Thursday, September 19, 2013

RG2011... eKutbah Jakim (20 SEPTEMBER 2013 / 14 ZULKAEDAH 1434H) “MEMPERKASA EKONOMI UMMAH”

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

                                    "MEMPERKASA EKONOMI UMMAH"

(20 SEPTEMBER 2013 / 14 ZULKAEDAH 1434H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: "MEMPERKASA EKONOMI UMMAH".

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di negara kita, perangkaan menunjukkan bahawa setakat ini umat Islam yang mewakili lebih kurang 60 peratus penduduk hanya menguasai lebih kurang 20 peratus sahaja daripada ekonomi. Walaupun ianya menunjukkan satu peningkatan dibanding dengan peratusan tahun sebelumnya namun, penguasaan kita masih rendah berbanding kaum yang lain. Sebagai umat Islam kita masih belum boleh berpuas hati dan berbangga sepenuhnya dengan pencapaian ekonomi dan perlu sentiasa diingatkan tentang kedudukan ekonomi semasa. Percayalah bahawa usaha untuk memajukan ekonomi negara adalah usaha keagamaan kerana Islam bukan sekadar agama rabbaniah akan tetapi ia merupakan The way Of Life yakni mencakupi setiap bidang kehidupan seperti sains, teknologi, pendidikan, pembangunan infrastruktur, kejuruteraan, pertanian, ekonomi dan lain-lain.

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa Nabi Muhamad SAW diutuskan sebagai rahmat bagi semesta alam dengan memberi tumpuan kepada usaha menyusun diri, masyarakat dan negara semoga memperoleh kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan sehingga wujudnya sebuah masyarakat yang berperadaban tinggi. Dalam usaha untuk melonjakkan imej, maruah dan harga diri umat Islam sebagai pembawa rahmat ini, maka Islam menggalakkan umatnya berkerja bersungguh-sungguh secara berkesan untuk meningkatkan kekuatan ekonomi dan kekayaan. Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77

Maksudnya: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan."

 

Ketika menekankan perkara yang sama Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun(memperbaiki dan mempertingkatkannya)." (Riwayat: al-Baihaqi)

 

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Dalam usaha mencapai niat suci dan murni ini, pihak pemerintah telah melancarkan strategi Permerkasaan Ekonomi Bumiputra yang merangkumi lima fokus utama, pertama: Mendaya modal insan bumiputera, Kedua: memantapkan pemilikan ekuiti dalam sektor koporat, ketiga: memperkukuh pemilikan eset bukan kewangan bumiputera, keempat: memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera dan kelima: memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan. Mimbar yang mulia ini percaya bahawa kebijaksanaan dan keikhlasan kepimpinan negara melaksana tindakan tersebut adalah jalan terbaik untuk membela masyarakat umat Islam dan pada masa yang sama semua rakyat di negara ini akan mendapat manfaat dan hidup secara aman serta mendapat pelbagai peluang secara saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara.

Mimbar ingin mengingatkan bahawa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera merupakan satu cabaran kepada orang Islam supaya mengubah sikap dari bekerja sekadar cukup makan kepada berusaha bagi mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi agar mereka dapat berada diarus perdana ekonomi negara. Perubahan ke arah kemajuan dan kebaikan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam,  ia merupakan suatu pendekatan yang tidak memberi kesan sampingan, bersifat bersepadu dan menyeluruh sama ada dari segi pentadbiran, sosial, ekonomi, muamalat dan semua bidang kehidupan manusia.

Sesungguhnya perubahan yang dianjurkan oleh Islam kepada manusia adalah bersepadu di antara urusan Tuhan dengan urusan insan, ibadah dengan kerja, ganjaran material dan pahala serta dunia dan akhirat. Maka dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa pihak pemerintah begitu serius dan komited dalam membangunkan negara untuk masa depan rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita umat Islam untuk berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu untuk mengambil peluang yang disediakan oleh pihak pemerintah bagi memajukan diri seterusnya mempertahankan survival umat Islam di tanah air tercinta.

Dalam menyusun dan mengendali kegiatan ekonomi, mimbar percaya ianya dilaksanakan berdasarkan semangat Islam yang berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat. Dalam membicarakan konsep keadilan sosial, istilah jaminan sosial perlu dahulu difahami di mana dalam sesebuah masyarakat, ke semua keperluan asas kehidupan untuk individu dan masyarakat dipenuhi di peringkat minima. Pendekatan Islam amat menitik berat soal kebajikan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa' ayat 29:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu".

 

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Kita juga perlu mengambil contoh sifat-sifat usahawan Islam yang berjaya seperti  Abdul Rahman bin Auf, Zubair Ibnu A'wwam, Talhah bin Ubaidillah dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja menjadi usahawan yang berjaya tetapi mereka turut memainkan peranan penting dalam penyebaran dan pengembangan dakwah Islam. Oleh itu kebijaksanaan mereka mengenal pasti peluang ekonomi dengan disertai amalan etika dan keperibadian para sahabat tersebut perlu dicontohi oleh pentadbir, peniaga dan pengusaha pada hari ini.

Tetapi malangnya terdapat segelintir umat Islam yang memandang remeh dan menganggap bahawa usaha memaju dan mengukuhkan ekonomi umat Islam tidak penting dan bukan satu lapangan yang dituntut serta tidak ada hubungkait dengan agama. Golongan ini hanya fokus kepada akhirat dan menganggap usaha untuk meningkatkan ekonomi terutamanya melalui perniagaan hanyalah perbuatan sia-sia dan keduniaan semata-mata. Ini merupakan satu tanggapan dan pemahaman yang salah dan boleh melemahkan ummah kerana Islam adalah suatu agama yang mementingkan kepada kehidupan dunia. Kehidupan di alam akhirat adalah penerusan daripada alam dunia. Tidak akan adanya akhirat jika tidak adanya dunia. Justeru urusan keduniaan hendaklah disusun menepati ajaran al-Quran dan al-Hadith. Mimbar percaya kesan yang diusahakan mengikut acuan syariah dan tadbir urus berdasarkan perundangan Allah SWT akan mendapat keberkatan dan limpahan rezeki dan kurnian dari Allah SWT begitu juga sebaliknya. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra' 30:

Maksudnya: " Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".

 

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sebagai kesimpulan khutbah minggu ini mimbar menyeru, marilah kita semua menginsafi dan menyedari, bahawa umat yang bertakwa dan maju yang mana mereka bebas dari kemiskinan akan menjadi umat yang kuat, bangsa yang disegani, dihormati dan mempunyai harga diri yang tinggi. Dengan demikian sekali lagi mimbar menyeru marilah kita berjihad memajukan status ekonomi diri dan negara dengan mengambil peluang dan merebut kesempatan yang disediakan dalam Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini. Ingatlah, jika kita masih lagi gagal mengambil peluang keemasan ini maka sudah pasti orang lain akan memperolehi manfaat dan kita akan terus tinggal kebelakang serta dipandang hina di tanah tumpah darah sendiri.

Mimbar juga mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia di atas langkah berani dalam melakukan anjakan besar demi kemajuan dan kesejahteraan ummah. Mudah mudahan segala usaha ini akan mendapat taufik dan rahmat daripada Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Najm ayat 39-41:

Maksudnya: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepada-Nya pada hari kiamat kelak. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna".

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment