Pelatih PLKN Mati Dibunuh
greenboc.blogspot Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.
Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.
Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.
Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek keras.
Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.
Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.
Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.
Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.
Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.
Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun. comments:
Pelatih PLKN Mati Dibunuh
greenboc.blogspot
Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.
Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.
Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek keras.
Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.
Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.
Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.
Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.
Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.
Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun.
comments:
Pelatih PLKN Muadzam Shah mati dibunuh
The Malaysian Insider-
-
- OA •
Tutup dulu kem tu...!! Kaji semua sudut dulu!!! Ni soal "nafsu amarah" soal rohani benda yang tak nampak.Sekarang pun ramai pakai channel tu dengan kuatnya. Ni lah sbb manusia yang beragama Islam masuk ke Neraka. Nafsu ada 7 martabat! Cari pakar dalam hal ni.
-
- Paloma •
Hapuskan saja PLKN...
PLKN hanya untuk mengisi poket segelintir yg berkepentingan.....
Tidak cukup lagikah aktiviti yg dijalankan di sekolah....................
Sudah banyak kes yang boleh membahayakan pelatih................ - Dilah •
TUTUP !!! semua kem PLKN , what's the benefit the children are getting...nothing!!!. So why the children need to go to these training & get murdered, raped, drowned,dead by sickness.
It's a waste of the rakyat's money whereby the Govt. is making money out of this.
TUTUP SEMUA KEM ...NO MORE PLKN. -
- Notcaveman •
Sehingga hari ini, dah berapa anak muda masuk hidup tapi keluar melintang.....? Apa perasaan ibubapa melihat anak yang disara 18 tahun hilang begitu aje? Baik tutup semua kem, takan ada lagi kematian buta, boleh juga jimatkan belanja dan kurangkan defisit negara.
-
- Noor ikmal hisham •
PLKN Program Lantak Kamu Nasional..........program ni hanya menguntungkan pihak KATERING MAKANAN,pembekal baju seragam,menteri yang jaga PLKN, tuan tanah KEM, pembekal peralatan KEM dan kroni lain....untuk pelatih zero.....LANGSUNG TAKDA MANFAAT....
- zamzamil •
tak perlu buat PLKN ni semua...PLKN ini dibuat atas kepentingan individu dlm aspek business. spt uniform dll yg berkaitan dgn PLKN...
-
-
- Tupaiku •
apakah makna PLKN ini? jika ianye tidak dpt menjamin keselamatan pelatih2nye, pihak keluarga pelatih sudah tentu berasa sangsi utk melepaskan anak2 mereka. apakah jaminan pihak kerajaan boleh berikan utk mengatasi isu ini?
- R.sangarajan Raj •
Is this is the way that our government handle PLKN / rape by the trainer / murder / food poison /, etc ..... realy realy shame . just look at our neigboring country does is there any problem they face.
-
-
-
- Ten •
Disiplin bagus, tanggungjawab bagus, publicity bagus, bila keluar dr kem boleh ada gang sendiri.
- NABILAH •
"Kes bunuh sudah ada jadi kena tutup PLKN.."
in that case, tutup saja sumo univ. sebab ada kes pelajar bunuh diri sebab tekanan perasaan, tutup sumo taska sebab ada bayi mati tersedak susu, hentikan saja operasi kapal terbang sebab ada kes kapal terbang terhempas, tutup sumo jalan raya/lebuh raya sebab ramai yang mati terkorban dalam kemalangan.... - noorhasna •
TIME IS HIGHLY TO STOP THIS SO-CALLED "KHIDMAT NEGARA" BUKAN BERTAMBAH BAIK, MAKIN JADI PEMBUNUH, ROGOL PULAK ANAK ORANG.......... KALAU BUAT PROGRAM HAFAL "SURAH MULUK": ATAU "SURAH QIAMAT" SEMINGGU 2X PADA BUDAK2 TU MUNGKIN BESAR KESANNYA, MACAM MANA KEADAAN YANG AMAT2 MENAKUTKAN DALAM SURAH "QIAMAT" TU. THAT'S MY PERSONAL IDEA AND MY OWN VIEW, MAY BE YOU PEOPLE OUT THERE SIMPLY DO NOT AGREE WITH MY OPINION................ZAMAN SKG NI ORANG ISLAM SENDIRI BENCI ISLAM, BENCI HADITH BENCI BENCI BENCI..... TU LAH PASAL NEGARA KITA DI TIMPA BERBAGAI MUSIBAH................ SEPATUTNYA NEGARA KITA MALAM JEMAAT BUAT LAH MAJLIS ZIKRILLAH DI MASJID2 UTAMA SELURUH MALAYSIA......... BARULAH NEGARA KITA DARI SABAH SARAWAK DAN SEMENANJUNG PENUH MALAIKAT MENEBARKAN SAYAP MEREKA TURUN KE BUMI SUKA MENDENGAR ZIKIR............. BARULAH NEGARA KITA MALAYSIA BERTAMBAH RAHMAT DAN NIKMAT DAIR ALLAH TABARAKAWATA'ALA.......... maaf bercakap macam Ustazah, aku ni kenkadang tudung kepala pun tak sempat nak pakai, tapi ALLAH memang melihat pada hati dan Qalbi, aku tau tuuu
-
- OMG •
Yang mana satu kem tiada pergaduhan, biasa nya pergaduhan belaku selepas pelatih dah tidur..........
- IKHLAS •
Najib , Hisahmuddin ,Hate , muhyidin , HAVE YOU ALL SENT YOUR DAUGHTERS AND SON TO PLKN????????????
- abdul aziz ahmad •
Plkn
jika pihak berwajib tidak dapat mengurus dengan baik,plkn perlu di mansuhkan,hanya adakan latihan sama di sekolah..aje - Laniaz •
Tak ada faedah nya...........menguntungkan sesegelintir makluk je.......Campak masuk PLKN lepas tu apa? Tamat PLKN ada apa2 kebaikan tak ada ...habuk pun tak ada. Yang baiknya POKET2 SEGELINTIR MAKLUK yang tertentu.......sudahlah
Awatlah...........kebulur sangat kah ....sebab potong Q je sampai bergaduh?????? Kalau di Somalia ke lain lah. Sekarang ambik ko nak tunjuk samseng sangat........ -
- Notcaveman •
Baik tutup semua kem, jimat belanja berjuta-juta, kurangkan defisit negara, kurangkan kematian sia-sia.
- Fire •
Apakah PLKN releven? Apakah matlamatnya sudah tercapai atau paling tidak menuju kearah matlamat yg hampir nyata? Saya lebih setuju sekiranya duit untuk pengendalian PLKN disalurkan kepada subsidi minyak...utk membendung kenaikkan harga barang dan kurangkan bebanan rakyat. PLKN banyak menyukarkan berbanding faedahnya.
-
- Khairil •
Pusat latihan yang melatih untuk membunuh?? Buang masa & tenaga saja!! Bazirkan duit kita pembayar cukai!! Dah capai 23 kes kematian!! Tutupkan segera sebelum anak saya dipaksa pergi ke latihan yang membuang masa!!
- wan yusri •
Isunya sekarang, apa kepentingan diadakan PLKN? Kenapa tidak ditukarkan kepada platform yang lain seperti SUKAN, PERTANIAN, FESYEN, ICT, MOTOR mengikut minat anak muda. Ini nak anakmuda ikut telatah kamu org dengar cerita pasal tatanegara dan akibatnya yang balik satu hapa mereka tak faham. Kalau duit itu disalur kepada perkara dinyatakan tadi, sedikit memberi manfaat kepada anak muda.
- Azmi •
Jangan nak salah kerajaan. Kerajaan tu siapa....? Yang penting ibu bapa tu sendiri membentuk anak-anak dengan didikan ugama.
- Wessley •
Tentu yang 3 ekor itu anak umno sebab bapa ada power, anak buat apa pun untouchable macam kes C4 nanti.
- UMNOMalays Are Sh-T •
langsung takde faedah kem ni. konon nak pupuk semangat cintakan negara. tapi mcm palat aje buat kerja.
- Djinn •
Don't expect our youngsters to be that "disciplined" during such a short tenure. Should the so called "National Service" be like how our neighboring country does, in a way it eliminates the social ills and solve the problems of unemployment plus the armed forces need not to worry about low responses towards the joining the armed forces campaign.
-
- Noor Fadzlina •
jangan kerana beberapa kes.. sume kem kene tutup.. kita kene lihat faktor yg mendorong kepada tindakan itu... sume orang nampak benda yang buruk.. yang baik x nampak sgt.. abih tu, kalau hantar anak gi skolah bertahun-tahun tapi x pandai2 jugak, takkan nak tutup sume skolah... didikan dari rumah yang penting...
- sham •
abes tu ...contoh tentera ....ramai yg gugur ...x kira dimana ...dlm luar m'sia ...tutup kem tentera ....bazir duit rakyat ....macam tu ??? c'mon ler ....pikiaq biaq lojiq
- RSWills •
NS failed! semua pelajar masuk berkhemah selama 3 bulan dan buang masa sahaja. mana ada kebaikan? pelajaran spm terjejas, selama ini terlalu banyak berita buruk yang datang dari kem-kem NS... dimana ajaran yang sepatutnya? leadership? responsibility? moral value? non of them. jaminan kosong... bunch of UMNO/BN jokers.
- Holy •
Buruk lebih banyak dari kembaikan...keluar dari PLKN perangai masih tidak berubah! yg jahat masih juga jahat! menghabiskan masa dan wang Negara sahaja...
- Beyrong •
PLKN perlu dikaji semula keberkesanannya . Pada pendapat saya , perempuan tak perlu nak masuk , divert them to learn about first aid or other that will benefit each house. At least kalau ada seorang dalam keluarga belajar first aid atau CPR or yang boleh membantu dirumah adalah lebih bermanafaat. Kalau setakat flying fox, main canoe, panjat gunung and bla bla , apa yang dapat oleh mereka. walau macamana setaraf pun wanita, still a wanita .
sepatutnya masuk PLKN tu menambah kebaikan, kalau dah dalam tu memotong q , kat luar macam mana tu? buat lebih teruk lagi. Masalah dalaman plkn lebih banyak daripada masalah di luar. di singapore they send them for NS , but perempuan tak pergi pun.
kat plkn tu , budak2 perempuan lagi mengedik kot......
fikir kan lah keberkesanannya . Perbelanjaan berjuta-juta untuk perkara yang dianggap tidak berkesan cuma pada segelintir sahaja yang dapat business jahit uniform, supply boots, topi , cadar , perabut , penyapu dan macam-macam. siasat sape yang banyak dapat projek tu. tanah tu pun belongs to whom? disewa oleh kerajaan beberapa tahun atau selama-lamanya.
cukup-cukup lah perbelanjaan yang besar dan tidak mendatangkan faedah ini -
- noel then yun sen •
Lain kali sebelum pilih pelatih PLKN kenalah check adakah orang itu pernah jadi samseng di sekolah atau tidak. Kalau tak, lagi ramai nyawa pelatih baru yang akan melayang nanti.
-
- Nur •
tutup je la pkln, myusah kn org. lg mnakotkn ibubapa. klu saya ada anak xkn ak anta ank ak plkn, ak x bg die prgi. mcm2 kes! ape la dowg ni!
- AbangJasmani •
Satu cadangan sesuai: Letakkan notis dan peringatan keras kepada semua pelatih PLKN, dengan ramai urusetia yang BENAR-BENAR BERTANGGUNGJAWAB menjaga mereka. Mereka tu budak2 lagi, masih remaja, darah masih panas, bukannya macam tentera yang dah matang, pandai kawal diri.
- Lawrence •
PLKN gagal, eloknya di tutup je kem2 ni. buang masa je, kononnya nak melatih anak muda agar lebih berdisiplin atau tinggi jati diri. adakah kerajaan akan bertanggungjawab terhadap kes ini...? sedangkan kerajaan yang telah menyarankan agar setiap remaja yang tamat sekolah harus mengikuti program PLKN ini. bagaimana pula perasaan ibubapa mangsa? harapan mereka sebelum ini mungkin tinggi dan berharap agar anak2 mereka menjadi warga yang berhemah dan berdisiplin, tapi malangnya ada yang pulang sebagai mayat dan tidak akan hidup semula...
- Hani •
Yang korang senaraikan masuk ke PLKN ni kaki bulu & samseng ke???? Muda2 dah jadi pembunuh.... xde akai punya budak
- Osou •
Semanjak PLKN ditubuhkan banyak keburukan yang timbul daripada kebaikan. Lebih baik program ini di kaji semula. Program ini tak ada faedah langsung.
- Abd Halim •
x sokong langsung plkn ni..mengabihkan boreh aja. banyak cara lagi nak tanam semangat cintakan tanahair, bukansemesti dengan latihan keras
- RIFAK •
Baik di tutup dan disalurkan wang tu ke rumah2 anak yatim, lagi bagus faedahnya....Semoga keluarga budak itu menyaman kerajaan INDON UMNO sepenuhnya....
RM 50.000 je lah nyawa anak kita di sana.... -
- Ranjan •
Kes kematian yang tidak dapat di sembunyikan.....kes kes cabul,buli ,gaduh , yang bunting entah apa lagi yang dapat di sorokkan akan di sorokkan dari pengetahuan umum.....PLKN sebenarnya satu lagi pembaziran oleh BN...hanya menguntungkan segelintir krooni tanpa ada apa-apa faedah jangka panjang untuk rakyat....!
- P0PAi •
anak2 pak menteri ada yg masuk PLKN tak? anak2 sedara pak menteri ke, cucu pak menteri ke...adakah semua dikecualikan????
- Holy •
Jangan masuk plkn- bukannya dapat membentuk akhlak manusia supaya menjadi baik sebaliknya banyak keburukan - menguntungkan pihak2 yang ada kepentingan bisnes! Wang ! Adalah....
-
- faridah • Report Abuse
Inilah sample pemuda yang sepatutnya menjadi harapan negara tapi da tak boleh diharap lagi.
- Catalyst Reaction •
Agreed, typical jaguh kampung.I can imagine how their character. Also don't to potong q, please. Government to put more effort on safety matter.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
ikut undang undang Islam hutang nyawa dibayar nyawa kecuali di maafkan oleh waris
tergamak dendam iblis dalam hati sampai kawan mati kejam oi kejam