Monday, September 23, 2013

RG2011... Kosmo Metro di TH 240913

 

 


 23 September 2013

Amalan berintegriti penting untuk memperkasakan profesion perguruan

23/09/2013 9:26pm

 

KUALA LUMPUR - Amalan berintegriti dalam kalangan guru amat penting untuk melahirkan warga pendidik yang beretika tinggi dalam usaha memperkasakan profesion perguruan di negara ini.

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan, Tuan Sulaiman Wak berkata, integriti merangkumi aspek seperti berdisiplin, mematuhi tatatertib dan tidak salah guna kuasa yang perlu diamalkan supaya profesion perguruan terus dihormati dan mampu melahirkan modal insan berkualiti.

"Saya ingin mengajak kembali kepada apa yang dijanjikan para guru yang menuntut agar melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebagai guru sebaik mungkin.

"Guru perlu elak salah laku kuasa dan melanggar peraturan yang ditetapkan di bawah perintah am yang boleh menjejaskan sistem pendidikan negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Perdana Minggu Integriti IPG 2013 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kes baru-baru ini melibatkan seorang guru disiplin di sini yang didakwa mencabul pelajarnya, Tuan Sulaiman berkata ia merupakan kes terpencil namun kementerian tetap memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan guru berkenaan sekiranya dibuktikan bersalah. - Bernama



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz2fj7xDKVD 
Hakcipta terpelihara
 

Polis Selangor tahan tiga suspek, rampas 8,179 DVD haram

23/09/2013 8:59pm



SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menahan tiga suspek dan merampas 8,179 keping cakera video digital (DVD) haram bernilai RM60,000 di sebuah kondominium mewah di Petaling Jaya Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, suspek berkenaan ialah seorang lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dua penduduk tempatan dipercayai penjual serta pembungkus DVD haram untuk sebuah sindiket.

Beliau berkata, polis turut menemui sepasang gari, lampu suluh, dua kelopak peluru pistol, sarung pistol, peluru plastik, peluru bebola besi dan sebilah pisau 'Luminox' di kondominium berkenaan.

Siasatan awal terhadap suspek lelaki warga tempatan itu membawa polis ke sebuah premis di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada hari sama dan menemui sepucuk pistol tiruan hitam jenama Milspec dan satu kelopak peluru kosong.

Mohd. Shukri berkata, suspek ditahan reman dari Sabtu lepas hingga esok dan kes DVD haram disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Penapisan Filem 2002 manakala kes pistol tiruan disiasat mengikut Seksyen 2 Akta Senjata Api 1959.

Beliau berkata siasatan juga dijalankan bagi mengetahui operasi sindiket penjualan DVD haram yang disyaki beroperasi sejak tahun lepas bagi pasaran di negeri ini. - Bernama



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz2fj8JHGve 
Hakcipta terpelihara
 

 

Mayat ditemui dalam keadaan bogel dengan kesan terbakar

23/09/2013 6:02pm



AMPANG JAYA - Satu mayat lelaki dipercayai penagih dadah ditemui dalam keadaan bogel dengan kesan terbakar di dalam sebuah belukar di tepi Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan susur keluar Jalan Ampang di sini hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui orang awam pada pukul 1 tengah hari tadi.

Mangsa dipercayai berumur lingkungan 20-an itu terbakar teruk di bahagian muka dan badan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya keika ditemui di lokasi kejadian.

Mayat di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - KOSMO!



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2fj93Mc5d 
Hakcipta terpelihara
 

 

Pelatih PLKN ditemui mati terbaring di bilik mandi

23/09/2013 5:31pm



ROMPIN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati dalam keadaan terbaring di bilik mandi Kem PLKN Pinggiran Pelangi di sini tengah malam tadi.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli ketika dihubungi hari ini berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan. - KOSMO!



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2fj9ZpKpV 
Hakcipta terpelihara
 

Penganggur, pelajar didakwa tipu pekerja kedai telekomunikasi

23/09/2013 5:29pm



PETALING JAYA - Seorang penganggur dan seorang pelajar kolej swasta warga Sierra Leone dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pekerja kedai telekomunikasi berhubung

pembelian kad sim bulan lepas.

Muhammad Ariel Daniel Abdullah, 27, dan Ibrahim Koroma, 28, didakwa menipu R.Prabu, 28, dengan memperdayakannya untuk mempercayai Surat Lantikan Kuasa dan salinan kad pengenalan palsu milik seorang guru, Affizee Izwan AG Ramain, 29, adalah sah sehingga mendorong mangsa menyerahkan kad sim yang baharu kepada mereka.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di UMobile Tropicana City Mall di

Jalan SS20/27 di sini pada 8.28 malam 27 Ogos lepas mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2fj9xunsk 
Hakcipta terpelihara
 

Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan tiga kenderaan

23/09/2013 2:10pm



KUANTAN - Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia setahun, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berdekatan Kampung Bukit Kuin, di sini malam tadi.

Dalam kejadian 7.45 malam itu, Wan Hassan Basri, 53, dan isteri Zainab

Yatim, 57, maut di tempat kejadian manakala cucu mereka Nur Ameera Amran meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, kira-kira tiga jam kemudian.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen

Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Wan Hassan cuba memotong sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.

"Mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Lembing ke Kuantan bagaimanapun gagal memotong lori itu dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pemandu lori dan kereta Proton Waja itu hanya mengalami cedera ringan,

katanya. - Bernama



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2fjAMOksy 
Hakcipta terpelihara
 

Anggota polis mati dihentak batu ketika kejar penjenayah

23/09/2013 12:48pm



MELAKA - Seorang anggota polis maut selepas dipercayai dihentak batu di mukanya oleh seorang penjenayah semasa melakukan Ops Lejang di Taman Teknologi Çheng di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa dipukul ketika mengejar penjenayah terbabit di kawasan kilang yang menempatkan barangan besi buruk itu. - KOSMO!



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2fjBM91tD 
Hakcipta terpelihara
 

Temasya Sukan Perpaduan Islam: Atlet karate negara raih emas pertama

23/09/2013 2:34pm



KUALA LUMPUR - Atlet karate lelaki negara, Lim Chee Wei raih pingat emas pertama untuk Malaysia pada Sukan Perpaduan Islam melalui acara kata individu lelaki. - Bernama



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2fjAgFO2g 
Hakcipta terpelihara
 

Pafa gantung tugas Azraai Khor, jurulatih dan semua pegawai Seladang

23/09/2013 12:49pm



IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menggantung tugas ketua jurulatih, Azraai Khor Abdullah jurulatih dan semua pegawai pasukan Perak selama dua minggu berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Presiden Pafa, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan drastik itu dibuat selepas pihaknya mengesyaki wujudnya unsur sabotaj dan rasuah membabitkan pasukan berkenaan.

Katanya, kekalahan memalukan 6-1 skuad Seladang di tangan Sarawak dalam saingan Piala Malaysia baru-baru ini tidak boleh diterima dan satu jawatankuasa khas dalaman akan menyiasat perkara itu.

"Satu laporan masing-masing kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga akan dibuat hari ini," katanya pada sidang akhbar di pejabat Pafa di sini hari ini. - KOSMO!



Artikel Penuh:
 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2fjB4d3B8 
Hakcipta terpelihara
 

 

 

Mat rempit bikin binasa

 170  2 Google +1  0  0

Cetak

Oleh Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: "Saya sangka mereka nak sama-sama menonton perlawanan bola sepak di televisyen, tapi terkejut apabila seorang daripada mereka menjerit 'serang' diikuti puluhan lelaki meluru bersenjatakan parang, pedang samurai, kayu dan besi."

Demikian kata Ed Baela Muhalajah, 30, seorang daripada mangsa serangan sekumpulan 100 mat rempit yang menunggang 50 motosikal di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan samseng jalan raya itu kemudiannya turut menyerang sebuah restoran mamak, mencederakan seorang orang awam dan menyamun seorang gadis di luar sebuah restoran makanan segera di sekitar Taman Air Biru.

Ed Baela yang juga Ketua UMNO cawangan Taman Air Biru, Jalan Perjiran 9, di sini, berkata, kejadian serangan itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam.

MOHAMAD Khairi menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan.


Menurutnya, ketika itu dia bersama sekumpulan penduduk menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi skrin televisyen membabitkan saingan Liga Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Selangor PKNS.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Buta disimbah asid

 31  2 Google +1  0  0

Cetak

Oleh Abd Rahman Adam

Miri: Seorang pekerja bengkel membaiki mesin rumput buta kedua-dua mata selain melecur di muka, badan, muka, kaki dan tangan akibat disimbah asid oleh seorang lelaki di Jalan Cina, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, Wong Sin Yew, 57, sedang membaiki mesin rumput di kaki lima premis terbabit sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar lalu menyimbah asid ke arahnya.

Difahamkan, ketika kejadian jam 1.30 tengah hari itu majikan mangsa serta beberapa pekerja lain berada di dalam ruang pejabat kedai berkenaan dan hanya menyedarinya sebaik mendengar mangsa meraung kesakitan.

Anak perempuan mangsa berusia 30-an yang enggan nama disiarkan berkata, mereka sekeluarga mendapat tahu kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada majikan memaklumkan bapanya dikejarkan ke Hospital Miri.

MANGSA simbahan asid menerima rawatan di hospital.


"Keadaan bapa agak parah kerana kedua-dua matanya buta selain beberapa bahagian badannya melecur teruk.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Penduduk tahan, pukul mat rempit

 5  0 Google +0  0  0

Cetak

Pasir Gudang: Amukan 100 mat rempit menaiki 50 motosikal di beberapa lokasi sekitar Taman Air Biru, di sini, berlarutan 45 minit antara jam 10.15 malam hingga 11 malam kelmarin.

Selepas menyerang penduduk yang menonton bola sepak di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru jam 10.15 malam, mereka yang bersenjatakan pedang samurai, parang, kayu dan besi mengamuk pula di sebuah restoran mamak.


Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Miswan, 40-an, berkata, dia sedang makan di dalam restoran mamak itu.

"Kumpulan itu tiba-tiba muncul dan merosakkan meja menyebabkan pelanggan lari," katanya.


Menurutnya, penyerang terbabit meninggalkan restoran mamak dan ketika lalu di depan sebuah restoran makanan segera, mereka menyamun seorang remaja.


Pengurus restoran makanan segera itu yang mahu dikenali sebagai Wati, 32, berkata, ketika itu dia berada di luar restoran dan sempat lari menyelamatkan diri dengan memasuki restoran dan mengunci pintu.

Ketika dalam perjalanan meninggalkan kawasan itu, kumpulan mat rempit menghalang seorang penunggang motosikal, Khairul Aizad Sulaiman, 25, yang menghala ke Taman Bukit Dahlia di simpang empat kawasan Taman Air Biru dan menetak tangannya pada jam 11 malam.


Menurut Khairul Aizad, mereka menghalang dan menetak tangannya menggunakan senjata tajam.

"Selepas menetak saya tanpa sebab, mereka melarikan diri," katanya yang menerima dua jahitan di tangan.


Difahamkan, seorang daripada mat rempit yang melakukan serangan itu ditahan dan cedera dipukul penduduk selepas suspek terjatuh daripada motosikalnya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima 15 laporan penduduk di sekitar Pasir Gudang mengenai serangan terbabit.


Berikutan itu, katanya, polis menahan seorang suspek di sekitar Pasir Gudang beberapa jam selepas kejadian dan masih menjalankan siasatan bagi memberkas suspek lain.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kami sedang mendapatkan maklumat dan yakin dapat memberkas semua suspek lain," katanya ketika dihubungi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

 

Warga emas selamatkan suami dari rumah terbakar

 284  16 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Adnan Ibrahim

KLUANG: Seorang warga emas, Misnah Tabri, 72, bagaikan mendapat kuasa luar biasa dengan mendukung suaminya, Harun Badar, 78, yang kudung kaki kiri keluar dari rumah mereka yang terbakar di Kampung Haji Noor, Simpang Renggam di sini, jam 11.15 malam semalam.

Ketika kejadian, pasangan warga emas itu tinggal berdua di rumah berkenaan selepas anak bongsu mereka, Fauzi, 38, pergi ke Johor Bahru kerana ada tugasan luar. 

Menurut anak ketiga daripada empat anak pasangan berkenaan, Nizam, 48, ibunya terdengar jeritan jiran mengatakan bahagian ruang tamu rumah mereka terbakar. 

"Api mula merebak ke bilik tidur mereka. Ibu kemudiannya menggagahkan diri mendukung bapa keluar dari rumah melalui dapur sebelum berlindung di rumah jiran.


"Api merebak dengan pantas dan kira-kira 10 minit kemudian, kediaman berkenaan hampir hangus. Mereka bertiga turut tinggal sehelai sepinggang," katanya.


"Kerugian dianggarkan kira-kira RM50,000. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana ibu bapa terselamat dalam kejadian ini," katanya. 

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Mohamad Adam berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 11.17 malam. 

"Kami tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian dan ketika itu, 90 peratus daripada rumah berkenaan sudah hangus. 

"Api berjaya dikawal dalam masa 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

'Kami beri dua minggu'

 14  2 Google +0  1  0

Cetak

Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa

Klang: Kira-kira 3,000 penduduk pangsapuri Permai Indah, Pandamaran Jaya, di sini, terus kecewa apabila masalah lif yang menghantui mereka sejak sekian lama terus dipandang sepi dan masih gagal diselesaikan pihak berwajib.

Terbaru, penduduk mula mengesyaki dana RM1.5 juta yang disalurkan kerajaan negeri untuk pembaikan lapan lif di kediaman itu kira-kira tiga tahun lalu diseleweng pihak tertentu berikutan masalah lif tidak diselesaikan sehingga kini.


Berikutan beberapa siri kegagalan mencari jalan penyelesaian, penduduk mula berasa ditindas dan hilang kepercayaan terhadap wakil rakyat, kerajaan negeri dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Permai Indah.

Presiden Pertubuhan Kebajikan India Malaysia (PKIM) A Prakash yang juga wakil penduduk berkata, penduduk kini sudah bosan diperbodohkan pihak berkenaan yang menyaksikan masalah terus berlarutan selama enam tahun.


"Apa lagi yang mahu kita buat? Penduduk sudah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, permohonan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai kemelut ini ditolak.


"Rakyat sudah bosan dengan 'permainan' mereka seolah-olah tidak mahu membela nasib semua penduduk di sini. Saya mahu pihak berkenaan dan pemimpin turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi penduduk yang gagal diselesaikan walaupun kerajaan negeri sudah mengeluarkan dana membaiki lapan lif berkenaan," katanya ketika ditemui di Pandamaran Jaya, di sini, semalam.

PENDUDUK membuat bantahan aman flat tidak diselenggara.

Terdahulu, beliau bersama kira-kira 100 penduduk pangsapuri itu mengadakan mesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian serta kemudahan yang perlu dibaiki di setiap empat blok pangsapuri 11 tingkat membabitkan 524 kediaman di kawasan itu.


Tinjauan Harian Metro mendapati empat daripada lapan lif di pangsapuri berkenaan dalam keadaan daif dan boleh mendatangkan risiko kepada penduduk sekiranya terus digunakan. Difahamkan, setiap hos bomba di empat blok pangsapuri itu dicabut JMB untuk mengelakkan kecurian menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk sekiranya kebakaran tiba-tiba berlaku di pangsapuri itu.

Prakash berkata, berdasarkan keputusan mesyuarat yang diadakan, penduduk sebulat suara bersetuju menubuhkan badan persatuan mereka sendiri untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.


"Penduduk akan bagi tempoh dua minggu kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar khususnya untuk turun padang melihat sendiri keadaan kami di sini. Jika masih gagal, kita akan menubuhkan persatuan bagi menangani isu ini mengikut cara kami.


"Persatuan itu nanti akan didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak akan membabitkan JMB dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Ia adalah sebuah persatuan yang akan membela nasib kami yang tertindas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Sepupu dajal paksa gadis jual diri

 2  3 Google +0  0  1

Cetak

Kuala Lumpur: Akibat diperdaya sepupu yang kononnya ingin membantu mendapatkan pekerjaan di sebuah kilang di ibu kota dengan gaji menjangkau RM3,000 sebulan, seorang gadis berusia 16 tahun akhirnya terhumban ke lembah pelacuran.

Mujur, selepas hanya seminggu dipaksa melayani puluhan lelaki di sebuah premis di Jalan Raja Laut di sini, mangsa meloloskan diri Jumaat lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.


Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Pahang datang ke ibu negara pada 13 September lalu selepas terpedaya dengan helah sepupunya yang berusia 30-an.

"Hakikatnya, lelaki itu sebenarnya bapa ayam dan dia membawa mangsa ke rumah kedai di Jalan Raja Laut, sebelum memaksa gadis itu melayani puluhan lelaki di bilik di premis berkenaan.


"Pada mulanya mangsa enggan berbuat demikian namun dia dipukul lelaki terbabit tanpa belas kasihan. Tambah keji, suspek turut memaksanya mengambil dadah.


"Sejak 13 September lalu, mangsa dilaporkan menunggu peluang meloloskan diri, namun dia hanya berkesempatan berbuat demikian jam 8 malam, Jumaat lalu 20 September lalu," katanya.

Menurutnya, ketika itu suspek tiada di rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada seorang lelaki untuk dilanggani.


"Mendapati suspek tiada di rumah, mangsa melarikan diri sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa dipaksa melayani puluhan lelaki dan jika tidak, dia dipukul selain dipaksa mengambil dadah oleh sepupunya itu.


Mangsa juga mendakwa, kad pengenalan dan telefon bimbit miliknya turut disimpan suspek bagi mengelakkannya melarikan diri.


Harian Metro difahamkan, suspek kini menghilangkan diri dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Tak tahan abang mengamuk minta duit

 6  3 Google +0  0  0

Cetak

Kuala Terengganu: Seorang lelaki nekad melaporkan perbuatan abangnya kepada polis selepas tidak sanggup melayan kerenah abangnya yang kerap mengamuk termasuk mahu mencederakannya jika permintaan mendapatkan wang tidak dipenuhi.

Dalam kejadian terbaru jam 2.15 petang pada Jumaat lalu di Flat Desa Keluarga Kubang Ikan, Chendering, di sini tindakan mangsa berusia 23 tahun yang tidak mahu memberi wang kepada abangnya itu menyebabkan suspek naik angin dan menyerang mangsa dengan pisau.


Menurut sumber, suspek berusia lewat 20-an meminta wang daripada mangsa di rumah mereka.

"Suspek dikatakan menyuarakan hasrat meminjam wang daripada mangsa dengan nada suara baik, tetapi keadaan menjadi tegang apabila adiknya tidak mahu memberikan wang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Parah rebut alat kawalan

 3  3 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Hanya kerana berebut alat kawalan jauh televisyen seorang pengurus kewangan berusia 26 tahun dibelasah abang kandungnya hingga cedera parah di kepala dalam kejadian di rumah mereka di Jinjang Utara, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa menonton televisyen sebelum abangnya yang berusia 30 tahun balik ke rumah.


Mangsa yang mahu dikenali sebagai Salim itu berkata, abangnya dengan tiba-tiba mematikan televisyen kerana dia ingin menonton rancangan lain.

Menurutnya, dia cuba menghidupkan semula televisyen, menyebabkan abangnya naik angin lalu merampas alat kawalan jauh dari tangannya.


"Apabila saya cuba merampas alat berkenaan daripadanya, dia menjadi agresif dengan menumbuk kepala saya hingga saya terhantuk di dinding.


"Tidak cukup dengan itu, dia memijak kepala saya hingga berdarah sebelum masuk ke dalam biliknya," katanya.

Beliau berkata, dia kemudian bergegas ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Padah buang sos cili rosak

 26  7 Google +2  0  1

Cetak

Kuala Lumpur: Hanya kerana sos cili, seorang wanita yang sarat mengandung cedera dibelasah suaminya di rumah mereka di Jalan Ulu Klang, dekat sini.

Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Khamis lalu ketika pasangan berusia 30-an itu bersiap untuk berniaga di gerai makanan diusahakan mereka.


Menurutnya, mangsa dibelasah oleh suaminya yang berang selepas wanita itu membuang sebungkus sos cili ke dalam tong sampah.

"Mangsa dikatakan membuang sebungkus sos cili dalam tong sampah kerana mendakwa sos berkenaan sudah rosak sedangkan si suami berpendapat ia masih boleh digunakan.


"Berlaku pertengkaran sebelum suspek membelasah mangsa di muka dan badan bertubi-tubi tanpa menghiraukan mangsa sarat mengandung," katanya.


Bukan itu saja, sumber memberitahu, suspek turut menghempap badan mangsa ke dinding dapur rumah mereka.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kesakitan dan lebam keluar rumah untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik selain bimbangkan kandungannya.


Sumber berkata, mangsa kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Tun Razak, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Kau jeling, aku belasah...

 6  2 Google +0  0  1

Cetak

Miri: Kerana jelingan, seorang pemuda lembik dibelasah dua lelaki menyebabkan dia cedera di muka dan kepala dalam kejadian di belakang sebuah bangunan di Jalan Kingsway, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa lingkungan 20-an dikatakan sedang meneguk minuman keras bersama beberapa rakan sejak seawal jam 9 pagi di lokasi kejadian.


Bagaimanapun, tindakannya yang asyik memerhati dua lelaki yang turut berada di kawasan berhampiran mencetuskan kemarahan sekali gus menyebabkan dia dibelasah oleh suspek yang dipercayai turut berada di bawah pengaruh alkohol.

Sumber berkata, rakan mangsa hanya melihat dua lelaki itu membelasahnya dan tidak cuba membantu berikutan masing-masing turut mabuk.


"Melihat keadaan mangsa yang tidak bermaya serta berlumuran darah, dua lelaki itu melarikan diri sebelum orang awam yang menemui mangsa menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan.


"Akibat kejadian itu, mangsa lebam di mata serta cedera di muka dan kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, punca kejadian masih disiasat, tetapi tidak menolak ia mungkin disebabkan salah faham antara mangsa dan dua lelaki terbabit akibat jelingan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Pelajar perempuan hilang

 100  3 Google +0  0  0

Cetak

PETALING JAYA: Seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR minggu depan di sebuah sekolah menengah elit perempuan di sini, didapati hilang sejak Sabtu lalu.

Ayza Nazira Zulfazli, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman itu menghilangkan diri sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang pengenalan diri. 

Ibunya, Rosziana Mohamed, 47, berkata laporan kehilangan anak bongsu dari tiga beradik itu sudah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara. 

"Selain itu kami sekeluarga mengambil inisiatif mencetak ratusan gambarnya sebelum menampal di kawasan berhampiran rumah di Damansara Perdana.


"Kami juga menyiarkan berhubung kehilangannya di media sosial," katanya ketika di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

Dituduh ambil 95 botol minyak wangi

 1  0 Google +0  0  0

Cetak

Kota Bharu: Seorang bekas jurujual sebuah pusat beli-belah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, bagi menghadapi tuduhan pecah amanah membabitkan pelbagai jenis minyak wangi Mei lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Safuan Hasbullah, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.


Safuan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan melakukan pecah amanah dengan mengambil 95 botol pewangi pelbagai jenama di kaunter Perfume Paco Rabbane, Jalan Hamzah, Pasar Raya Pacific, KB Mall, di sini, antara 1 April 2013 dan 20 Mei 2013 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamed tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh tetapi Safuan memohon dikenakan jaminan minimum.


Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment