Monday, September 23, 2013

RE: [Caution: Message contains Suspicious URL content] RE: Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!

 

(Ini renungan kata-2 sahabat saya….)

 

Alhamdulillah, syukur pd Allah atas rezeki semua sahabat2 diluar sana yg agak mewah. Mungkin kenaikkan 20sen tidak membebankan anda semua.

Tp sedikit ilmu semasa saya di form 6 dulu.. graf tidak anjal akan menyebabkan defisit akan automatik menjadi inflasi (kalau salah tolong betulkan) . Apa itu inflasi? Ayat paling Mudah utk semua faham… org x pandai macam sy ni… duit dah tak ada nilai….perbelanjaan dh melebihi pendapatan…. Antaranya kenaikkan harga minyak & kenaikan harga baranglah….

 

Utk org yg agak mewah… mungkin mereka belanja makan sehari rm100… tp mcm kami org susah, rm100 kami belanja makan utk sebulan…dan org yg lebih susah dr kami, org x de pekerjaan… poket kosong, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang…mcm mana kehidupan mereka? Mengharapkan jualan kotak terbuang? Tin-2 kosong terbuang? Brp pendapatan mereka sehari? Paling byk pun rm10 sehari bergantung pd brp byk kuantiti kotak yg mereka kutip… mana perginya cerdik pandai menteri-2 yg berjiwa rakyat? Sebelum PRU, tabur janji manis utk rakyat? Tp dah menang PRU, senyap sepi terus…. Sibuk kejar harta dunia utk kantong poket sendiri… umpama manusia mata duitan… tamak haloba.

 

lupa rakyat dibwh sibuk mencari duit utk disara. Terbeban dgn kenaikan harga minyak, kenaikan harga brg, cukai tanah masih tertunggak, cukai pintu masih tertunggak, bil elektrik masih belum dibayar, bil air sudah dipotong… saman-2 belum dibayar….. ada menteri kisah? Alasan dia.. naik harga gula, utk elak diabities, harga ayam naik, jgn makan ayam… caj elektrik dinaikkan sebab kerajaan tak mampu nak tanggung subsidi… kepala hotak hampa!

 

Disuruhnya pula rakyat perlu buat renovation taraf hidup. Menteri bangang mana ntah buat statement cam tu… anak aku p sekolah bw rm1, p sek jalan kaki… nak ubah apa lagi? Tolong habaq mai sat….

 

Dgn gaji rm1K pun, dh dikira taraf miskin… utk yg income zero?

Miskin tegar….duit, duit..dimana kau duit?

Tegar… dimana kao tegar? Oohhh, di Indonesia ada tegar… penyanyi cilik…

 

Tapi, aku akur la dgn sorang ulama tu… kenaikan harga tu ketetapan Allah, redha la…

Allahuakbar… Ya Allah, KAU bukalah pintu hati menteri-2 cap ayam di Malaysia ni…sedekahkan semua duit dlm akaun didlm / diluar Negara utk anak-2 yatim, ibu tunggal, miskin tegar, org-2 susah di Malaysia ni…

 

Kalau x de org susah… taka da la NGO Jalan-2 Masuk Kampung susah payah angkut beras p bagi kat org susah kat kampong-2 di Malaysia ni…Tahniah & syabas JJMK.. semoga Allah kurniakan anda semua kesihatan melebihi BADANG, dimurahkan rezeki anda semua melebihi MENTERI-2 CAP AYAM DI MALAYSIA YG LUPA DIRI!. AMIN…syurga menanti anda semua… insya Allah.

 

Aku tak tau nak cakap apa dh….

Any komen dr sahabat RG semua?

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of airina aireen
Sent: Friday, 20 September, 2013 10:52 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: [Caution: Message contains Suspicious URL content] RE: Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!

 

 

Betul tu....bagi org kaya mmg tak kisah sgt pun..tapi bagi org yg hidup sederhana     dan susah cam ne???yg pastinya kita mestilah berjimat mulai dari sekarang...5 tahun lagi harga minyak naik lagi kan..kan...kan...

 


From: MOHD ZAWANI BIN MAT SAAD <mohd_zawani@silterra.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, September 20, 2013 3:35 AM
Subject: RE: [Caution: Message contains Suspicious URL content] RE: Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!

 

 

Tak kena batang hidubg sendiri boleh la cakap pandaiiii....bagi yg mampu ok laaaa harga naik sikitt....bagi org2 susah cam mana????..jgn pentingkan diri sendiri...tengok org susah sekeliling kita tue dulu cam mana.....

 


From: respeks_group@yahoogroups.com on behalf of kasnalagat001@yahoo.com
Sent: Sun 9/15/2013 12:17 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: [Caution: Message contains Suspicious URL content] RE: Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!

 

hmm mengapa ye org melayu ni lembik sangat... kos meningkat pun menggelabah... apa ada hal... usaha jela... biar Allah yg tentukan rezki masing2... menggelabah mcm kn ada yg dh seminggu kebuluran... nampak sangat penyakit cinta dunia takut mati dah menebal sgt dlm minda org melayu ni... kesian kaum ku yg lembik2 ni...



--- In respeks_group@yahoogroups.com, <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

jawapan kurang cerdik...

 

isu sekarang, penipuan subsidi, macam mana kerajaan yg ramai bijak pandai boleh salah kira sampai ron97 lagi murah dari ron95 selepas dah subsisdi..

bukan isu nak tukar ke ron97...aiyoo..

 

isu sekarang bila disel dan minyak naik..impak padi inflasi...

 

faham tak maksud inflasi?

 

bila inflasi, barang lain dan kemudhaan akan naik di sebabkan oleh kenaikan kos dari naiknya minyak...

 

ini bukan isu nak jaga makanan yang kita makan, isu nak beli susu anak, kos pengangkutan naik......mungkin lepas nie nak beli maggie pun tak mampu dengan kos yg menaik saja sekarang nie...

2013/9/6 <dzayu03@...>

 


Tukar saja la guna RON97, minyak pun lebih baik kualitinya. Tak perlu nak tanya if depa percaya ke tidak. Kalau setiap syarikat atau negara perlu mengambil kira semua perkara yang dihadapi oleh semua kakitangannya, alamat akan tutuplah syarikat tersebut!
Think rational la..try to except things in a positive way not finding fault. If we have to pay rm1.90 before where can we get the other 20cent extra? Maybe we have to learn to save money from our lunch money coz we spend more on our food now days. Look after our health more, value the life we have..think positive.

Thank you

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network


From: arie ace <ariee4999@...>

Date: Thu, 5 Sep 2013 09:26:24 +0800

Subject: Re: RG2011... Fw: RON95 lebih mahal dari RON 97!

 

 

 

macai bukan percaya pun cerita nie



 

2013/9/4 -:eSpAcE9808:- <rienacom@...>

 

 

 

Fuiyo! RON95 lebih mahal dari RON 97!

telokbakong.blogspot.

thecybersniper.blogspot.

Dicatat oleh TheSniper

 

Harga terkini minyak RON95 RM2.10 seliter kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap liter.

Harga minyak yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter, tiada subsidi kerajaan.

Dengan kata lain Harga RON97, RM2.70
Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?

Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter? 

Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap liter?

RON95 lebih mahal berbanding RON97, kegilaan apakah ini?

 

 

HANYA BN YANG MAMPU BUAT SILAP MATA MACAM INI 

malaysiaberih.blogspot.

naimnikmat.blogspot.

Dicatat oleh Na'im Nikmat

 

Hamid Yeop buktikan subsidi minyak tidak wujud

telokbakong.blogspot

Posted by GeloraHatiMuda

 


6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan 
menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.' - sinar

 

adios

 

 

Subsidi Minyak, Wujud atau sekadar dongeng?.. Baca apa yang Pakar Matematik ini dedahkan!

telokbakong.blogspot

darisungaiderhaka.blogspot

Posted by Anak Sungai Derhaka

 


Sebelum korang baca apa yang didedahkan oleh Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin dalam satu wawancara suatu masa yang lalu tentang subsidi minyak ini, tolong cari jawapan bagi persoalan yang dah lama aku fikirkan ini..

Satu persoalan yang dah lama aku fikirkan.. adakah benar Kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar memberikan subsidi terhadap harga Minyak yang digunakan oleh setiap kenderaan yang bergerak dibumi Malaysia ini?

Cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan setiap kereta yang dijual ialah bermula dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta..

Katakanlah harga asal sebuah kereta itu ialah RM50,000 dengan menganggarkan cukai yang dikenakan Kerajaan dari harga asal ialah 100% iaitu RM50,000..

Bahagikan jumlah cukai yang dikenakan itu dengan kadar penggunaan petrol dalam satu bulan, dalam hal ini aku sendiri menggunakan kira-kira lebih kurang RM400 untuk petrol bagi satu bulan (pergi balik kerja saja ni..).

 RM50,000 bahagi RM400 jawabnya ialah 125.. 125 Bulan..

125 Bulan bahagikan dengan 12 bulan.. hasilnya ialah 10.42 tahun...

Kadar cukai yang dikenakan itu membolehkan kita mengisi minyak untuk kenderaan kita selama 10.42 tahun..

Jadi sebenarnya dalam hal ini siapa subsidi siapa?.. Kita subsidi Kerajaan atau Kerajaan yang berikan kita subsidi?

Fikir-fikirkan...


Bacalah apa kata Pakar Matematik Gunaan tentang kisah dongeng subsidi petrol ini..

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.'

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'.

Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)

oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN


Sumber : Kedah Lanie

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment