Tuesday, September 24, 2013

RG2011... Fw: KEMALANGAN BAS EKSPRES DAN LORI TRELER

 



TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BAS EKSPRES DAN LORI TRELER

 

jantung, susulan kemalangan membabitkan bas ekspres dan lori treler di Km 45.9

Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sedenak awal hari ini.

Mereka yang meninggal dunia ialah pemandu bas R. Shashi Umar, 23 dari

Bemban, Melaka, penumpang bas warga Indonesia Edi Setiono, 41 dari Tanjung

Sengkuang, Batu Ampar, Indonesia dan pemandu treler A. Majid Sadar Mohd, 59 dari

Taman Desa Permai, Gemas, Negeri Sembilan.

"Pemandu dan penumpang bas meninggal dunia di tempat kejadian manakala

pemandu treler meninggal dunia di Hospital Kulai kerana serangan jantung,"

kata Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya ketika dihubungi Bernama.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan pukul 5.50 pagi itu berlaku

apabila bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Johor Baharu tersebut

melanggar bahagian belakang treler yang dipandu di lorong kiri lebuh raya.

Ketika kejadian bas itu membawa 21 penumpang yang kebanyakannya

warga Indonesia, katanya.

Menurut Zulkefly, 13 penumpang mengalami kecederaan serta dibawa ke Hospital

Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini, untuk dirawat.

Sementara itu, seorang penumpang bas ekspres yang ditemui Bernama di

hospital berkenaan, M. Thurai berkata bas itu tidak diperlahankan kelajuannya

ketika menghampiri treler tersebut.

Saya rasa pemandu mengantuk ketika kejadian, katanya yang dirawat sebagai

pesakit luar.

-- BERNAMA

FJM FJM NM

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment