Monday, September 23, 2013

RG2011... 16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah.

 

Nota dr aku : aku nak tambah satu lagi.

Masa pemerintahan PR, utz azizan x buang staff pro-BN, tp pemerintahan Mukhriz, dia buang staff yg pro-PAS.

Ini fakta yg rakyat tak tau, sebab tak keluar dlm media massa, tak keluar dlm berita tv3 suku…

 

 

16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah

http://www.wartautara.com,

23 Sep 2013

Sudah lebih 100 hari usia pentadbiran BN Kedah dan Dato' Mukhriz Mahathir menjawat Menteri Besar Kedah namun, rakyat negeri sudah bercerita kelainan corak pentadbirannya berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat. Sama ada mengorak langkah melawan arus atau melakukan pembaharuan, hanya rakyat bijak menilai.

Kontroversi dan sensasi, mula tercetus sejak Mukhriz mengangkat sumpah 6 Mei lalu, mencacatkan BN Kedah dengan perilaku dan tindakan melulu serta terburu-buru dalam membuat sesuatu. Bermula dari hal peribadi sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan negeri, pendedahan mula membuka mata semua.

Berikut antara 16 fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini:

1. 14 hari dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi.

2. Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti ke London.

3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun 2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi.

4.Memberi arahan menukar segera Perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.

5.Memberi hadiah pen berjenama mahal kepada lebih 100 pegawai kerajaan negeri (KSC) seminggu selepas menjadi MB berbanding berbanding Ustaz Azizan yang mahu mengelakkan pembaziran.

6.Semua pegawai khas Mukhriz disediakan pemandu khas oleh pejabat MB berbanding Pakatan Rakyat, yang mana pegawai khas Ustaz Azizan hanya memandu sendiri kenderaan, walaupun atas urusan rasmi.

7.Mahu menjual dan mengakji semula keperluan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta mengurangkan subjek pengajian setelah tiga tahun dibina kerajaan Pakatan Rakyat bagi menampung keperluan 7,000 pelajar yang mengikuti 47 bidang pengajian.KUIN juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

8.Menangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba sedangkan tanah, kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha menambahbaik dan menumpukan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.

9. Memalukan pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama lain di saat hari berlangsungnya acara rasmi.

10. Mendapat teguran selama 1 jam di Istana Anak Bukit oleh salah seorang Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas insiden memalukan pegawai KCS tersebut.

11.Membeli kain berharga RM15,000 di salah sebuah gedung pakaian pada 12 Jun 2013 berbanding Ustaz Azizan yang adakalanya membeli baju di sebuah kedai Cina dengan harga RM19.00 sahaja.

12.Mukhriz ingin meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) berbanding Ustaz Azizan yang menangguhkan sebaik angkat sumpah MB kerana mahu menyelamatkan tanah dan rumah penduduk kawasan tersebut yang dianggarkan lebih 1,000 kediaman akan terlibat.

13.Melarang dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menggunakan Stadium bagi tujuan perhimpunan sedangkan ketika Pakatan Rakyat memerintah, kebenaran diberikan kepada BN yang turut dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.

14. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Modal Insan yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.

15. Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.

16.Seramai 268 kakitangan anak syarikat KUIN sehingga Ogos ini, sudah empat bulan gaji mereka tidak dibayar.

 
 
 
 
MiLo SuaM
SEJAK tahun 1998, Dato Seri Anwar Ibrahim dituduh dengan bermacam-macam tuduhan. 

Di bawah ni antara tuduhan-tuduhan yang admin ingat. Kalau tak cukup korang boleh tolong tambahkan.

Liwat pemandu, liwat adik angkat, liwat pembantu khas, liwat sahabat, gay, LGBT, pengamal homoseksual, zina dengan bini kawan, ada anak haram, main pelacur, pelakon video lucah.

Bawa ajaran sesat, plurisme, sokong kebebasan agama, murtad, sokong LGBT, mahu musnahkan negara, pecah belahkan Islam, pengkhianat Melayu, ejen negara asing, nak jual negara, nak bangkrapkan Malaysia, nak tumbangkan kerajaan dengan revolusi, pencetus huru hara, hamba cina, hamba Kristian, sembah mayat Teoh Beng Hock.

Ejen Israel, ejen Turki, Ejen Libya, Ejen Israel, Ejen Amerika Syarikat, sokong Negara Israel, anti Islam, anti Melayu, Dalang Lahad Datu.

Larikan duit RM3 Billion, jadi ejen IMF, mahu negara dijajah kuasa asing. Banyak lagi yang admin tak ingat.

Soalan: Ada tak mana-mana pemimpin dalam dunia ini yang kena tuduhan lebih banyak dari Anwar Ibrahim?

Patut Anwar Ibrahim boleh dapat pegang title "World Guiness Book Of Record"

 

 

 

Kerana penangan RM40K Guan Eng..habis dah meroyan UMNO BN sekarang nie..!!!

oleh Bang Mat jr.

 

Nampaknya UMNO BN sudah mula menjilat ludah-ludah mereka dengan apa yang telah mereka lakukan selama ini... Tak termimpi kita bahasa kini akan ada satu kerajaan baru diangkat oleh rakyat untuk membuat kerja menyedarkan pemimpin pemerintah yang sudah tua usianya yang memikirkan apa mereka lakukan selama ini adalah betul dan benar belaka...

 

Tidak siapa pun nafikan dan katakan itu duit GUAN ENG.. ia berbalik kepada mana UMNO BN selama ini melakukan duit peruntukan PARLIMEN & ADUN seperti harta mak bapak mereka dimana dikawasan yang mereka kalah duit peruntukan tersebut akan turun kepada ketua bahagian mereka....yang mana duit tidak diaudit oleh juruaudit negara.

 

Sedangkan duit peruntukan tersebut ialah duit rakyat seperti mana KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG katakan ini...

 

Apa yang rakyat inginkan adalah perkara seperti ini dimana duit rakyat dipulangkan kepada rakyat... dan duit ini haruslah diaudit untuk melihat supaya tidak ada penyelewengan berlaku...

 

UMNO BN oh UMNO BN...baru ada akai hangpa lanie...

Umno: Peruntukan bukan duit Guan Eng pun

 

"Wang itu bukan milik Lim (Guan Eng), tapi rakyat," begitu reaksi segera Ketua Pembangkang Pulau Pinang Jahara Hamid ketika ditanya tentang peruntukan RM40,000 untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di negeri itu.

Jahara (kanan) bagaimanapun berkata, beliau memandang langkah itu sebagai positif, demi untuk kepentingan rakyat.

 



Lim, ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan, sepuluh ADUN Umno di negeri itu akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014.

Katanya, peruntukan kepada pembangkang negeri itu "diluluskan secara prinsip" dalam mesyuarat exco negeri pada 18 September lalu, antaranya bagi menunjukkan keterbukaan Pakatan dalam menghormati prinsip demokrasi.

Sementara itu, ditanya sama ada wakil rakyat Umno akan menerima tawaran itu, beliau hanya menjawab, bahawa wang itu bukan untuk parti Melayu itu, tetapi rakyat.

"Kerajaan persekutuan (dipimpin BN) juga memberi peruntukan untuk pembangunan Pulau Pinang dan tidak pernah mendiskriminasi pihak yang berhak," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

 

 

 

 

 

 

 

LAPORAN The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.

Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila BN menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.

BN sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak.

Sebaliknya BN tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

Sebenarnya, sebuah isi rumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70 peratus dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan.

Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isi rumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.

Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan
sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.

Ini bermakna, BN mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.

Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat.

Lebih teruk apabila BN enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan.

Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar BN mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.

Rafizi Ramli,  Pengarah Strategi PKR, Ahli Parlimen Pandan

 

 

 

 

King Jason
Kita dah lengkap 7 perkara aneh dibuat oleh khaldai jadian.

Harap pasni..tak ada keanehan ke 8? 9, 10 dan seterusnya sebab rakyat boleh mengamuk dah tak tahan dah.

Tapi kalau khaldai2 nak tambah koleksi..boleh juga..sebab..makin khaldai negara..makin dekat dengan kebankjtan rakyat!!

Oyeh!!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment