ALLAH SWT beberapa ayat sebelum itu yang bermaksud ;
"Wahai orang beriman! DiWAJIBkan ke atas kamu hukum qisas dalam pembunuhan iaitu orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Sesiapa yang mendapat kemaafan daripada saudaranya (mangsa) dengan pembayaran yang sesuai maka hendaklah ia mengikutnya secara baik dan membayar (diyat) kepadanya dengan cara yang baik. Demikian itu suatu keringanan dan rahmat daripada Tuhan kamu. Sesiapa yang melampau batas sesudah itu maka baginya azab yang sangat pedih."
Dan ALLAH SWT sendiri telah meletakkan jaminan keamanan pada hukumNya sepertimana disebutkan pada ayat seterusnya ;
"Dan didalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah : 178-179)
Justeru, di mana kesungguhan kita untuk melaksanakan hukum ALLAH SWT dalam ayat di atas sepertimana bersungguhnya kita melaksanakan ayat kewajipan berpuasa? Apakah di sana ada hukum yang boleh menjamin keselamatan manusia setaraf dengan hukum daripada ALLAH SWT?
Ayuh, jadikan Ramadhan kali ini lebih bernilai dengan penghayatan untuk kembali tunduk menyerah diri kepada hukum Allah ALLAH.
Semoga ALLAH SWT menetapkan hati kita atas jalan iman dan perjuangan insyALLAH.
Pengarah Operasi,
Institut Pemikiran Fadzil Noor (INFO).
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
2 wanita antara 38 ditahan kes judi
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
IPOH - Dua wanita antara 38 yang ditahan kerana terlibat dalam perjudian pasar malam menggunakan dadu dalam satu serbuan di ladang kelapa di Jalan Haluan Tasek Timur 9B, Bercham di sini hari ini.
Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, ASP Loi Yew Lik berkata dalam operasi mulai 6.00 petang tadi polis menahan pemain serta penganjur yang berumur antara 35 hingga 60 tahun serta merampas wang tunai berjumlah RM1,591 dan cip kasino berjumlah RM13,850.
Penangkapan itu dibuat hasil pemantauan polis dan maklumat orang awam.
Perjudian itu dilakukan di bawah sebuah khemah sejak tiga bulan lepas.
Bercakap kepada pemberita di sini, Loi berkata pada perjudian itu pemain akan memilih nombor dan meletakkan sejumlah wang tunai.
"Apabila dadu itu mengenai nombor yang dipilih pemain dikira memenangi perjudian itu," katanya.
Katanya, polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Sultan rasmi Masjid Ar Rahimin Batu 3 Klang
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini merasmikan Masjid Ar Rahimin Batu 3, Kampung Telok Menegon di sini.
Masjid yang dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya setahun kemudian itu mempunyai dewan solat yang boleh menampung hampir 2,000 jemaah pada satu-satu masa.
Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Marzuki Hussin.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada golongan yang kurang mampu sebelum berbuka puasa bersama penduduk setempat dan para jemputan.
Baginda kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
JPJ buka kaunter hujung minggu ini
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
KUALA LUMPUR - Semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan cawangan di seluruh negara akan dibuka pada hujung minggu ini bagi menyelesaikan tunggakan kerja berikutan gangguan sistem komputer.
Pejabat JPJ dan cawangan di Kedah, Terengganu dan Kelantan dibuka pada esok dan Sabtu ini manakala di negeri lain pada Sabtu dan Ahad dengan operasi perkhidmatan kaunter masing-masing bermula 7.45 pagi.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata gangguan sistem komputer itu disebabkan berlakunya proses radigrasi (proses pertukaran sistem) daripada sistem SIKAP kepada mySIKAP.
Antara urusan yang akan dijalankan pada hari itu ialah pendaftaran baru kenderaan, pembaharuan lesen kenderaan motor, pertukaran milikan kenderaan, pembaharuan lesen memandu dan pembayaran saman.
Sementara itu, tinjauan Bernama di JPJ Wilayah Persekutuan tengah hari ini menyaksikan orang awam terpaksa beratur dalam barisan yang panjang.
Seorang kontraktor, N. Vinayagan, 34, melahirkan rasa terkilan ekoran masalah teknikal yang dialami sistem jabatan itu yang menyebabkan kelewatan untuk berurusan di kaunter JPJ.
Beliau yang menunggu daripada pukul 11 pagi untuk membayar cukai jalan masih belum dapat menyelesaikan urusannya sehingga tengah hari tadi.
"Disebabkan masalah ini saya terpaksa mengambil cuti setengah hari bagi menyelesaikan urusan saya," katanya.
Pekerja swasta, Mohamad Arif Abdul Rashid, 29, mendakwa sistem kendalian JPJ pada tahun ini amat teruk berbanding tahun lepas.
"Pada tahun lepas, sistem dikendalikan dengan lebih cepat. Tahun ini saya terpaksa beratur panjang sampai ke luar pintu selama tiga jam.
"Saya berharap JPJ menyediakan kaunter tambahan bagi mengatasi masalah gangguan sistem ini," katanya. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
4 petugas Jakim maut, 2 cedera dalam kemalangan
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
KUCHING - Empat petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) maut malakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sri Aman, Skrang berhampiran Rh Panjang Mamaloi petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tan Min Chai berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.24 petang apabila kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki yang datang dari arah Kuching bertembung dengan sebuah lori balak yang datang dari arah Betong.
Dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Betong, katanya ketika dihubungi.
Identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pelajar berusia 13 tahun maut rempuh lori tanah
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Alor Pudak, Pendang petang tadi.
Ketua Polis Daerah Pendang Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohammad Fitri Mohd Zamri dari Kampung Alor Berala, Tobiar, Pendang maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala dan muka.
Beliau berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 milik bapanya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah.
Katanya apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang dikatakan menunggang motosikal tersebut dengan laju merempuh bahagian belakang lori yang dalam perjalanan ke Alor Pudak.
"Lori tanah itu berhenti dan menunggu untuk belok dan mangsa tiba-tiba merempuh bahagian belakang lori. Mangsa yang maut di tempat kejadian kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Datuk mangsa Taib Abdullah, 65, berkata selalunya mangsa melalui jalan kampung untuk pergi dan balik ke sekolah dan tidak menyangka cucunya itu menggunakan jalan raya untuk ke sekolah hari ini.
Katanya ibu bapa Mohammad Fitri juga telah merancang untuk membeli pakaian hari raya untuknya serta adiknya yang berusia lapan tahun sebagai persediaan untuk menyambut Aidikfitri tidak lama lagi.
Jenazah Mohammad Fitri dikebumikan di Tanah Perkuburan Tualang dekat sini. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Peniaga perabot ditemui mati ditikam
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
MELAKA - Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Oh Son Liong, 55, yang ditemui orang awam kira-kira 10 malam.
"Polis turut menjumpai sebuah lori muatan satu tan yang dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Hasrat penarik beca jadi kaya berkecai
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
KUALA LUMPUR - Hasrat penarik kereta untuk menjadi kaya menerusi penjualan dadah tidak kesampaian apabila makmal dadah, yang diusahakannya selama setahun di Wangsa Maju di sini, diserbu Jabatan Narkotik Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Polis menahan suspek berusia 40 tahun itu dan teman wanitanya, 28, di sebuah rumah di Wangsa Maju setelah melakukan intipan tiga hari.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata susulan tangkapan itu, polis menemui makmal berserta peralatan dan bahan untuk membuat dadah jenis methamphetamine atau syabu.
"Polis turut menemui 81 gram dadah syabu disembunyikan di dalam coli dan seluar dalam teman wanita lelaki itu semasa pemeriksaan menyeluruh dijalankan di lokap polis," katanya pada sidang berita di sini hari ini.
Selain itu, polis merampas peralatan makmal dan dadah termasuk heroin (232 gram), eramin 5 (28 gram), empat botol kaca 2.5 liter asid hidroklorik cair, empat botol sodium hidroksida, sebotol cecair metanol, sebotol cecair 'drain opener' dan seunit pam vakum.
Beliau tidak menyatakan nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu dan pasangan itu direman sehingga 6 Ogos. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
CEO baru Maybank diumum bulan ini
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, akan diumumkan bulan ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz.
"Proses kelulusan dan penelitian akan dilakukan memandangkan kami mahu memastikan CEO, terutama membabitkan sebuah bank yang besar ini, lulus.
"Ejen-ejen sedang melakukannya dan kini semakin hampir selesai supaya namanya diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pengenalan jenama ikon baharu Pasaran Kewangan Islam Malaysia, di sini hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Zeti berkata calon sudah dikenal pasti dan CEO baharu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia itu akan diumumkan bulan ini.
Sementara itu, Zeti berkata kerajaan dan BNM sedang menangani kebimbangan yang ditimbulkan oleh Fitch Ratings terhadap tabungan awam dan struktur belanjawan.
"Kami akan meningkatkan daya tahan dan memperkukuh potensi yang ada bagi mengekalkan pertumbuhan," katanya.
Agensi penarafan itu juga menyemak unjuran penarafan kredit negara Malaysia daripada 'stabil' kepada 'negatif' dan pada masa yang sama mengesahkan mata wang asing dan mata wang tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing pada 'A-' dan 'A'.
Mengenai pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai opsyen dalam mengukuhkan kedudukan fiskal dan makro negara dalam belanjawan akan datang, Zeti berkata Malaysia masih mempunyai masa untuk berbuat demikian, namun kini menjadi semakin penting memandangkan persekitaran global semakin mencabar.
"Kita perlu mengurangkan pendedahan dan antaranya ialah bidang fiskal. Malaysia mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk menanganinya secara berperingkat-peringkat dan mengikut turutan," katanya.
Zeti berkata pemulihan yang dijangkakan daripada ekonomi maju tidak mengukuh, dan untuk masa depan ia terus kekal menyederhana. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Anwar beri keterangan awal RCI
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
KOTA KINABALU - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan awal kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, di Kuala Lumpur esok.
Mengesahkan demikian, Anwar berkata beliau sedia bekerjasama sepenuhnya kepada panel RCI demi kebaikan dan kepentingan semua.
"Sebelum ini, saya telah menawarkan diri untuk memberi keterangan kepada panel RCI, dan saya dijadual memberi keterangan awal di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 3 petang esok.
"Selepas itu, mereka akan menentukan tarikh untuk saya memberi keterangan penuh di prosiding RCI (di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu).
"Keterangan saya hanya berkisar tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya tidak tahu (mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah) semasa saya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua atau pemimpin cabang PKR Sabah dan seterusnya berbuka puasa di sini, hari ini.
Sebelum ini, prosiding RCI didengar oleh panel lima anggota diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar Sabah.
Mengenai barisan kepimpinan PKR Sabah, Anwar berkata perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat majlis tertinggi parti bulan depan.
Jawatan Pengerusi perhubungan PKR Sabah sekarang disandang Tamrin Jaini. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
17 lebuh raya tawar diskaun, 5 tawar rebat
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5-6 Ogos dan 14-15 Ogos ini.
"Diharap ianya akan dapat beri kemudahan kepada orang ramai," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus di sini, hari ini.
Fadillah bagaimanapun berkata jumlah dan tempoh masa pemberian diskaun dan rebat itu berbeza mengikut syarikat konsesi lebuh raya masing-masing.
Beliau berkata 17 lebuh raya yang terlibat memberi diskaun ialah lebuh raya Guthrie, LKSA, AKLEH, SMART, KESAS, KL-KARAK, LPT 1, DUKE, NPE, NNKSB , MEX, BESRAYA, LEKAS, SDE, SKVE, LDP dan SPRINT.
Manakala lima lebuh raya yang menawarkan rebat ialah PLUS, SPDH, ELITE, BKE dan LINKEDUA, katanya.
Pada majlis itu, Fadillah turut melancarkan pasukan Rakan Ronda yang antaranya terdiri daripada skuad rondaan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, polis, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba, 'Workshop on Wheel' Plus dan sukarelawan.
Fadillah berkata skuad rondaan itu selain membuat rondaan di lebuh raya, mereka juga akan ditempatkan di tempat-tempat tertentu bagi membantu 5.4 juta jangkaan pengguna lebuh raya sepanjang tempoh 'balik kampung' dan peraturan lebuh raya dipatuhi dan keselamatan pengguna dijamin.
Beliau berkata pihak kementerian juga mengajak orang ramai untuk menjadi sebahagian sukarelawan pasukan Rakan Ronda dengan mendaftar di laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia.
"Matlamat utama mewujudkan Rakan Ronda ini adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan pengguna lain di samping menyampaikan maklumat-maklumat trafik, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang seterusnya akan membantu tindakan lebih pantas syarikat konsesi," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Hukuman penjara mekanik ditambah
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
SHAH ALAM - Seorang mekanik yang dihukum penjara setahun kerana mendera anak tirinya tahun lepas, terpaksa meringkuk dalam penjara lebih lama apabila Mahkamah Tinggi di sini menambah hukuman penjara kepada dua setengah tahun.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad menambah hukuman itu terhadap T. Rajasegaran, 32, selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
Nurchaya turut mengenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan wang cagaran RM5,000 terhadap Rajasegaran.
Pada 15 Jan lepas, dia dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Klang setelah mengaku bersalah mendera anak tirinya menggunakan senduk nasi dan acuan muruku hingga menyebabkan kecederaan fizikal mangsa di sebuah rumah di Kapar pada 12.30 tengah hari pada September tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Nurchaya berkata hukuman penjara dua setengah tahun itu dibuat selepas mengambil kira faktor kepentingan awam.
"Dalam kes ini, responden bukan sahaja bertindak menampar muka dan menendang mangsa tetapi mengangkatnya ke atas sofa sehingga kanak-kanak malang itu jatuh ke lantai," katanya.
Terdahulu, peguam responden, Shahrul Nizam Azwir meminta mahkamah mengurangkan ataupun mengekalkan hukuman penjara setahun ke atas anak guamnya kerana tertuduh mengaku bersalah dan menyesali perbuatan itu.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamed berkata perbuatan yang dilakukan responden boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi yang serius kepada mangsa.
Perbuatan Rajasegaran terhadap mangsa mendapat perhatian umum apabila dirakam dalam klip video selama lapan minit 33 saat dan disebar melalui laman Facebook. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Ujian kesihatan bulanan untuk pemandu bas
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
KUALA LUMPUR - Mulai hari ini, semua pemandu bas perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara bulanan di semua terminal bas di seluruh negara dalam usaha menjamin keselamatan penumpang bas terutama di musim perayaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) itu antara lain memeriksa tahap kesihatan pemandu secara rawak sebelum dibenarkan memandu.
"Sebelum ini, kita hanya melakukan pemeriksaan air kencing tetapi bermula hari ini, sempena Hari Raya, kami menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan pemandu bas benar-benar dalam keadaan sihat untuk memandu bagi perjalanan jauh.
"Sekiranya mendapati pemandu bas ketika itu tidak sihat kami tidak akan membenarkan pemandu bas itu meneruskan perjalanan dan akan minta pihak syarikat bas terbabit menggantikan pemandu bas lain," katanya kepada pemberita selepas melawat terminal Pudu Sentral di sini hari ini.
Pemeriksaan kesihatan itu akan dilakukan secara bersepadu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Abdul Aziz berkata pemeriksaan kesihatan itu boleh mengatasi masalah kemalangan jalan raya membabitkan bas memandangkan faktor kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri.
Justeru, syarikat bas perlu memastikan pemandu bas sentiasa mencukupi dan mempunyai pemandu tambahan yang boleh menggantikan pemandu yang tidak sihat.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini tiket bas untuk pulang menyambut Aidilfitri ke utara masih boleh didapati berikutan syarikat-syarikat bas menambah 437 bas.
"Sehingga hari ini, sebanyak 4,431 bas disediakan untuk penumpang pulang ke kampung sempena Hari Raya," katanya.
Sehingga 30 Julai, sebanyak 668 buah bas ekspress telah diperiksa pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di 82 buah depot syarikat bas.
Beliau juga berkata 6, 7, 17, dan 18 Ogos merupakan tarikh larangan pemanduan kenderaan barangan di jalan raya untuk memberi ruang kepada pengguna kenderaan persendirian pulang ke destinasi masing-masing tanpa melalui kesesakan lalu lintas. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
2 anggota polis antara 23 ditahan sedang berjudi
Oleh:
Tarikh: August 1, 2013
BUKIT MERTAJAM - Dua anggota polis antara 23 orang yang ditahan ketika sedang asyik bermain judi di sebuah premis di Taman Pauh Jaya, di sini awal hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Pulau Pinang menyerbu premis berkenaan pada pukul 1.30 pagi ini.
"Ketika diserbu terdapat 23 orang termasuk seorang wanita sedang bermain judi online dan ada yang cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana premis itu telah dikepung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata selepas pemeriksaan polis mendapati dua daripada yang ditahan itu adalah anggota polis yang bertugas di negeri ini dan seorang daripadanya didapati tidak hadir tugas sejak dua bulan lepas.
"Seorang lagi anggota yang masih dalam tugas manakala rakannya memang dicari kerana gagal hadir bertugas sejak dua bulan lepas. Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
Nasir berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis perjudian berkenaan.
"Kita turut merampas 21 set komputer, tiga unit simulator dan wang tunai RM630 dalam operasi itu," katanya.
Katanya semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun itu disiasat menurut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Benjy sah bercerai kali kedua
Oleh: SITI AZIELAH WAHI
Tarikh: August 1, 2013
KUALA LUMPUR - Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.
Penceraian itu adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu.
Lafaz cerai disebut Benjy pada pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor.
Permohonan cerai dikemukakan Safiya mengikut Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mahkamah kemudian mengesahkan jatuh takla satu ke atas Safiya dan memerintahkan Safiya menjalani edah sebanyak tiga kali suci.
Dalam pada itu, sebelum melafazkan cerai, hakim meminta mereka bersalaman dan bermaafan, antara mereka sebagai pasangan suami isteri sebelum bercerai.
Seketika, suasana diselubungi pilu apabila Benjy dilihat mencium dahi isterinya buat kali terakhir, sambil memohon maaf, manakala Safiya bersalaman dan mencium tangan Benjy.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Benjy, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk berpisah dengan baik.
Mengikut fakta kes yang dibentangkan peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Safiya, 30, kedua-dua pasangan itu bernikah pada 9 Februari 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin, 7.
"Mereka pernah bercerai talak satu pada Julai 2008 dan rujuk semula pada hari yang sama,"katanya.
Peguam itu turut memaklumkan, Benjy dan Safiya sudah tinggal berasingan sejak 2010.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon yang mencetus kontrovesi kerana pernah didakwa sekali lagi berhubung kes dadah pada 2 Julai lalu itu bersyukur kerana semuanya berjalan aman.
"Hubungan kami baik dan kami masih lagi berkawan," katanya.
Menurutnya, mereka berdua telah bersetuju untuk menjaga anaknya, Firdaus secara bergilir-gilir.
"Soal raya tiada masalah kerana kami berdua akan beraya bersama Firdaus di Kuala Lumpur," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Rajagobal kekal jurulatih hingga Disember
Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Tarikh: August 1, 2013
DATUK K Rajagobal boleh menarik nafas lega apabila khidmatnya sebagai jurulatih tidak akan ditamatkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas badan induk itu memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai jurulatih skuad kebangsaan sehingga kontraknya tamat pada akhir Disember ini.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Tengku Abdullah, keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor terutamanya dari segi kekangan masa untuk mencari juruatih lain bagi membimbing skuad Harimau Malaya dalam persiapan kelayakan Piala Asia menentang Bahrain Oktober ini.
"Tidak dinafikan sekiranya dikaji melalui merit memang tidak memihak pada beliau (Rajagobal), tetapi untuk mencari penganti beliau dalam masa terdekat adalah satu masalah besar, kita perlu mendapatkan jurulatih yang lebih daripada beliau.
"Soal kekal atau gugur bukan masalahnya sekarang, tetapi persoalannya siapakah penganti beliau nanti. Sehubungan itu kita tidak boleh terburu-buru lagipun bulan 10 semakin hampir dan masa untuk mengharungi kelayakan Piala Asia semakin singkat.
"Jadi, kami akan memberi peluang kepada Rajagobal untuk membimbing skuad kebangsaan namun saya harap beliau akan bangkit pada perlawanan selepas ini dan sedar bahawa kemenangan itu penting," katanya kepada pemberita di sidang media selepas mesyuarat tersebut.
Dalam laporan tempatan hari ini, ramai pihak menjangkakan bahawa Rajagobal akan diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya susulan
prestasi buruk skuad negara dalam siri jelajah di Jepun.
Ini kerana, sepanjang berguru di sana, skuad negara gagal mencatat sebarang kememangan bahkan jaringan gol dalam tiga perlawanan menentang kelab Jepun.
Harimau Malaya tewas kepada kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2) sebelum diaibkan 0-5 kepada kelab Divisyen Dua Liga Jepun, Tokyo Verdy.
Keputusan itu membuatkan Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini dan itu satu rekod yang cukup memalukan.
Mengulas lanjut, Tengku Abdullah bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya akan tetap mencari jurulatih terbaik bagi mengembalikan kembali imej bola sepak negara.
Malah katanya, FAM akan sentiasa berusaha mencari sesiapa yang sahaja yang boleh menjanjikan kejayaan buat Malaysia.
"Sudah tentu saya hampa dengan keputusan diperolehi semasa berada di Jepun, tapi saya tidak boleh menjelaskan dengan terperinci mengenai kegagalan tersebut kerana yang boleh memberi jawapan itu adalah pemain dan jurulatih.
"Apa pun, kami tidak boleh ambil risiko atau tindakan drastik buat masa sekarang kerana ia tidak semestinya akan menjamin kejayaan bola sepak negara namun demikian kita akan tetap mencari sesiapa sahaja yang layak untuk membimbing skuad negara dan saya akan pastikan ia berlaku," jelas beliau.
Harimau Malaya yang tiba ke ibu negara hari ini selepas 'berguru' hampir dua minggu di Jepun akan menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.
Selepas menentang The Catalan, anak-anak buah Rajagobal bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Inspirasi pemain muda
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 2, 2013
KEMATIAN pemain hoki kebangsaan Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam merupakan kehilangan besar kepada dunia sukan negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Takziah kepada keluarga Chua Boon Huat. Beliau seorang bintang hoki berbangsa Cina yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dan merupakan seorang atlet cemerlang, berdisiplin, sentiasa positif dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda.
"Terima kasih, Boon Huat. Jasamu akan sentiasa dikenang oleh negara," katanya menerusi laman sosial Twitter miliknya, semalam.
Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Boon Huat merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Soo Wincci tak tolak jodoh lelaki Melayu
Oleh: RAZIATUL HANUM A.RAJAK
Tarikh: August 2, 2013
SOAL jodoh pernah menjadi satu kerisauan buat penyanyi terkenal berdarah Tionghua, Soo Wincci.
Pernah dibadai kekecewaan sebelum ini, sedikit sebanyak membuatkan penyanyi berusia 28 tahun ini putus asa untuk menjalin cinta.
"Saya pernah cuba menjalin hubungan cinta sebelum ini tapi tak menjadi. Ada saja masalah.
"Memang ada rasa putus asa. Jadi, saya ambil keputusan untuk fokus pada karier," katanya kepada Sinar Harian Online.
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Wincci menyumbangkan sepasang kasut kepada pihak media yang membantunya selama ini.
Ketika ditanya soal kemungkinan jodohnya dengan lelaki Melayu, Wincci tidak menolak.
"Saya tak tolak kalau pasangan saya Melayu.
"Kerjaya saya boleh pilih nak itu nak ini tapi kalau jodoh tak boleh pilih," katanya yang belum pernah menjalin cinta dengan jejaka Melayu.
Tambahnya, "kalau orang itu bukan untuk kita, usaha macam mana pun, tetap tak jadi punya."
Kehidupan seharian Wincci terlalu sibuk sehinggakan Wincci hanya mempunyai waktu tidur yang terlalu singkat.
Ekoran terlalu sibuk, ayah Wincci pernah merajuk gara-gara terlalu susah untuk bertemu.
"Ayah saya marah sebab nak jumpa saya kena buat temujanji.
"Tapi sekarang dia dah faham," katanya sambil ketawa kecil.
Dalam perkembangan lain, Wincci baru saja mengeluarkan lagu terbaru sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Salam Aidilfitri.
Wincci bakal kembali ke Taiwan pada November nanti untuk meneruskan urusannya di sana.
Selain itu, Wincci juga bakal muncul dalam program TV terbaru yang bakal menjalani penggambaran selama tiga bulan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kabinet serah pada polis
Oleh:
Tarikh: August 2, 2013
KAHERAH - MESIR, Kerajaan sementara Mesir dilaporkan semakin bimbang susulan kegagalan menghentikan protes besar-besaran penggulingan Presiden Mesir Muhammed Mursi sejak 3 Julai lalu.
Dalam satu kenyataan rasmi, Kabinet Mesir terpaksa mengarahkan polis untuk mengambil tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan pro bekas Presiden Mesir itu.
"Penunjuk perasaan pro-Mursi yang berkampung di Rabaa al-Adawiya dan Dataran Nahda membawa ancaman kepada keselamatan nasional. Polis juga gagal melakukan sekatan jalan raya di kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.
Arahan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan di Mesir selepas tunjuk perasaan besar-besaran itu menyebabkan lebih 82 orang terbunuh, Sabtu lalu.
Difahamkan kekecohan terus meningkat sejak beberapa wakil Eropah tiba di Kaherah untuk membantu menangani krisis yang kini meragut lebih 150 nyawa.
Sementara itu menurut laporan Press TV, wakil Amnesty International berpendapat, keputusan kerajaan mengarahkan pasukan keselamatan menamatkan perhimpunan pro Mursi bakal meningkatkan lagi pertumpahan darah.
"Tindakan ini adalah tidak wajar kerana pengumuman itu dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa. Pihak berkuasa dan pasukan keselamatan perlu mengelakkan kekerasan. Mereka disarankan menggunakan kaedah pujukan, rundingan atau pengantaraan seperti disyorkan piawaian antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment