Wednesday, September 18, 2013

RG2011... Fw: PASANGAN KEKASIH MAUT DILANGGAR LORI TRELER

 



PASANGAN KEKASIH MAUT DILANGGAR LORI TRELER

 

tahun ini tidak kesampaian apabila motosikal yang mereka tunggangi terbabit

dalam kemalangan dengan sebuah lori treler dekat Kampung Buah Keras 2, Jalan

Temenggung Ahmad di sini.

Dalam kemalangan kira-kira 11.05 malam semalam itu, Mohd Azamudin Ahmad, 18,

berasal dari Parit Limbung, Jalan Parit Jawa di sini, dan teman wanitanya Wan Hs

Norfatihah Wan Pauzi, 16, dari Kampung Parit Bakar di sini meninggal dunia di

tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Sahadan Jaafar ketika dihubungi

berkata ketika kejadian Mohd Azamudin dalam perjalanan menghantar kekasihnya

pulang ke rumah di Kampung Parit Bakar dekat sini setelah menjemputnya dari

sebuah pasar raya.

"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda

Ex-5, cuba memotong sebuah treler dari arah sama, namun bertembung sebuah

motosikal lain yang datang dari arah hadapan dengan menunggang secara kumpulan.

"Pasangan tersebut yang terjatuh kemudian tercampak ke bawah lori dan

terseret beberapa meter menyebabkan anggota tubuh mereka mengalami kecederaan

parah termasuk putus beberapa bahagian anggota," katanya.

Seorang lagi penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu dan

masih belum dikenali pasti identitinya patah kaki dan dikejarkan ke Hospital

Pakar Sultanah Fatimah untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu pemandu treler seberat 25 tan itu, Mohd Isa Hamid, 52, berkata

semasa kejadian, dia bersama kelindan lori itu, Musa Muhamad, 45, sedang dalam

perjalanan menghantar muatan makanan ayam dari Pelabuhan Klang ke Semerah, Batu

Pahat.

"Selepas berlaku perlanggaran, saya lihat di cermin sisi, motosikal mangsa

terseret jauh tetapi tidak nampak penunggang serta pemboncengnya. Kami ingatkan

tidak ada apa-apa berlaku dan memberhentikan treler kira-kira 40 meter selepas

itu.

"Namun apabila turun, kami terkejut apabila melihat dua tubuh manusia

bergelimpangan dalam keadaan putus dan hancur anggota badan di atas jalan raya,"

katanya.

-- BERNAMA

comments

  • Izham  •  
    Condolences to the family. I notice some comments are negative and very maligned. Please spare some thought for the families of the deceased. Having your loved ones being killed in a road accident is never pleasant for anyone. The least you could do is to wish your sympathies to the families of the victims.
  • Xanc  •  
    Saya baca berita dari sumber lain dam mendapati yg menunggang secara berkumpulan tu ialah MAT REMPIT.

    Kesian betul insan yg tak berdosa. Dia cuma memotong treler yg bergerak perlahan. Yang mati putus-putus tu sepatutnya kumpulan MAT REMPIT.
  • Jet  •  
    malang xde bau hati2 di jalan raya....
  • Md  •  
    Al-Fatihah....
  • Nor  •  
    innalillahiwainnalilahirojiun... al -fatihah untuk mereka...
  • david  •  
    motosikal berkumpulan nampak syok & cool bagi mat samseng jalanan tapi amat merbahayakan pengguna lain. Polis & kerajaan mesti berkas budaya samseng jalanan yang melampau-lampau....Jangan sampai ribuan nyawa tak berdosa yang terkorban....
  • Lynda  •  
    al fatihah.
  • Ulianah  •  
    berhati2 la di jalan raya....
  • Shah Ss  •  
    Masalah menunggang beramai ramai di jalanraya ini bermula mengikut perangai beruk telah di popularkan oleh syaithan2 malayu dan kemudian di turunkan pula oleh minat bodoh org2 malayu yg x sedar diri. Golongan ini kemudian di bantu oleh perangai cinta kan privilige yg turut di gilai oleh golongan yg mempunyai peganggan agama juga!
    malahan iklan di media massa juga turut memberi publisiti meluas kpd cara penunggangan seperti beruk ini bertambah di gilai!
  • Wessley  •  
    Mat Rempit samseng umno lagi, keparat sepatutnya yang kena langgar ialah mat rempit.
  • abby  •  
    motosikal yang ditunggang secara berkumpulan adalah pukima jalanan. Pihak berkuasa juga menggalakkan pukima ini terutamanya motosikal berkuasa yang menunggang secara mencelah macam bapuk. Apa tak lagi pukima kenamaan seperti ....
  • ^^NURHAFIDZAH^^  • 
    Innalillah.....
  • WTF  •  
    My sympathies and deepest condolences to the families. God give them strenght.
  • Senyum Kambing  •  
    Menunggang motor secara berkumpulan memang menyusahkan & membahayakan orang lain. Budaya samseng.
  • fata  • 
    innalillahi wainnalilahi rojiun..sebelum memotong, pastikan line clear. Don't ever take the risk. Berhati2 di jln raya...
  • Connie  • 
    kasihan. :'( my condolences to their families. :'(
  • ijol  • 
    ahmad idham patut bertangungjawab, haha sebab dia buat filem mat rempit dan mat kereta..wakakakka..
  • my deepest sympathy goes to the deceased families. RIP.
  • A Yahoo User  • 
    kepada Mat Motor bawaklah motor berhati2, ini treler pun dipotong, berani sungguh , aku yg bwk kereta pun x berani aku bagi treler potong aku dulu
  • Gun4Roses  • 
    semoga roh mereka di cucuri rahmat..
  • A Yahoo User  • 
    Al-Fatihah
  • Donald  • 
    takziah,kepada azamudin&norfatihah rehatlah selama lamanya
  • Jesse Aaron  • 
    Ikutkan hati, nak je aku tampar pemandu lori tu dgn selipar
  • Senyum Kambing  • 
    Sepatutnya lesen motorsikal diberi kpd yg berumur 30 tahun ke atas sahaja
  • Suvarna_Tropics  • 
    can we just wish rest in peace and pray for the deceased to rest in peace.
    RIP , motorcyclist be careful cause i ride one too
  • Ramesh  • 
    PLUS should impose toll to the motors as well....very dangerous.....
  • Senyum Kambing  • 
    Banyak juga lori yg bwk perlahan tak faham2 utk ke tepi beri laluan kenderaan belakang memotong.
  • Safari Jb  • 
    Condolences and sorry to the victims' family.
  • Senyum Kambing  • 
    Kepada mat rempit @ samseng motosikal

    Pernah seorang penunggang motosikal mencelah masuk roundabout Bangi cara bahaya sehingga saya terpaksa brek emergency supaya tak langgar dia, lepas tu dia teruskan gaya hebat kononnya macho., padahal kalau sy tak brek tadi kan mampus

    Di bulatan Gombak, saya mahu ke utara, saya brek kereta utk beri laluan kpd motor yg menuju ke arah sri gombak, saya ikhlas beri laluan ni, kemudian dia pandang saya ingatkan nak angkat tangan, rupanya bagi isyarat lucah.

    Kadang2 rasa elok langgar saja. Kita kenal siapa Mat rempit samseng dan siapa penunggang yg baik.
  • Ujang  • 
    Al-fatihah
  • Lee  • 
    kerajaan patut hentikan bermotosikal berkumpulan.. gomen jugak salah..
  • UMNOMalays Are Sh-T  • 
    naik motor ex5 nak potong treler. hmmmm...............
  • M.A.  • 
    Adakah gambar yang sama aku tengok dalam fb?
  • BN's Pukemon  • 
    Yg menunggang beramai2 salah undang2 dunia.
    Lelaki & perempuan bukan muhrim naik moto bersama salah undang2 akhirat.
  • Highstone  • 
    Berhati hati di jalan raya. Cepat cepat lah pasang AES.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment