Wednesday, September 18, 2013

RG2011... Fw: Simptom Kanser Mulut

 



Simptom Kanser Mulut

 
Tahun 2012 melabuhkan tirainya dengan cerita duka kematian artis FTV, Cecilia Vickend. Wanita berusia 26 tahun itu diserang kanser rongga mulut, dengan gejala awal sariawan yang tidak sembuh-sembuh. Ada kemungkinan penyakit itu menyerang kita juga.

Menurut doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Kartika Dwiyani, kadang-kadang pesakit kanser rongga mulut tidak menyedari keadaan yang dialaminya itu. "Pesakit tidak mengadu kesakitan," ujarnya.
Padahal menurut beliau, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang diserang kanser rongga mulut.

Pada awalnya tentu ada luka (merujuk pada keadaan tisu yang abnormal pada tubuh) awal kanser. Misalnya, muncul tompok putih (leukoplakia) atau tompok merah (eritroplakia) di rongga mulut dan luka (ulser) atau yang biasa dikenali sebagai sariawan. Ciri-ciri sariawan: bahagian tepinya terasa keras, ia berbonjol sedikit berbanding bahagian sekitarnya, bahagian dasarnya berbintil-bintil dan mengelupas, serta kadang-kadang mudah berdarah.

"Oleh kerana tiada rasa sakit, pesakit sering kali berjumpa doktor ketika kanser sudah dalam peringkat kritikal," ujar doktor lulusan Universiti Indonesia ini.

Justeru sekiranya tanda-tanda tersebut dialami, Kartika menyarankan agar pesakit segera berjumpa doktor pakar yang berkaitan, dan bukan doktor am.  Jika cuma sariawan, ia boleh sembuh dalam tempoh 7-10 hari atau dirawat dengan ubat seperti ubat antiradang.

Menurut Kartika lagi, kanser rongga mulut berpunca daripada faktor lokal, luaran serta pesakit sendiri. Faktor lokal meliputi kebersihan mulut. Ini berkaitan dengan kekerapan memberus gigi dan rawatan gigi berlubang. Keradangan kronik boleh berlaku kepada pesakit yang keadaan kebersihan mulutnya amat buruk.

"Keradangan kronik yang berlaku di rongga mulut adalah faktor risiko berkembangnya kanser rongga mulut," tegasnya. Bagi faktor luaran, Kartika menjelaskan yang punca utamanya ialah kebiasaan merokok dan minum alkohol. Penyelidikan di Sepanyol pada 2004 mendapati perokok dan peminum alkohol mempunyai risiko 50 kali ganda lebih tinggi untuk diserang kanser rongga mulut berbanding individu bukan perokok dan peminum alkohol.

Mengapa ini terjadi? Ahli Persatuan Pakar Perubatan ENT Indonesia itu menjelaskan, tembakau yang terdapat dalam rokok mengandungi kira-kira 50 bahan karsinogenik iaitu bahan yang mencetuskan kanser kerana kemampuannya merosakkan metabolisme sel.

Sementara alkohol pula berperanan sebagai larutan yang dapat mendedahkan mukosa terhadap bahan karsinogenik. Ini mengakibatkan penyerapan bahan pencetus kanser ke dalam mukosa rongga mulut.

"Zat dalam alkohol juga boleh mengganggu metabolisme sel dalam tubuh, misalnya sel rongga mulut," katanya. Bahkan, pendedahan kepada sinar ultraungu yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kerosakan sel sehingga mencetuskan kanser.  Selain sinar ultraungu, pemakanan juga boleh menjadi faktor risiko terjadinya kanser rongga mulut.

Jangkitan virus papiloma manusia (HPV). Jangkitan ini tiada gejala dan boleh disebarkan melalui hubungan seks atau melalui ibu kepada bayi yang dilahirkannya.

Individu yang dijangkiti HPV juga boleh sembuh sendiri tanpa menimbulkan sebarang gejala apapun. HPV dapat menghasilkan protein yang boleh mengganggu metabolisme sel normal, sehingga mencetuskan kanser.

"Kanser rongga mulut yang berkaitan dengan jangkitan HPV biasanya berlaku pada usia muda," kata Kartika.

Sementara itu, punca dari dalam diri pesakit sendiri yang menjadi risiko terjadinya kanser rongga mulut ialah faktor genetik atau keturunan. Dari segi usia, kanser rongga mulut biasanya berlaku pada pesakit yang berusia lebih 55 tahun.

"Namun ia boleh berubah mengikut banyaknya jangkitan HPV tadi," katanya.

Lantas, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Kartika menekankan bahawa tidak semua kes kanser rongga mulut boleh dielakkan. "Tetapi kita boleh mengurangkan faktor risiko penyebabnya," jelas beliau.

Salah satu caranya adalah mengelakkan tabiat menghisap rokok dan minum alkohol.  Pemakanan yang sihat serta mengurangkan pendedahan langsung kepada sinar ultraungu juga dapat mengurangkan faktor risiko penyebab kanser.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment