Monday, September 23, 2013

RG2011... Fw: Pengguna Jalanraya Utamakan VIP Dan Kerabat Diraja.

 



Malang buat pemandu malaysia di Jalanraya...

telokbakong.blogspot.
manjongmari.blogspot
 

 

Menteri Saran Pengguna Jalanraya Utamakan VIP Dan Kerabat Diraja.

telokbakong.blogspot.
amenoworld.blogspot
 
Jangan harap.


Ini ialah cadangan dari menteri. Sebagai rakyat aku memberikan respon. Respon aku ialah jangan harap. Aku memang sesekali tidak akan berkompromi dengan mereka dalam apa jua keadaan dan situasi.

Itu tak masuk lagi bab sembang kencang dalam kereta bila berhadapan dengan situasi tersebut. Kita sama kita tahu sudah la ek, oke tak?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kata menteri ;
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga DiRaja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia, lapor portal The Sun Daily hari ini.

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.

"Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan.


Kata aku ;

1. Jalanraya dibina menggunakan wang pembayar cukai. Waima yang bayar sikit atau banyak. Rakyat biasa mahupun VIP. Semua bayar tak kira la dalam apa jua bentuk dan situasi. Pokoknya semua ada saham. Maka atas sebab ini la mereka berhak menggunakan jalanraya secara bersama. Atas level dan standard yang sama. Ini kerana sama2 menyumbang ke arah pembinaan jalanraya tak kira la ko sapa pun.

2. Bila bina istana negara, rakyat takde standard macam kami tak dapat pun nak hadap dan rasa benda tue. Alasan. Special untuk VIP dan kaum kerabat kan. Siapa la rakyat takde standard neh. Duduk dalam kelas masyarakat yang rendah. Ada kasta bhai.

3. Kat sini kalau ikut keistimewaan, mereka, kaum kerabat dan VIP dah dapat pelbagai keistimewaan yang perlu, samada wajar atau tidak itu belakang citer.

4. Jadi tak perlu la nak menambahkan lagi perkara itu.

5. Dalam erti kata lain, rakyat tiada keperluan nak berikan laluan kepada mereka.

6. Rakyat pun ada banyak benda penting nak buat neh. Kos sara hidup tinggi. Lambat masuk kerja kang kena buang. Lepas tue tak mampu bayar hutang kereta kena isytihar muflis pula. Kalau berikan laluan nak berlama2an atas jalanraya nak kena tambah duit minyak lagi. Maaf, maaf, maaf, rakyat sangat terkesan even 20sen pun. Bukanla mereka berduit banyak macam VIP dan kaum kerabat kan. Lagipun bila rakyat terjejas ada VIP neh nak tolong? Ada kaum kerabat neh nak bantu? Hey pergi la mampos sama rakyat marhaen. Mana ada sapa2 nak tolong kami pun. Allah je yang tolong bhai. Itupun melalui rakan2 seperjuangan yang faham situasi. Dan sedara mara kami. VIP dan kaum kerabat ada nak pandang kami?

7. Maka jika mereka tak berikan laluan, pandai2 la korang nak hidup. Tatau pula rakyat yang mereka bayar gaji penjawat awam macam POLIS untuk escort pihak2 tertentu.

8. Begitu juga pihak2 tertentu sembang kencang bab minyak dan jalanraya effisen la sangat tapi hadap jalan jem tak hingin pun. Kan?

9. Kalau nak cepat, lain kali keluar awal. Jangan babitkan dan libatkan orang lain.

10. Rancangla perjalanan anda, eh tak pernah tengok iklan tue kat tv ka?

KAH KAH KAH

Oke, bai. 
 
  • Repong Pusaran · Top Commenter
    undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba - ooo baru sy tau
    • Valiants Sang Petualang · Top Commenter · Pakatan Rakyat
      Ni raja mana yang lu mau bodek?..Vip mana yang lu suruh mau sain projek?apa kena mengena diorang dengan gua?.lu dah takda solid isu mau sembang ka?benda yang takda diada adakan.lu tau tidak SOP trafik bawak kenamaan macam mana?..ke sama bangang dgn statement harga ayam lu main hembus sebarang?lu keluar la cadang bodoh lu suruh diorang naik helikopter.naik kereta ratus ribu pun nak berlagak apa kalau jam?next time jangan bodoh sembah manusia jadi tuhan.sampah!
      • Azam Sakroni · Works at CSC (M) Sdn Bhd
        buat pertama kali aku setuju dgn admin..bukan niat tidak menghormati tetapi mereka kena faham kesengsaraan rakyat yg menggunakan jalanraya ni..nasib baik masuk tandas tak perlu bagi laluan kat VIP utk mereka guna dulu..makin lama makin sangap aku tengok menteri2 ni..
        • Naim Mohamat Kasim · Kuala Lumpur, Malaysia
          Aku sarankan VIP, VVIP & VVVIP buat jalan sendiri, pakailah duit sendiri.. kalo nak cepat sangat.. Kalau nk tahu kesusahan rakyat, maka mereka sendiri pun patut rasa kesesakan jalanraya.. mcm yg rakyat rasa..
          • Ahmad Nafilizzakirin · UNITEN Muadzam Shah
            aku bayar road tax.. suka ati la nk bg tak nk.. kalo ikot nak cepat, sume nak cepat.. kerabat relax jea, yg baru jadi menteri lak kecoh.. Najib Razak please take note..
            • Nisa Azizi · Top Commenter · Manager at HotGrills Burger
              Selambe je saranan die ni aku buang ke tong sampah. dah la kdg2 polis yg escort tu kurang ajar. pancung kaw2. kang langgar kang die bg saman la, masuk lokap la. hampeh. eee. lagi nk menambahkan stress org yg sememangnye dah stress sangkut dlm jem. eee.
              • Halim Othman
                jalanraya ni kan atuk n nenek moyang depa punya
            • Norliza Mohd Yunus · Shah Alam, Malaysia
              kalau ada kete boleh terbang jual lah kt diorg ni.. berapa hg pun diorg ni mampu beli.Drpd menyusahkan org.
              • Hajar Yusoff · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
                aku perhati dah lama dah org tua..bila buat statement merepek2..bapak saper ni...?
                • Jali J. Nisp · Top Commenter · Sungai Buloh
                  Oh! menteri ayam yang cakap.... tahi ayam bertingkek-tingkek..
                  • Rozzah Feezah · Top Commenter · Penolong penyelia rumahtangga at Di rumah saya
                    maaf cakap,kerabat atau VVIP hatta VIP yg sombong,kalau taknak sama2 jem dgn rakyat,sila naik kapal terbang sendiri,duit banyak2 rugi kalau asyik 'terkepit' dgn rakyat 'hina dina' mcm kita ni..

                  __._,_.___
                  Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
                  Recent Activity:
                  " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

                  " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

                  " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

                  " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

                  " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

                  Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
                  Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

                  .

                  __,_._,___

                  No comments:

                  Post a Comment