Monday, September 23, 2013

RG2011... Fw : Angkara 'OVERDOSE' Viagra..

 

Angkara 'overdose' Viagra...
SELASA, 24 SEPTEMBER 2013 08:47
viagraSeorang lelaki dari selatan Colombia terpaksa membenarkan kemaluannya dipotong selepas dia didakwa menelan dos Viagra secara berlebihan bagi mengambil hati teman wanitanya.
Lelaki berusia 66 tahun dari Gigante itu memberitahu akhbar tempatan, dia dengan sengaja menelan ubat itu secara berlebihan. Dia kemudian dikatakan mengalami ereksi selama beberapa hari sebelum dipaksa mendapatkan nasihat doktor.
Menurut laman berita Colombia Reports, ubat perangsang seksual itu menyebabkan lelaki yang didakwa peladang dan juga ahli politik itu mendapat tanda-tanda gangren.
Apabila dia mendapatkan bantuan perubatan, doktor di Gigante merujuknya ke pusat perubatan di Neiva dan petugas perubatan di sana menyatakan saraf di kemaluannya mengalami regangan.
Dia diberitahu satu-satunya pilihan yang ada ialah kemaluannya perlu dipotong agar regangan saraf itu tidak merebak ke bahagian lain tubuhnya. Seorang doktor memberitahu akhbar La Nacion: "Buah zakar dan kemaluan pesakit lebam dan dia kini masih dirawat."
Ekoran kejadian itu, hospital di Neiva memberi amaran kepada lelaki terbabit agar tidak menggunakan ubat perangsang seks tanpa preskripsi doktor.
Sementara itu, awal minggu ini seorang lelaki Yaman mati selepas mengambil Viagra secara berlebihan ketika bersedia untuk tidur bersama isteri barunya pada hari pertama perkahwinan mereka.
Lelaki berusia 25 tahun itu menelan lima pil Viagra sekali gus hingga membunuhnya, lapor akhbar harian berbahasa Arab Okaz Al Youm. - Agensi
Wah cantikkan.......tapi dh Sold !!!!!!!!! untuk sz XL nie........tapi jika berminat ada lagi Saiz XS....cepat2...grap this !!!!!! today...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment