Monday, September 23, 2013

RG2011... Fw: naik harga gula elak diabetes - Menteri

 



Kisah macai dan penjual batu nesan

telokbakong.blogspot.

milosuam.blogspot

SEORANG macai sangat sedih menerima berita kematian ketua kampungnya akibat makan gula secara berlebihan.

"Itulah Tok Ketua, kan menteri dah cakap jangan makan gula banyak sangat, nanti mati! Sebab tu menteri naikkan harga gula!" bisik macai tersebut dalam hatinya.

Macai tersebut diarahkan untuk membeli Batu Nesan di Kedai Pak Din.

Macai: Pak Din bagi saya batu nesan dua!
Pak Din: Nak batu nesan saiz apa?

Macai: Alamak ada saiz pulak, free saiz ade?
Pak Din: Ok!

Macai: Berapa harga ni Pak Din?
Pak Din: Sebatang nesan RM3000, 2 batang RM6000!

Macai: Amboi mahalnya batu nesan ni? Ada emas ke? Minyak naik seliter RM0.20 je takkanlah harga nesan naik sampai beribu-ribu?

Pak Din: Saja aku letak harga mahal, untuk kebaikkan engkau juga, kebaikkan orang kampung.

Macai: Apa maksud Pak Din?

Pak Din: Iyalah, bila aku naikkan harga batu nesan tinggi-tinggi, kuranglah orang meninggal. Tak mampu beli batu nesan jangan mati!

* Cerita rekaan, tiada kaitan dengan individu yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan watak ia hanyalah satu kebetulan

Comments

lawak gila hahahaha
 
padan muke sume's avatar

padan muke sume · 

Macai bodoh ye x.....barang sume naik...mnyak naik,gula naik.....macai sume bngap,ayat macai...ala bru 20sen....huu....
hahaha..mati tak bernisan terus macai kalau bacanih
 
haha share kt pak menteri tu boleh?
 
me LAYU's avatar

me LAYU ·

hahaha ini cerita wajib d htr kpd menteri2 yg bijaksana belah sana nuh
 
's avatar - Go to profile

C++ · 

Bhai MS...

Hahaha.... terbaek lor.... hahahaha....

 

Nak naikkan harga gula.. Menteri kitar semula alasan lama...

telokbakong.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
 
Dulu bila Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak hendak menaikkan harga gula pada tahun 2012 beliau juga menggunakan alasan ini..

Kononnya subsidi harga gula terpaksa dikurangkan dan mengakibatkannya naik 20 sen ialah untuk kebaikkan rakyat.

Dimana menurut Najib, dengan peningkatan harga komoditi itu rakyat Malaysia akan mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan juga minuman mereka..

Lantas ini akan mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes serta dalam masa yang sama mengurangkan jumlah pesakit tersebut..

Setelah Najib mengumumkan langkah menaikkan harga gula itu maka keluarlah satu statistik dari Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) yang menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun 2011.

Selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata "Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas,"

Katanya lagi, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

Kini alasan yang sama untuk menaikkan harga gula diulang oleh seorang Menteri dan fakta tentang jumlah pesakit diabetes juga diulang kembali..

Kalau ikut statistik Menteri ni.. kadar pesakit diabetes dinegara ini langsung tak meningkat, sebabnya kajian pada tahun 2011 menunjukkan 2.6 juta menghidap diabetes..

Pada tahun 2013 angka yang sama juga digunakan oleh Menteri ini iaitu 2.6 juta orang juga... jadi mana peningkatannya?

Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada
2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman.
- Bernama

Sudah-sudahlah nak perbodohkan rakyat tu.. sedarlah bukan semua rakyat bodoh macam macai UMNO tu.....

Cakaplah terus terang.. Kerajaan terpaksa naikkan harga gula pula sebab menaikkan harga minyak hanya memberikan kesan yang kecil dalam mengurangkan defisit negara...
 
mail's avatar

mail · 

semua akai ....hotak krek
 
mail's avatar

mail · 

dey tambi yen na dei...kasi trus cakap la gula mau naik ...mu,te pai lek
 
sincan's avatar

sincan · 

dulu-dulu belajar ekonomi, harga naik bila permintaan meningkat. Lani, harga gula naik bila pengidap kencing manis meningkat.... he..he... alasan menteri akai kontot!
 
som 's avatar

som · 

habis tu kalau tak meningkat, nak bagi meningkat ke? dungu betul la pemikiran macai pkr.
korang jugak yang cakap konon2 perlu pencegahan.

memang korang fikiran tengah kalut sebab nak dekat pemilihan pkr. pak sheikh tu pun sedang serta salah nak kekal sebagai ketua umum atau nak bertanding presiden. kalut
 
R&R rawang's avatar

R&R rawang · 

menteri yang tak sepatutnya jadi menteri.... agaknya dah abis orang2 BN yang layak dijadikan menteri.... org bod.. pun blh jadi menteri
 
som 's avatar

som · 

YB sunan boleh jadi menteri. dia kan ramai anak KHAIRIAH.
 
Badang's avatar

Badang ·

macam aku yang tak kena diabetes bila harga yang sekarang lah kan sebelum dinaikkan ?
kalau tak, tak adil lah orang lain yang punya pasal .. orang lain yang kena diabetes .. aku pulak yang kena beli harga mahal. Kerana 2.6 juita diabetes yang 20 juta lebih pun kena tanggung..

kenapa tak letak gambar kaki bernanah ke atau orang sedang cucuk badan sendiri macam gambar gambar di kotak rokok. atau sekurang kurang nya tulis lah amaran Awas Kencing Manis kurang kan Gula.
 
som's avatar

som · 

nasib baik dia tak tanya reporter tu ' u dari paper mana?'

kalut
 
salam dari kami
 
najib bini rosmah's avatar

najib bini rosmah · 

Kira-kira % pon fail patut la bajet negara
defisit memanjang...
Our minister is weak in Math...
Nampaknya ALONG kena ajar diorang semula...
A L O N G Along!!! A L O N G Along!!!
Tolong belajar Matematik, jangan potong subsidi Along....
Kahkahkah!!!
 
Jabar Ali's avatar

Jabar Ali · 

Ingat menteri ameno saja bodoh dan pembodek.....
Haa menteri dari mic pun bangang juga.......
SAH bn nak nak mampus dan a ship loads of stupid clowns.....
Bila le nak karam
 
Pembuli Macai's avatar

Pembuli Macai · 

Apa ada hal....BR1M makan setahun x abis
 
Badang's avatar

Badang · 

berat badan berlebihan menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes

rosmah mesti ada diabetes . ?
 
Kayu's avatar

Kayu ·

Nak elakkan penyakit kencing manis nanti ramai rakyat Malaysia kena penyakit jantung pasal terkejut dengar semua benda nak naik harga
 
MAT's avatar

MAT · 

ELOK APE
trojan's avatar

trojan · 

No wonder pencacai semua bodo belaka.... mereka tak tau gula & oksigen adalah makanan utk otak. Gula boleh merangsang pemikiran.
 
 

Harga Gula Bakal Dinaikkan, "Diabetes" Sebagai Alasan

greenboc.blogspot.


ULASAN GB

Alasan yang sama digunakan Najib dahulu semasa beliau mengumumkan pengurangan subsidi gula pada tahun 2012.

PAS sudah menjawabnya.

Gula naik tiada laporan pesakit diabetes berkurang

KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.

Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.

"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.

Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.

"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.

Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.

Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.

"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.

Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.

"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya.
-Hrkh

comments:

Anonymous said...

nanti ada menteri kata naik minyak untuk kurangkan kemalangan & merempit di jalan raya

manzui said...

Kenyataan dibuat tidak berasaskan fakta; ini menunjukkan sifat kurang bijak pemimpin.
Apa kata pindahkan subsidi gula kepada Stevia, Pemanis semula jadi
yang boleh :
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan

Anonymous said...

Kejap lg harga beras plak naik....subsidi dipotong alasan ramai rakyat malaysia yg gemuk gedempol...hahaha

Pemimpin pak lawak dpd kerajaan minoriti 47% ...hahahaha

Anonymous said...

Penyakit rasuah,memerah duit rakyat,penyakit komisyen,penyakit projek kroni di kalangan pemimpin BN
sangat kronik dan membarah sangat membahaya kepada ekonomi negara sepatutnya lebih diperkata dan dibenteras dari ciptaan alasan diabetes ini.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment