Sunday, September 22, 2013

RG2011... RE: Sinar Harian di TH 230913 bersamaan 17 Zulkaedah 1434H

 

Quote: "Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes"

Memang sengaja nak nekkan rege gula la tu.. tak yah nak berbunga sangat la wat ayat.. hehehehe…

 

 

From: Haron, Saipudin [mailto:Saipudin.Haron@Mattel.com]
Sent: Monday, September 23, 2013 8:17 AM
To: TemanHidup@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com
Subject: Sinar Harian di TH 230913 bersamaan 17 Zulkaedah 1434H

 

 

 

Jangan terpedaya tawaran selain TH

Oleh: MOHD FIRDAUS YON

Tarikh: September 23, 2013

KOTA TINGGI - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati rakyat negara ini supaya tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menawarkan kuota bagi menunaikan haji seperti di laman sosial.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, segala urusan berhubung ibadah haji mesti melalui TH yang dapat pengiktirafan Kerajaan Arab Saudi.

"Saya nasihatkan orang ramai jangan terpedaya dengan pihak menggunakan laman sosial Facebook dengan nama orang penting atau nama raja mengatakan mereka mendapat kuota khas.

"Segala kerja-kerja ibadah haji mesti melalui TH, malah perdana menteri sendiri kalau mahu mengerjakan haji melalui TH," katanya ketika ditemui di Felda Easter, semalam.

Katanya, pihaknya mengakui ada agensi pelancongan menawarkan pelbagai pakej menunaikan haji, namun pihak berkenaan sendiri meminta kuota TH.

"Saya merayu kepada orang ramai jangan tertipu. Ada kes penipuan membuat umrah di mana orang sudah sampai di lapangan terbang, tetapi kapal terbang tidak kunjung tiba.

"Banyak kes seumpama itu dan kita dapat laporan. Oleh itu, saya minta kalau ada orang macam ini menawarkan haji, rujuk dahulu pejabat TH berdekatan.

"Hari ini orang sudah tidak fikir, malah benda baik seperti menunaikan haji pun ada yang mahu menipu. Jangan terpedaya, sebaliknya rujuk TH," katanya.

Terdahulu, beliau bersama rombongan Lembaga TH menziarahi keluarga Allahyarham Daud Kamsani, 64, yang merupakan jemaah haji pertama negara yang meninggal dunia pada musim haji 1434H.

Abdul Azeez berkesempatan menyerahkan bantuan khairat kematian sumbangan TH berjumlah RM1,500, selain meluluskan dua kuota menunaikan haji kepada balu dan anak lelaki arwah bagi musim haji tahun depan.

Abang ugut dengan pisau

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 23, 2013

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda tidak menyangka keputusan tegasnya untuk tidak lagi memberikan abang kandungnya meminjam wang mengundang padah apabila dia diugut dengan sebilah pisau.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Flat Desa Keluarga Kubang Ikan, Chendering, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, mangsa berusia 23 tahun ketika itu sedang berehat di kediaman milik keluarganya sebelum didatangi suspek, lewat 20-an.

"Suspek pada mulanya menyuarakan hasrat untuk meminjam wang daripada mangsa dengan nada suara yang baik.

"Bagaimanapun, suspek mula naik angin selepas mangsa memberitahu tidak mahu memberikan wang diminta walaupun suspek berjanji akan membayar semula pada masa akan datang," katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa bertegas enggan meminjamkan wang kerana sebelum ini, suspek kerap meminjam wang daripadanya dan sehingga kini, gagal menjelaskan semua hutang.

"Mangsa yang sudah lali dengan perangai suspek yang hanya tahu meminjam tetapi tidak pernah membayar hutang itu mengabaikan sahaja perbuatan suspek yang ketika itu sedang memaki hamunnya.

"Namun, mangsa terkejut selepas ternampak suspek seperti dirasuk dengan mengambil sebilah pisau sambil mengacukan ke arahnya dan mengugut akan mencederakannya jika masih berdegil," katanya.

Jelas sumber, walaupun tidak diapa-apakan, tetapi bimbang keselamatan dirinya dan keluarga, mangsa membuat laporan polis sejurus suspek melarikan diri.

Selain itu, mangsa turut bimbang suspek akan mengulangi perbuatan sama kerana sebelum ini, suspek pernah beberapa kali cuba mencederakan dirinya kerana tidak mahu memberikan wang seperti diminta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Tukar pengakuan lepas lihat barang kes

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 23, 2013

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki seolah-olah bermain tarik tali di dalam mahkamah semalam apabila menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan adiknya.

Pada mulanya, Abdul Khalil Razak, 26, dari Kampung Jeram Hulu, Tepoh, di sini, mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut, namun akhirnya menukar pengakuan tidak bersalah selepas melihat barang-barang kes yang ditunjukkan kepadanya.

Berdasarkan pertuduhan, Abdul Khalil didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada adiknya, Ibrahim Helmi Razak, 24, dengan memukul mangsa menggunakan sebatang penyapu dan sebatang besi vakum di sebuah rumah di Gong Badak, di sini, kira-kira jam 4 petang, 16 September lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan Abdul Khalil diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Abdul Khalil tidak diwakili peguam.

 

 

Menteri cadang naik harga gula elak diabetes

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
   
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.  
   
"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.  
   
Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.
   
Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.
   
Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

Ada penduduk luar bandar Johor takut ke klinik

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

SEGAMAT - Kira-kira 30 peratus penduduk dewasa di kawasan luar bandar negeri ini enggan menjalani saringan di klinik kesihatan dan hospital kerana takut mengetahui keadaan sebenar kesihatan mereka.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Khairi Yaacob berkata, mereka memberi alasan tidak mahu menjalani saringan itu kerana takut tidak lalu makan jika mengetahui mereka menghidap penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

"Mereka lebih rela tidak mengetahui keadaan sebenar kesihatan diri masing-masing kerana takut tidak lalu makan jika tahu mereka menghidap penyakit," katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan timbalan beliau, Dr Fatimah Othman pada perasmian kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat peringkat Parlimen Segamat hari ini.

Majlis anjuran Klinik Kesihatan Buloh Kasap itu dirasmikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Anggota Parlimen Segamat dan dihadiri
lebih 300 penduduk dari kawasan sekitar.

Beliau berkata, dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 7,941 pesakit diabetes baharu dikesan dengan daerah Segamat mencatat 892 kes diabetes
baharu.

Bagi menangani masalah kesihatan di kalangan rakyat di negeri ini, beliau berkata, Jabatan Kesihatan memperkenalkan menu makanan seimbang untuk menjaga
kesihatan dan ia boleh diperoleh secara percuma di klinik kesihatan kerajaan di negeri ini. - Bernama

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

MAKKAH - ARAB SAUDI. Seorang lagi jemaah haji Malaysia, iaitu yang kedua dari Malaysia meninggal dunia, di sini awal pagi semalam.
   
Hashim Abdul Latif, 60, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa menerima rawatan di klinik Maktab Rehab Al Janadriyah di Al Bisyarah Mawaddah di sini pada jam 12.01 pagi waktu tempatan.
   
Ketua Rombongan Haji Malaysia Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jenazah Hashim telah diurus oleh TH dan dikebumikan di tanah perkuburan Ma'la selepas solat Zohor.
   
Hashim yang berasal dari Kampung Rapat Jaya, Ipoh, Perak bersama isterinya Rosnamsiati Mohd Daham adalah jemaah haji yang tiba dengan penerbangan KT15.    
   
Syed Saleh berkata, pengurusan TH telah memberi perkhidmatan kaunseling kepada Rosnamsiati supaya terus bersemangat mengerjakan ibadah haji walaupun tanpa suaminya. - Bernama

MTUC: Majikan potong kadar gaji pokok pekerja

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

PETALING JAYA - Sesetengah majikan memotong kadar gaji pokok pekerja dan menampungnya dengan memasukkan elaun, komisyen dan bayaran lain untuk mencapai jumlah gaji pokok bulanan RM900 sebagaimana dikehendaki di bawah peraturan gaji baru.
   
Mendakwa demikian, naib presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam menggesa Kementerian Sumber Manusia meningkatkan penguatkuasaan demi menjamin pekerja tidak ditipu dengan apa cara pun.  
   
Berkuatkuasa Januari tahun ini, gaji asas minimum di Semenanjung Malaysia ialah RM900.
   
Balasubramaniam menyatakan gaji asas ini tidak termasuk komisyen dan elaun-elaun lain sebagaimana menurut kontrak.   
   
Mengenai harga barang, beliau berkata, walaupun kenaikan harga tidak begitu tinggi selepas kenaikan harga petrol dan diesel, tetapi saiznya kini mengecil.
   
Tinjauan rambang MTUC misalnya menunjukkan walaupun harga "roti canai" dan "teh tarik" naik hanya 20 sen, tetapi saiznya jauh mengecil.
   
"Dulu cukup untuk mengambil sekeping roti canai dan segelas teh tarik, tetapi sekarang anda perlukan dua keping roti canai dan dua teh tarik," ujarnya. - Bernama

Makmal proses dadah dalam kedai lebur emas

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

GEORGETOWN - Polis membongkar makmal dadah yang berselindung di sebalik perniagaan melebur emas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Farlim, Ayer Itam di sini awal hari ini.
   
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, polis turut menahan tiga lelaki dipercayai menjadi suspek utama kegiatan itu.
   
Difahamkan polis terpaksa memecah pintu besi premis berkenaan dan pemeriksaan lanjut menemui 12 butir peluru dan pelbagai bahan kimia serta peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.
   
Keadaan bertukar kecoh seketika apabila salah seorang suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair kimia yang terdapat di tempat kejadian dan lelaki itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.
   
Kemudian pada 1.30 petang, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dikerah ke tempat kejadian untuk membantu polis memecah peti besi setinggi hampir dua meter yang menjadi tempat simpanan dadah yang telah siap diproses.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan esok. - Bernama

Mayat pelajar lemas di Sungai Bidor ditemui

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

IPOH - Mayat seorang pelajar lelaki yang dilapor lemas selepas tergelincir di Sungai Bidor di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini ditemui petang ini.

Abdul Rahman Abdul Aziz, 13, yang berasal dari Kampung Ayer Hitam dikatakan tergelincir dari tebing sungai itu ketika melihat rakan-rakannya mandi pada jam 12.15 tengah hari.

Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Zon Perak Selatan, Abdul Samad Hashim berkata, mayat remaja itu ditemui pada jam 4.27 petang tidak jauh dari tempat dia dilapor tergelincir.    

"Mangsa dipercayai hanya melihat rakan-rakannya mandi dari tebing sungai kerana tidak tahu berenang tetapi dia dilapor tergelincir ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat dijalankan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah serta empat anggota Rela.

Difahamkan, Abdul Rahman cuba diselamatkan oleh seorang daripada rakannya, namun gagal kerana arus sungai terlalu deras.

Mayat remaja itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. - Bernama

Pembantu kedai maut dirempuh kereta

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

DUNGUN - Seorang pembantu kedai maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di KM5 Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat Kampung Santong hari ini.

Mohd Ali Ahmad, 29, mati ketika dirawat di Klinik Kesihatan Paka dan mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, motosikal yang ditunggang lelaki itu dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi ketika motosikal itu
keluar dari satu simpang di kawasan itu pada jam 12 tengah hari.

Kereta yang dipandu Adek Roshayati Mohamad, 26, turut mengheret mangsa kira-kira 50 meter dari tempat kejadian, katanya di sini hari ini. - Bernama

Polis tubuh pasukan khas tangani jenayah mesin ATM

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

JOHOR BHARU - Polis Johor menubuhkan pasukan khas turut dianggotai pihak pengurusan bank bagi menangani jenayah melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di negeri ini.  
   
Mengumumkan demikian, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata: "Mesyuarat khas yang dipengerusikan Timbalan Ketua Polis Johor (Datuk Ismail Yatim) akan diadakan bersama pihak bank untuk mencari kaedah dan pendekatan terbaik bagi mengelak kejadian terbabit (terus) berlaku," katanya.
   
Bercakap kepada pemberita di Hospital Sultan Ismail, di sini, hari ini, beliau berkata, pihaknya dalam masa yang sama akan sentiasa memantau bagi menghalang cubaan terus melakukan jenayah seumpama itu.
   
Beliau juga berkata, terdapat kekurangan dari pihak bank yang menyebabkan beberapa kejadian seumpama itu berlaku sepanjang tahun ini, dengan terbaru membabitkan usaha melarikan sebuah ATM di Taman Tasek, di sini, semalam.
   
Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya akan meneruskan Ops Cantas bagi mengesan saki baki penjenayah di negeri ini.     
   
Beliau berkata, polis akan mengeluarkan kenyataan terperinci dalam masa terdekat mengenai pencapaian ops berkenaan setakat ini selain mengeluarkan senarai orang yang dikehendaki.
   
Terdahulu, Mohd Mokhtar melawat seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Lans Koperal Mohd Redzuan Mustafar yang dirawat di hospital tersebut.
   
Mohd Redzuan, 32, cedera apabila terjatuh di atas jalan selepas dirempuh sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri ketika ditahan polis di Jalan Masai Lama/Kampung Baru Plentong, di sini tengah hari semalam.
   
Kedua-dua lelaki terbabit kemudian berjaya ditahan polis dan pemeriksaan awal mendapati kedua-dua mereka terlibat dengan penagihan dadah. - Bernama

Empat penyamun larikan kabel elektrik RM250,000

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

GEORGETOWN - Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Bayan Lepas mengalami detik cemas apabila dikejar empat penyamun bersenjata pisau sebelum diikat dan mulutnya disumbat kain selama tiga jam pada tiang pagar berdekatan premis berkenaan awal hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, dalam kejadian 3 pagi itu, suspek kemudiannya melarikan enam gulung kabel elektrik bernilai RM250,000 yang terdapat dalam kontena simpanan barang di belakang kilang itu.
   
"Pengawal keselamatan berusia 47 tahun itu hanya ditemui pada jam 6 pagi oleh rakannya yang bertukar giliran bertugas. Walaupun keempat-empat suspek terbabit tidak memakai penutup muka, pengawal keselamatan itu gagal mengecam wajah mereka kerana keadaan terlalu gelap dan kejadian itu berlaku begitu pantas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata suspek dipercayai memasuki kawasan kilang berkenaan dengan memanjat pagar dan gerakan mengesan mereka menjadi sukar berikutan kawasan terlibat tidak dilengkapi kamera litar tertutp (CCTV).
   
Mohd Hatta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Lelaki serang polis dengan parang ditembak

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

PEKAN - Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam satu kes curi cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang di Jalan Dara dekat kawasan ladang Felda Chini di sini 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, terdahulu polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan suspek, 45, dipercayai sedang mencuri buah kelapa sawit di ladang berkenaan sebelum tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Semasa tiba di kawasan ladang berkenaan, polis mengepung untuk memberkas suspek namun dia bertindak agresif sebelum menyerang anggota polis terbabit dengan parang.

"Suspek yang tidak mahu menyerah diri itu bertindak melibas parang berkenaan ke arah anggota polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, tembakan itu mengenai bahagian perut dan dada suspek.

"Berdasarkan siasatan awal suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya, suspek kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 307 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Tiga lelaki termasuk 2 warga Nepal maut kemalangan

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

KUANTAN - Tiga lelaki dua daripadanya warga Nepal maut dalam kemalangan di Jalan Galing-Beserah dan di Jalan Kuantan-Terengganu dekat Kampung Chendering di sini awal hari ini.
   
Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kedua-dua lelaki warga Nepal itu terbunuh selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ketika melalui selekoh di Jalan Galing-Beserah di sini.
   
Nahas 12.30 pagi itu berlaku apabila motosikal yang ditunggangi Dammar Nath Kanwar, 27, telah terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan.
   
"Ekoran itu, Dammar dan rakannya (pembonceng), Dik Bahadur Niroula, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan," katanya.    

Dalam kejadian lain, seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kereta di Jalan Kuantan-Bypass dekat Kampung Chendering di sini jam 2.30 pagi ini.
   
Mangsa, Pakrul Helmy Abd Wahab, 18, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
   
"Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dari arah Kuantan menghala ke Gambang. Di tempat kejadian dipercayai mangsa hilang kawalan lalu merempuh belakang kereta berkenaan," katanya. - Bernama

Pekerja hotel maut dirempuh kereta

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

MELAKA - Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas lalu merempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Duyung-Bukit Katil di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.05 pagi itu, Muhammad Saiful Mohd Rawi, 23, sedang dalam perjalanan dari arah simpang Bukit Baru - Duyung sebelum motosikal yang ditungganginya terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta dipandu pelajar Politeknik Merlimau Muhammad Hafetz Abd Halim, 21.

Muhammad Saiful yang bekerja di sebuah hotel di sini meninggal di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

'Tokan' dadah diberkas di premis hiburan

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah dipercayai semakin berani menjadikan pusat hiburan sebagai lokasi mendapat pelanggan.

Hasil maklumat dan risikan orang ramai, polis memperluaskan skop ops cantas khas di premis hiburan di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, seorang lelaki disyaki pengedar besar atau lebih dikenali sebagai 'tokan' termasuk 17 pelanggan ditangkap dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan Bukit Bintang, awal pagi semalam.

"Pemeriksaan terhadap lelaki berusia 38 tahun itu, kami menemui lapan paket ketamin, 45 biji pil ecstacy dan tujuh biji pil eramin 5, dadah ini dipercayai dijual kepada pengunjung pusat hiburan."

"Dalam operasi ini, seramai 17 pelanggan berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan kerana didapati positif dadah setelah memeriksa 50 pelanggan," katanya.

Menurutnya, pusat hiburan itu mempunyai lesen yang sah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Guna ubat rangsang nafsu

Oleh: ASYRAF MUHAMMAD

Tarikh: September 22, 2013

PETALING JAYA - Sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di sekitar Dataran Mentari diserbu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana beroperasi tanpa lesen sejak lima bulan lalu.

Pengarah Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, hasil pemantauan yang dijalankan sebelum ini pihaknya mendapati premis berkenaan turut menyediakan pakej seks kepada pelanggan.

Menurut Fauzi, premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali dan tindakan sita juga dikenakan namun pemiliknya masih tidak serik.

"Operasi kali ini yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan lapan wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan.

"Kesemua wanita berkenaan didapati menyalahgunakan pas lawatan pelajar. Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai premis berkenaan, Fauzi berkata, tukang urut di situ juga didapati menggunakan produk khas untuk merangsang nafsu pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat seks.

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapati premis berkenaan aktif  menjalankan operasi perjudian siber.

Menurut Fauzi, penguatkuasa MBPJ juga turut menyita dua set komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian siber di dalam premis berkenaan.

Tambahnya, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Akta Undang-undang Pusat Kecantikan dan Kesihatan 2007 atas kesalahan yang dilakukan.

Wartawan dikejar warga asing

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

KUALA LUMPUR - Paparan sisipan X-klusif mengenai kebanjiran warga asing mendominasi kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang yang disiarkan Rabu lalu, mendapat pelbagai reaksi pembaca.

Pejabat operasi Sinar Harian di Shah Alam, dihujani panggilan telefon daripada pembaca yang rata-ratanya memuji usaha meninjau kawasan terbabit.

Semalam, sekali lagi wartawan dan jurufoto Sinar Harian melakukan tinjauan di Jalan Silang, sebaik menerima maklumat terdapat aktiviti perjudian di kalangan warga asing di salah sebuah kedai makan di situ.

Bagi mendapatkan kesahihan itu, kami menyelinap masuk ke dalam kedai makan dimaksudkan oleh orang yang memberi maklumat.

Selepas hampir satu jam menunggu, sekumpulan lelaki warga Bangladesh berusia antara awal 30-an dan 40-an muncul dan duduk di meja berhampiran.

Kumpulan itu dilihat bersembang selama beberapa minit sebelum salah seorang daripada mereka menyusun buah dam.

Gerak-geri mereka diperhatikan oleh wartawan Sinar Harian. Ternyata sangkaan mereka mahu bermain dam meleset apabila salah seorang daripada warga Bangladesh yang agak tua mula mengeluarkan wang secara sembunyi-sembunyi dari bawah meja.

Jurufoto Sinar Harian cuba merakamkan gerak-geri kumpulan warga Bangladesh itu, namun tidak berjaya kerana mereka bijak menyembunyikan wang terbabit, namun selepas beberapa ketika, kehadiran kami mula disedari mereka.

Ketika itu wartawan, Ahmad Ismadi Ismail dan jurufoto, Zulfadhli Ahmad Zaki berhadapan detik cemas apabila kumpulan terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh itu bangun dari kerusi dan berkata sesuatu dalam bahasa mereka, sebelum bertindak mengejar kedua-dua mereka.

Mereka terpaksa melarikan diri sejauh kira-kira 100 meter dan bersembunyi di salah sebuah restoran makanan segera selepas melihat kelima-lima lelaki Bangladesh itu memegang senjata seperti pisau lipat.

Selepas keadaan reda, wartawan dan jurufoto bergegas keluar dari kawasan berkenaan.

Sementara itu,  jejambat di Kampung Pandan Dalam dekat sini  turut menjadi lokasi tumpuan warga asing berkumpul.

Seperti di Jalan Silang, kawasan bawah jejambat itu  turut dijadikan 'port' bermain judi secara terbuka selain aktiviti tidak sihat lain.

P Pinang peruntuk RM40,000 kepada Adun pembangkang

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyediakan peruntukan sebanyak RM40,000 setahun bagi projek pembangunan kecil kepada Adun pembangkang di negeri ini mulai tahun depan.
   
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, keputusan itu telah dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Exco negeri pada Rabu lepas.  
   
"Selepas mekanisme peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 pada persidangan Dun akhir tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Beliau berkata, sebelum ini kerajaan negeri cuba menjemput Adun pembangkang untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membolehkan mereka berkhidmat dan menerima peruntukan, bagaimanapun tawaran itu ditolak.
   
"Kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang bahawa Adun Umno tidak akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
   
"(SOP) seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan," katanya. – Bernama

Kada tuntut RM5 juta setahun daripada Kelantan

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

KOTA BAHRU - Mulai tahun ini, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan menuntut RM5 juta setahun daripada kerajaan Kelantan bagi kos pembersihan lumpur yang tersangkut di rumah pam akibat aktiviti pembalakan di negeri itu.
   
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, surat mengenai perkara itu akan dihantar kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.
   
"Sebenarnya, sudah lebih 20 tahun kita menanggung kos itu dan kali ini kita akan tuntut daripada kerajaan negeri untuk sama-sama membayar kos itu selepas mendapat pengesahan daripada kontraktor kerja-kerja pembersihan lumpur.
   
"Ekoran aktiviti pembalakan, mendapan lumpur di dasar sungai dan paras air semakin cetek. Rumah pam tidak dapat menyalurkan bekalan air ke sekitar kawasan pertanian terutama kawasan tanaman sawah padi dan beberapa kawasan pertanian lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peladang Negeri Kelantan di sini, hari ini.
   
Akibat aktiviti pembalakan itu, katanya sistem pengairan terganggu dan menyusahkan petani.
  
Tajuddin berkata, lebih 500,000 penduduk di negeri ini bergantung kepada hasil pertanian dengan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM1,400 sebulan.
   
"Lebih 30,000 hektar tanah pertanian di negeri ini digunakan untuk tujuan penanaman padi, namun hasil yang dikeluarkan tidak memuaskan memandangkan masalah pengairan.
   
"Sekarang kita dapat mengeluarkan lima tan metrik bagi satu hektar dan jika sistem pengairan dapat dipertingkat, ia boleh meenghasilkan 10 hingga 15 tan metrik bagi satu hektar," katanya.
   
Beliau berkata, beberapa langkah telah diambil untuk mempertingkat pengeluaran hasil tanaman padi di negeri ini seperti meningkatkan paras air sungai dengan membina empangan rendah di Pasir Mas dan Tumpat untuk jangka masa pendek.
   
Bagi langkah jangka panjang, beliau meminta Pengerusi Kada Datuk Md Alwi Che Ahmad membentangkan kertas kerja bagi cadangan pembinaan empangan di Sungai Kelantan yang dianggar berharga RM500 juta.
   
"Peruntukan itu bagi menyelesaikan keseluruhan masalah pengairan yang berlaku di negeri ini,"  katanya. - Bernama

29 bot disita di Empangan Klang Gates

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

KUALA LUMPUR - Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menyita 29 bot pelbagai jenis dalam satu operasi penguatkuasaan di Empangan Puncak Niaga Klang Gates, di sini hari ini.
   
Operasi bermula 9 pagi bertujuan menangani isu pencerobohan pihak luar di kawasan empangan seluas 4.2 kilometer persegi itu disertai 57 pegawai agensi berkaitan seperti Luas, Jabatan Perhutanan Selangor, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
   
Penolong Pegawai Penerangan Luas, Mohd Noh Mohd Yusof berkata, bot disita di bawah Seksyen 150(3) Enakmen Luas 1994 itu didapati telah digunakan kaki pancing untuk menceroboh kawasan empangan yang diwartakan sebagai kawasan larangan di Selangor pada tahun 2010.
   
"Selain menyita, kami juga mengeluarkan notis amaran kepada empat kaki pancing yang ditangkap memancing dalam empangan semasa operasi.
   
Mereka berusia lingkungan 20-an, merupakan penduduk kampung di sekitar empangan dan kerap kali masuk ke kawasan itu, katanya.
  
Mohd Noh berkata, rasional pihaknya mengadakan operasi itu kerana khuatir berlaku tumpahan minyak dan sisa toksik di empangan berkenaan.
   
"Tambahan ia merupakan punca air mentah bagi penduduk Lembah Klang jadi sebarang tindakan memancing, memukat, berkhemah, menebang pokok hutan dan membina rakit di sini adalah dilarang sama sekali," katanya.
   
Beliau berkata, demi memastikan tiada pencerobohan, operasi akan diteruskan pada masa akan datang membabitkan lebih banyak keanggotaan dari agensi relevan. - Bernama

'Keluarkan fakta yang jelas'

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

PUCHONG - Majlis Hal Ehwal Siswi (Hewi) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa pihak perhubungan awam AMANITA PDRM supaya mengeluarkan fakta yang jelas berkenaan kenyataan wanita memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.

Naib Pengerusinya, Atiqah Syairah Shaharuddin berkata, kenyataan tanpa penjelasan lanjut itu hanya akan menimbulkan salah faham serta kekeliruan di kalangan masyarakat.

Katanya, semua pihak harus memainkan peranan dalam memperbaiki sistem rujukan dan ketelusan dalam mengeluarkan kenyataan.

"Baju kurung adalah pakaian kebangsaan dan ia melambangkan kesopanan bukan hanya untuk bangsa Melayu tetapi semua wanita yang ada dalam negara ini.

"Agensi kerajaan dan swasta perlu merujuk kepada ahli akademik dalam mengenal pasti faktor dan mengemukakan kaedah penyelesaian hingga ke akar umbi," katanya mengulas laporan akhbar ini semalam yang melaporkan wanita memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.

Dalam laporan tersebut, Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata, berdasarkan tren kes rogol terkini, kebanyakan wanita  yang memakai baju kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu.

Tiang besi tarian singa lesap

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

PEKAN NENAS - Lebih 40 ahli Persatuan Belia Shang Wu tidak dapat menjalankan latihan tarian singa selepas 11 batang tiang besi yang digunakan dalam persembahan lesap dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Jurulatih pasukan, Fong Choon Kee berkata, dia menyedari kehilangan tiang besi itu ketika hendak memulakan perniagaan miliknya yang terletak bersebelahan rumah persatuan, kira-kira jam  9 pagi, kelmarin.

"Sebaik sahaja menghampiri  rumah persatuan, saya dapati tiang-tiang besi yang diletakkan di  gelanggang latihan sudah hilang.

"Saya terus mengira jumlah tiang besi yang masih berada di situ. Hanya tinggal 11 batang tiang besi daripada 21 semuanya," katanya pada lawatan Adun Pekan Nenas ,Yeo Tung Siong di rumah persatuan itu di Kampung Peng Meng, di sini, semalam.

Choon Kee kemudiannya terus memeriksa rumah persatuan yang menjadi tempat penyimpanan kostum tarian seperti kepala singa dan alat muzik persembahan yang bernilai ribuan ringgit.

Menurutnya, pintu rumah persatuan masih lagi terkunci dan tiada barang yang hilang di dalamnya, serta pencuri hanya mensasarkan besi yang mempunya harga tinggi di pasaran.

"Saya percaya, pencuri bukan seorang kerana bukan mudah untuk mengangkat tiang besi yang beratnya lebih 15 kilogram setiap satu.

"Dianggarkan berat besi 11 batang tiang itu melebihi 100 kilogram, dan persatuan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM8,000," katanya.

Menurutnya, dia bersama ahli persatuan yang lain ada melakukan pemeriksaan di beberapa kedai barangan lusuh di sekitar Pekan Nenas, Pontian dan Gelang Patah, namun tiang besi yang dicuri itu  tidak ditemui.

Pihaknya juga sudah membuat satu laporan di Balai Polis Pekan Nenas berhubung kejadian berkenaan.

Pekerja warga Nepal hilang tempat tinggal

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

MUAR - Lebih 200 pekerja asing warga Nepal yang menghuni asrama Perindustrian Parit Jamil, Parit Jawa, dekat sini, kehilangan tempat tinggal apabila asrama berkenaan musnah  dalam kebakaran, petang kelmarin.

Kejadian pukul 5.30 petang itu, dipercayai berpunca daripada litar pintas menyebabkan  asrama dua tingkat daripada batu dan berdindingkan zink hangus dalam tempoh singkat.

Ketika kejadian, hampir semua penghuni tiada di asrama itu kerana sedang bekerja di kilang perabot yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan tersebut.

Seorang pengawal keselamatan, 40-an, yang enggan dikenali berkata, dia terdengar pekikan yang disangkanya pergaduhan antara pekerja.

Menurutnya, pihak pengurusan membuat pemeriksaan dan mendapati keriuhan itu adalah jeritan mereka meminta pertolongan kerana asrama terbakar.

"Sekumpulan pekerja terbabit cuba memadamkan api tetapi gagal kerana keadaan api yang marak terlalu cepat.

"Ada lima hingga enam penghuni di tingkat atas melihat percikan api dari wayar pendawaian sebelum meletup serta disusuli bau hangit dan terbakar," katanya kepada  Sinar Harian.

Tambahnya, keadaan menjadi kelam kabut apabila usaha memadamkan kebakaran gagal dan pekerja terlibat berlari menyelamatkan diri.

Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Ismail Mahmod berkata, seramai 20 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.57 petang.

Menurutnya, usaha memadamkan kebakaran agak sukar kerana laluan di asrama itu sempit menyukarkan jentera masuk ke kawasan berkenaan selain terpaksa menarik hos sejauh kira-kira 65 meter dari pili bomba tepi jalan utama.

"Kerja memadam sisa kebakaran diteruskan sehingga jam 9 malam dan nilai kerugian serta punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Gagal larikan mesin ATM

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

JOHOR BAHRU -  Meskipun sudah berjaya menarik keluar sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Taman Tasik, di sini, namun empat penjenayah berputih apabila gagal dalam percubaan melarikan mesin berkenaan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 pagi itu, semua penjenayah terbabit berjaya menarik keluar mesin ATM dengan menggunakan tali sebelum melarikan diri selepas menyedari tindakan mereka disedari orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azizan Anan berkata, siasatan awal menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta Proton Waja dan satu pacuan empat roda sedang menunggu di luar bangunan tersebut ketika kejadian.

"Namun, mereka meninggalkan mesin ATM di tepi jalan selepas menyedari tindakan mereka dilihat oleh orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

"Semua suspek masih belum dapat dikenal pasti dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Azizan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian  hotline 07-2212999 untuk membantu siasatan kes tersebut.

RM19,750 kos selenggara parit

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

SEBERANG PERAI - Sistem perparitan yang tersumbat dek rumput di Jalan Desa Jawi, diselenggara baru-baru ini bagi memastikan aliran lancar sekali gus mengurangkan risiko banjir kilat.

Adun Jawi, Soon Lip Chee berkata, sistem perparitan sepanjang 1.3 kilometer itu dilitupi rumput dan menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.

"Aduan yang dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Jawi, Abdul Razak Shapee diterima baru-baru ini menyebabkan satu lawatan kerja dijalankan segera.

"Saya bersama ahli jawatankuasa dan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) berserta ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) turun padang untuk mencari jalan penyelesaian," katanya.

Beliau berkata, kos pembersihan berjumlah RM19,750 ditanggung sepenuhnya oleh JKR yang bertindak pantas menyelenggarakan sistem perparitan terbabit dalam tempoh seminggu.

"Difahamkan, isu ini telah lama berlarutan sejak setahun lalu dan penduduk kebanyakannya gusar kerana hujan lebat menyebabkan air mudah naik," katanya.

Pokok tumbang hempap wayar elektrik

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

ALOR SETAR - Dua tiang elektrik tumbang apabila wayar kabelnya dihempap pokok besar menimbulkan kebimbangan akan membahayakan keselamatan masyarakat setempat di Kilometer 10, Kampung Gunung Keriang, dekat sini.

Penduduk, Nazri Saidan, 49, berkata, sebenarnya, keadaan tiang yang senget kira-kira 45 darjah sudah berlarutan selama dua minggu hingga menyukarkan mana-mana kenderaan termasuklah motosikal untuk melalui jalan tersebut.

"Pada mulanya, sebatang tiang telah senget sedikit, namun masih tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk. Bagaimanapun, apabila pokok besar tumbang menghempap wayar kabelnya, ia sekali gus menarik tiang berkenaan ke laluan itu.

"Manakala, tiang elektrik kedua baru dipasang kelmarin. Bagaimanapun, ia secara tiba-tiba tumbang ke arah jalan, manakala wayarnya putus. Nasib baiklah, semasa kejadian, tidak ada sesiapa yang menggunakan laluan mahupun ada berhampiran kawasan itu," katanya.

Menurutnya, mujur kira-kira 300 penduduk setempat masih mempunyai jalan lain iaitu dengan menggunakan laluan alternatif untuk keluar masuk dari kampung.Sementara, Siti Khalijah Ahmad, 50, berkata,
penduduk setempat bimbang mengenai keselamatan mereka berikutan dahan pokok besar yang menghempap wayar kabel tiang elektrik itu hanya ditahan sebuah rumah usang.

"Walaupun, masih ada jalan alternatif, namun laluan berkenaan juga sukar dilalui terutamanya ketika hari hujan," katanya.

Siti Khalijah berkata, masalah tiang elektrik mahupun dahan pokok besar yang tumbang itu bukan sahaja berbahaya dan menyusahkan penduduk kampung ini, malah mengecewakan sebab masih tidak diatasi sehingga kini.

Manakala, Puteri Nurul Hidayah Nazri, 26, berkata, dia mengharapkan pihak berkenaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius masalah terbabit dengan mengambil tindakan segera sebelum pokok mahupun tiang itu tumbang bila-bila masa sahaja.

Katanya, dia memohon supaya pihak terbabit dapat bekerjasama menebang mana-mana pokok tumbang berkenaan, membuang kabel terputus mahupun memindahkan kedudukan tiang elektrik.
 

Padah beli barang curi

Oleh: SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI

Tarikh: September 22, 2013

KULIM - Seorang lelaki berusia 20an ditahan polis dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, ketika sedang tidur di rumah keluarganya di sebuah taman perumahan di sini, kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, serbuan diketuai Inspektor Nor Faizal Mohamad dibuat setelah mengekori suspek selama beberapa hari.

Setelah mendapati suspek terlibat, barulah dia ditahan dan dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut.

"Ketika soal siasat dijalankan, suspek mengaku melakukan satu kes pecah rumah yang mana beberapa barangan berharga yang diperolehnya telah dijual dengan harga murah.

"Polis meminta suspek bekerjasama dengan memberikan maklumat serta lokasi barangan itu disembunyikan," katanya.

Semalam, JPPJ membuat serbuan semula di Kampung Brapit Bukit Mertajam dan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai membeli barangan curi dan hasil kegiatan jenayah seperti pecah rumah dan samun.

Ketika pemeriksaan dijalankan dalam rumah suspek, polis menemui beberapa televisyen serta beberapa barangan lain.

Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut.

Menurut Ghuzlan, sehingga kini lebih ramai penjenayah yang melakukan kegiatan samun, pecah rumah dan ragut berjaya ditahan.

Agenda bertentang prinsip

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

TAIPING – Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berpendapat  agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang baru dilancarkan baru-baru ini, bertentangan dengan prinsip dan semangat 1Malaysia itu sendiri.

Adun Changkat Jering itu berkata, dalam perkara tersebut, kaum lain dilihat seolah-olah dipinggirkan kerana mereka juga menuntut agenda ekonomi kaum masing-masing.

Menurutnya, kaum lain juga mahukan agenda ekonomi mereka sendiri.

"Jadi dengan sendirinya agak sukar untuk kita hadapinya," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Beliau mengulas Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Ia adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk terus membantu masyarakat Bumiputera di negara ini.

Mohamad Nizar berkata, pelancaran inisiatif baharu oleh kerajaan tersebut seolah-olah menghapuskan apa saja usaha 1Malaysia yang dilaksanakan.

Pacuan empat roda bertembung lori tangki

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

JEMPOL - Dua rakan sekerja sebuah ladang sawit di Bera, Pahang maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan lori tangki tanpa muatan di Kilometer 34 Jalan Bahau-Keratong, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis daerah Jempol, Deputi Superintendan Tukiman Seriman berkata, Teo Lian Tian, 71, bersama rakannya, Amirun Ein Rafiq, 34, maut di tempat kejadian akibat tersepit dan cedera parah di bahagian kepala dan badannya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, sebuah lori tangki dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Keratong-Bahau hilang kawalan lalu masuk ke bahu jalan sebelah kiri.

"Kemudian, lori itu cuba naik semula ke laluan asal tetapi tersasar ke laluan bertentangan. Dalam masa sama datang sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Frontier dan berlaku pertembungan.

"Selepas pertembungan itu, lori berkenaan terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di bahu kiri jalan. Bagaimanapun, pemandunya selamat dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Jempol," katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika mengesahkan kejadian, semalam.

Pekerja kilang maut dilenyek lori

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

TANGGA BATU - Seorang pekerja kilang maut dalam keadaan sujud apabila badannya terlipat selepas dilenyek sebuah lori dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, semalam.

Mangsa, Mohammad Fazri Mohammad Firdaus, 19, yang dalam perjalanan ke tempat kerja menunggang motosikal dipercayai terlebih dahulu bergesel dengan sebuah lori sebelum jatuh terduduk dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi.

Menurut sumber, sebuah lori lain yang melalui kawasan tersebut kemudian dipercayai melanggar mangsa menyebabkan badannya terlipat dua, kepala kemek, isi perut terburai dan pehanya terkoyak.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, mangsa bekerja di kilang tekstil kira-kira 300 meter dari lokasi kemalangan sebelum kejadian terjatuh sebelum dilanggar kenderaan lain.

"Pihak kami minta pemilik kenderaan bernombor pendaftaran NCF5565 dan JMJ7814 tampil bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Meninggal di pangkuan adik

Oleh: SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

Tarikh: September 22, 2013

KRUBONG - Tidak dapat digambarkan perasaan seorang remaja apabila sempat memangku abangnya yang sedang nazak dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), awal pagi semalam.

Muhammad Afiq Berhanudin, 18, bagaimanapun reda apabila abangnya, Muhammad Arif, 20, menghembus nafas akhir sebelum sempat dibawa ke hospital.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang Muhammad Arif yang juga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil merempuh bahagian kiri belakang sebuah Perodua Kancil  sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal ditunggang Mohd Izzat Borhan, 18.

Akibat pelanggaran itu, Perodua Kancil yang dipandu Razalee Tompang, 44, dari arah sama iaitu Sungai Udang menghala persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat berpusing sebelum terbalik  dalam keadaan mengiring di laluan kanan.

Arif atau lebih mesra dipanggil Angah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Izzat yang cedera parah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawa-tan lanjut. Sementara Razalee tidak mengalami sebarang kecederaan.

Muhammad Afiq berkata, dia menaiki motosikal lain sudah berada jauh di hadapan dan hanya mengetahui kejadian selepas diberitahu rakan mereka, menyebabkan dia berpatah balik.

"Sampai di situ, Angah sudah nazak dan dadanya berombak. Saya sempat bacakan kalimah syahadah sebelum dia pergi," katanya.

Menurutnya, abangnya itu sebenarnya ketika di rumah berasa berat untuk keluar, namun menukar fikiran selepas diajak rakan-rakan.

Sementara itu, bapa mangsa, Berhanudin Abd Rahman, 51, yang menetap di Padang Sebang, Alor berkata, anaknya memberitahu mahu ke Tampin, sebelum keluar antara 8 dan 9 malam kelmarin.

"Dia yang tinggal bersama keluarga berulang-alik setiap hari dari rumah untuk ke kelas di ILP Bukit Katil.

Kebiasaannya dia akan keluar malam jika keesokan hari cuti atau pada hujung minggu dan balik ke rumah kira-kira satu dan dua pagi," katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian.

Projek River of Life tidak tunggu penduduk pindah

Oleh: ASYRAF MUHAMMAD

Tarikh: September 22, 2013

PETALING JAYA - Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL) memaklumkan bahawa projek River Of Life (ROL) yang dijalankan di Sungai Keroh, Kepong tidak perlu ditangguhkan berikutan proses pembinaan masih dapat dijalankan di tapak tersebut tanpa perlu menunggu penduduk untuk berpindah.

Pengarah JPS WPKL, Abu Bakar Mohd Yusof berkata, pihaknya telah meneruskan kerja-kerja di tapak bagi menaik taraf tebing Sungai Keroh sepanjang 1 kilometer, pembinaan Natural Stone dan Gross Pollutant Trap (GPT).

Menurut Abu Bakar, skop kerja pembinaan yang telah siap dibina di kawasan itu adalah satu unit GPT manakala lima unit Natural Stone masih lagi dalam proses pembinaan.

"Kerja-kerja pembinaan ROL di bawah projek ini tidak perlu ditangguhkan memandangkan ia masih dapat dijalankan buat masa ini tanpa perlu menunggu penduduk berpindah," katanya menerusi kenyataan balas yang dikeluarkan berhubung isu berkenaan.

Menurut Abu Bakar, bagaimanapun, bagi pelaksanaan projek ROL di bawah Program Pengindahan Rezab Sungai yang bakal dilaksanakan, rumah setinggan dan bengkel di kawasan itu perlu dipindahkan bagi menjayakan projek tersebut.

Katanya, berdasarkan kepada kerja-kerja ukur awalan penentuan Right Of Way (ROW) projek itu, pihaknya mendapati terdapat sebelas rumah setinggan yang mendiami tanah rezab kerajaan itu.

Pihaknya juga telah merujuk isu pencerobohan setinggan tersebut kepada Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTG WPKL) bagi tujuan tindakan selanjutnya di bawah Akta Kanun Tanah Negara (KTN).

"Berikutan itu, pihak DBKL telah menjalankan bancian penduduk bagi tujuan penyediaan penempatan baru di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

"Di bawah program itu, DBKL telah menawarkan penempatan PPR Beringin Kepong bagi keluarga yang terlibat dengan pelaksanaan projek ROL tersebut.

"Walaupun sudah ditawarkan penempatan, masih ada penduduk dan pengusaha bengkel yang enggan berpindah," katanya.

Maut kena belasah

Oleh: AMRULLAH ABDUL KARIM

Tarikh: September 22, 2013

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga Nepal mati akibat dibelasah ketika cuba meleraikan pergaduhan antara rakan sekerjanya.

Mangsa, Patee Ram Radh berusia awal 30-an dipercayai mengalami kecederaan dalaman setelah dadanya dipukul dengan kasut bersalut besi milik seorang suspek.

Menurut rakan mangsa, Kishor Kumar Yadav, 21, kejadian itu berpunca daripada pertengkaran antara dia dengan dua suspek merebut tempat duduk di dalam bas ketika kesemua 32 pekerja kilang membuat rim aloi dan memasang tayar kenderaan pulang daripada kerja menuju ke asrama di Apartment Teluki.

"Saya mahu duduk tetapi berebut dengan seorang pekerja (suspek) sehingga kami bertengkar dan ketika itu Patee Ram cuba tenangkan keadaan tetapi pekerja itu terus berkasar.

"Kami hampir bergaduh di dalam bas tetapi pemandu beri amaran supaya jangan bergaduh di dalam bas. Selepas itu semuanya menjadi tenang," katanya ketika ditemui di Balai Polis Bukit Sentosa malam kelmarin.

Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu bagaimanapun tidak terhenti di situ, tetapi sebaik sampai di depan asrama dan semua pekerja turun daripada bas, dia tiba-tiba dibelasah oleh suspek bersama seorang lagi rakannya.

Menurutnya, ketika itu mangsa datang untuk meleraikan pergaduhan namun turut dibelasah dan dipukul hingga mengalami kecederaan dalaman.

Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa, Barham Dev Yadav, 27, berkata, dalam keadaan cedera mangsa telah kembali ke asrama setelah pergaduhan itu berakhir dan sesuatu mengejutkan apabila mangsa dikatakan mengadu sesak nafas dan menunjukkan perubahan negatif.

"Selepas pergaduhan reda, Patee Ram naik ke asrama dan saya bersiap-siap untuk menyiapkan makan malam.

"Tapi saya terkejut tengok Patee Ram terbaring matanya tertutup, air liur meleleh, perut dan kaki pula sejuk sedangkan saya tengok dia biasa saja tadi. Jadi saya gosok-gosok kakinya bagi panas tapi keadaannya sama saja," katanya.

Menurutnya, dia dan rakan lain lantas meminta pertolongan daripada pemandu teksi menghantarnya ke klinik.

Bagaimanapun, dia terkejut setelah diberitahu mangsa meninggal dunia.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, polis menangkap tiga lelaki bagi membantu siasatan.

"Kita masih menyiasat punca sebenar kematian mangsa dan menunggu laporan bedah siasat.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik kerana pihak klinik mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa ketika tiba di klinik berkenaan.

Budak lemas ketika menjaring ikan

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 22, 2013

PUCHONG – Aktiviti menjaring ikan sekumpulan kanak-kanak di sebuah parit di Jalan Saujana Puchong 7 berakhir tragis apabila salah seorang daripada mereka lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam parit berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.41 petang itu, mangsa, Mohd Izwan Izuddin Yahya, 11, ke parit berkenaan bersama rakan-rakannya.

Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jafri Amat berkata, mangsa dipercayai cuba menjaring ikan dengan menenggelamkan kaki ke dalam parit setinggi lima meter itu sebelum dilaporkan tenggelam.

Mayat mangsa katanya, ditemui terapung di permukaan parit itu beberapa meter dari tempat dia dilaporkan tergelincir.

"Mangsa berkemungkinan tidak mengetahui kedalaman parit yang bersambung ke sungai itu. Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

 

 

Rumah keluarga 12 beranak rentung

Oleh:

Tarikh: September 21, 2013

KUANTAN - Sebuah rumah yang didiami sekeluarga 12 beranak di Sungai Isap di sini musnah dalam kebakaran 3 petang ini.
   
Mangsa, Noh Awang, 48, berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas itu berlaku ketika dia sedang tidur di ruang tamu rumahnya.
   
"Kebetulan isteri dan anak-anak tiada di rumah. Saya pula tertidur di ruang tamu, tiba-tiba terasa panas dan berlari keluar apabila ternampak api dari bilik," kata bapa 10 anak itu kepada pemberita di sini.
   
Noh, yang bekerja sebagai tukang besi dan tinggal di rumah itu sejak 40 tahun lepas, berkata mereka sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan, dokumen penting dan pakaian.
   
Katanya kebakaran itu mengakibatkan dia menanggung kerugian lebih RM80,000 termasuk peralatan kimpalan besi di stor bersebelahan rumahnya.
   
Sementara itu, Ketua Operasi Kebakaran Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Mohd Najib Hashim berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian.
   
"Sebaik terima aduan, tiga jentera dengan bantuan lebih 10 anggota terus bergegas ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam 20 minit selepas itu," katanya. - Bernama

Mazlan enggan minta maaf isu 'bankleaks'

Oleh:

Tarikh: September 21, 2013

BUKIT MERTAJAM - Bekas calon Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail tidak mahu melayan notis permohonan maaf yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung isu surat misteri membabitkan kedua-dua pemimpin tertinggi pembangkang itu.
   
Beliau menyifatkan notis permohonan maaf itu sebagai tidak masuk akal kerana beliau hanya meminta penjelasan daripada kedua-dua pemimpin itu berhubung perkara itu dan bukan membuat sebarang tuduhan.
   
"Saya menerima surat permohonan maaf yang bertarikh 5 September itu pada 8 September. Saya berasa amat hairan kenapa saya menerima notis tuntutan maaf daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh berhubung surat misteri 'bankleaks' berkenaan.
   
"(Sudah) berapa kali saya tegaskan saya hanya meminta penjelasan daripada mereka berdua. Saya mewakili hampir 6,000 pengundi Permatang Pauh yang menerima surat-surat tersebut, hanya minta penjelasan daripada mereka berdua. Mereka (pengundi) minta saya timbulkan perkara tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
   
Mazlan berkata notis sama turut diserahkan kepada beberapa media arus perdana yang melaporkan isu berkenaan.
 
Pada Ogos lepas, Mazlan mendedahkan menerima kira-kira 6,000 surat bertajuk 'Bankleaks Anwar/Karpal' yang dihantar ke rumahnya mengaitkan Anwar dan Karpal dengan kes rasuah membabitkan institusi kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.
   
Bagaimanapun, Anwar dan Karpal menafikan pendedahan kandungan surat berkenaan dan membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.
   
Mazlan berkata, Anwar dan Karpal sepatutnya menyerahkan notis sama kepada 6,000 orang yang turut menerima surat misteri berkenaan.
   
"Tindakan Datuk Seri Anwar dan Karpal ini melambangkan sikap 'pilih bulu' mereka bila bercakap tentang integriti, keterbukaan dan keadilan. Saya telah menyerahkan semua salinan surat tersebut kepada SPRM (Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk tindakan lanjut," katanya.
   
Katanya, beliau juga bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan susulan daripada pihak Anwar dan Karpal. - Bernama

Jelaskan saman atau ditangkap: KPN

Oleh: MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR

Tarikh: September 21, 2013

SABAK BERNAM – Semua pengguna kenderaan yang masih belum menjelaskan saman trafik dan dikenakan waran tangkap diberi amaran tegas supaya menjelaskan saman tertunggak itu bagi mengelakkan mereka ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak teragak-agak untuk menahan mana-mana pengguna kenderaan yang didapati masih belum menjelaskan saman terbabit.

Menurutnya, polis tidak akan berkompromi dalam perkara itu dan akan sentiasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa termasuk menjalankan operasi dan pemeriksaan bagi mengesan pengguna kenderaan terbabit.

"Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan sama ada nama mereka dikeluarkan waran tangkap atau tidak bagi mengelakkan mereka ditahan serta-merta semasa operasi penguatkuasaan dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas Majlis Pelancaran Program 'Amanita Crime Awareness Day' Peringkat Kontijen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Datuk Noriah Kasnon; Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Syukri Dahlan; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad.

Menurut Khalid, pengusaha syarikat pengangkutan seperti bas juga diingatkan supaya membuat semakan terhadap pemandu mereka agar menjelaskan saman bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini.

"Jangan salahkan polis kalau kita tangkap mereka (pemandu bas) tepi jalan, tangkap mereka di stesen bas hingga menyebabkan jadual perjalanan bas terganggu.

"Polis serius dalam perkara ini kerana mereka yang melakukan kesalahan trafik tidak mahu menjelaskan saman dan tindakan penguatkuasaan yang tegas terpaksa diambil bagi menyedarkan pengguna kenderaaan," katanya.

Ditanya tentang pengambil alihan perlaksanaan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Khalid berkata, polis bertanggungajwab melaksanakan tindakan penguatkuasaan tersebut.

Katanya, pengambil alihan itu bukan mahu mencari kesalahan pengguna jalan raya semata-mata, malah AES juga digunakan bagi membantu polis mengesan dan mencegah jenayah.

 "Memang antaranya kita mensasarkan mereka yang degil dan tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya, tetapi kita juga menggunakan kamera itu untuk mengesan dan mencegah jenayah di jalan atau lebuh raya.

"Itulah sebab utama AES ini diserahkan kepada polis kerana kualiti kamera yang diletakkan di sesuatu tempat itu boleh membantu polis mengesan jenayah sama ada di jalan raya atau lebuh raya," katanya.

Polis rampas tiga bom buatan sendiri

Oleh:

Tarikh: September 21, 2013

ALOR SETAR - Polis Kedah menahan sembilan lelaki dan merampas 10 butir bom buatan sendiri dengan tujuh daripadanya belum siap sepenuhnya dalam serbuan di dua lokasi berbeza di Sungai Petani semalam.
   
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dalam operasi bermula 11.30 pagi dan berakhir 2.30 petang itu, tujuh daripada sembilan suspek berumur 14 hingga 49 tahun itu ditahan di sebuah bengkel perusahaan kecil dan sederhana manakala dua lagi di sebuah rumah.
   
Katanya dalam serbuan itu anggotanya merampas tiga bom telah siap dan tujuh bom lagi dalam proses pembikinan selain pelbagai peralatan seperti belerang, paip PVC dan besi.
   
Beliau berkata polis sedang meneliti sama ada suspek yang ditahan itu terlibat dalam dua kes berkaitan senjata api di daerah Kota Setar dan kes letupan bom yang mengakibatkan kematian seorang wanita tahun lepas di Sungai Petani atau jenayah di negeri lain.
   
"Bom ini mampu melambungkan sebuah kereta setinggi dua atau tiga tingkat bangunan kalau meletup. Suspek berusia 14 tahun mungkin tidak bersekolah dan kita sedang siasat motif dia terlibat dalam kumpulan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Ahmad berkata suspek yang berasal dari negeri ini dan Lembah Klang itu direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan serta motif mereka membuat 10 bom terbabit.
   
Beliau berkata suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).
   
Sementara itu, Ahmad berkata menerusi Ops Cantas Khas, polis akan menjalankan pemeriksaan secara teliti terhadap orang ramai yang keluar masuk dari negara ini ke negara jiran terutama hari minggu.
   
Katanya bermula semalam dalam tempoh dua minggu ini, Polis Kedah telah menambah anggota untuk melakukan pemeriksaan berhampiran pintu sempadan Bukit Kayu Hitam bagi menahan sesiapa yang terlibat dalam jenayah.

Ibu berfikiran waras ketika dera anak

Oleh: NOOR'AINON MOHAMED YUSOF

Tarikh: September 21, 2013

IPOH – Seorang suri rumah, Ching Mee Chin, 30, yang dituduh menganiayai dan mendera anak perempuannya, Ho Yan Hui, 5, pada 12 Ogos lalu hingga mengakibatkan kematian, disahkan layak untuk dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof mengemukakan laporan dikeluarkan Hospital Bahagia Hulu Kinta mengenai perkara tersebut apabila kes itu disebut di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hasil laporan menunjukkan, tertuduh menghidapi gejala kemurungan, namun pada masa kejadian, dia waras.

"Keadaan mental Mee Chin stabil dan layak dihadapkan ke mahkamah bagi membela diri dan dibicarakan," katanya ketika membacakan laporan itu di hadapan Majistret Suhaima Mohd Nor.

Pada masa sama, mahkamah turut menolak permintaan peguam bela, Chong Kok Yew, yang mewakili Mee Chin, supaya tertuduh terus diletakkan di bawah pemerhatian pakar psikiatri Hospital Bahagia kerana didakwa masih tertekan.

Suhaima kemudiannya menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 325 Kanun keseksaan sama tarikh dengan sebutan semula pertuduhan bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap Mee Chin.

Mee Chin didakwa memukul kepala dan seluruh badan anaknya menggunakan rotan di ruang tamu rumahnya di Taman Wang Menglembu, kira-kira jam 9 pagi, 12 Ogos lalu.

Dia turut didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah, 20 Ogos lalu, kanak-kanak terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Bagaimanapun, Mee Chin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama selepas Yan Hui meninggal dunia di HRPB, pada kira-kira jam 2.40 petang, 25 Ogos lalu.

Nenek jual dadah sara cucu

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 21, 2013

MARANG – "Ibu pernah ditahan sekali beberapa tahun lalu kerana disyaki menjual air daun ketum dan kami tidak sangka dia akan ditahan sekali lagi, malah kami amat terkejut apabila mengetahui ibu turut disyaki menyimpan pil kuda."

Demikian luahan anak perempuan kepada seorang wanita yang juga nenek berusia 56 tahun ketika ditemui Sinar Harian selepas ibunya ditahan dalam satu serbuan sepasukan anggota polis di kawasan sebuah rumah di Kampung Batangan di sini.

Malah, agak mengejutkan apabila anak perempuan suspek yang berusia awal 30-an itu turut memaklumkan, dia sedikit sebanyak mengetahui aktiviti ibunya, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak tinggal bersama.

"Saya tinggal bersama suami di luar daerah dan kami sedikit sebanyak mengetahui perkara itu. Kami percaya ibu hanya orang suruhan dan melakukannya kerana mahu mendapatkan wang bagi menjaga cucu-cucunya iaitu anak abang saya," katanya.

Nenek terbabit ditahan kira-kira jam 6.30 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Marang di tepi rumahnya di Kampung Batangan kerana disyaki terlibat dalam penagihan dadah.

Bagaimanapun, ketika sepasukan anggota polis itu memperkenalkan diri, wanita berkenaan terkejut lalu secara tiba-tiba mencampakkan sebuah dompet yang biasanya digunakan untuk menyimpan barang kemas ke atas tanah.   

Susulan tindakan itu, polis kemudiannya membuat pemeriksaan dan menemui lapan biji pil kemerah-merahan disyaki pil kuda, wang sebanyak RM95, sebuah telefon bimbit dan tiga bentuk cincin serta satu loket dalam beg itu.

Malah pemeriksaan di dalam sebuah bangsal berdekatan rumah berkenaan, polis turut menemui 110 bungkusan plastik kecil berisi cecair disyaki perahan air daun ketum, diletakkan dalam satu plastik besar dalam sebuah tong.

Suspek kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah bagi siasatan lanjut dan Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan suspek.

Maut sebab berebut mahu memasak

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: September 21, 2013

AMPANG - Hanya kerana berebut hendak memasak, seorang lelaki warga Bangladesh mati ditikam dipercayai oleh rakan serumahnya dalam kejadian di Jalan Wawasan 2, Bandar Baru Ampang, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 8.30 malam dan 8.45 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 35 tahun itu ditikam pada bahagian rusuk kiri.

"Mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam.

"Pemeriksaan menunjukkan terdapat satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri mangsa," katanya, semalam.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga rakan serumah mangsa berusia 28 tahun.

"Lelaki itu kita tahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini motif awal dipercayai ada kaitan dengan hal memasak.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk dibedah siasat.

Difahamkan, rumah terbabit disewa mangsa bersama kira-kira 15 lagi lelaki Bangladesh.

Seragam loreng digital baru dipakai berperingkat

Oleh:

Tarikh: September 21, 2013

KUALA LUMPUR - Pakaian seragam terbaru 'loreng digital' bagi menggantikan celoreng lama pada uniform sekarang akan diperkenalkan kepada semua unit tentera secara berperingkat, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
   
Beliau berkata, pasukan pertama yang akan dibekalkan seragam bersifat digital itu ialah unit-unit kombat tentera darat, diikuti unit-unit sokongan lain.
   
Menurutnya, pertukaran itu akan mengambil masa beberapa tahun kerana stok pakaian lama tentera darat masih banyak.
   
"Mungkin tidak lama lagi, loreng digital ini akan turut dipakai oleh unit-unit yang sesuai dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
   
"Buat masa sekarang hanya elemen dalam tentera darat yang memakainya," katanya kepada pemberita selepas perarakan sempena ulang tahun ATM ke-80 di Dataran Merdeka hari ini.
  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut hadir menyaksikan perarakan bertemakan 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara'.
   
Zulkifeli berkata, kenderaan tempur dan utiliti tentera darat akan mula dicat dengan corak digital sebaik warna cat pada kenderaan itu luntur akibat faktor cuaca dan pengunaan lasak.
   
Cat-cat digital pada kenderaan tentera diguna pakai buat pertama kali ke atas kenderaan peninjau tentera, Ferret Scout Car dan dipamerkan hari ini di Dataran Merdeka.
   
Sementara itu Hishammuddin melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian ATM dan berjanji untuk membawa perubahan yang lebih baik untuk veteran tentera.
   
Beliau mahu melihat agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera yang dilaungkan perdana menteri turut melibatkan golongan veteran itu. - Bernama

Tebus dosa: Ahli kongsi gelap sumbang RM2,000

Oleh: MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

Tarikh: September 21, 2013

KUALA NERANG - Disebabkan keinginan mendalam mereka untuk mendapatkan ganjaran syurga, tiga individu yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, memberi sumbangan RM2,000 masing-masing kepada beberapa maahad tahfiz di sekitar Kodiang dengan harapan menebus dosa yang mereka lakukan masa lampau.

Kisah menarik itu disampaikan oleh Husam Baderuddin, anak Mufti Kedah, di pekarangan Maahad Tahfiz Ar-Riadah, Kodiang, beberapa hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, kejadian itu bermula apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux menghampirinya dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an memperkenalkan diri sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.

Dua lagi hanya menanti di dalam kenderaan itu.

Beliau berkata, sebaik sahaja mendengar perkataan kongsi gelap, beliau berasa gerun dan ketika itu hanya berserah kepada ALLAH tentang perkara tidak diingini yang mungkin berlaku ke atas dirinya.

Sebaliknya, dia menjadi hairan apabila lelaki itu menyatakan hasrat mereka bertiga hendak menyumbang wang kepada maahad tahfiz itu untuk menebus dosa yang mereka telah lakukan dan dan bagi mendapatkan syurga sebagai ganti.

Katanya, lelaki itu membuat pengakuan mereka banyak kekurangan dalam amal ibadat, termasuk gagal menunaikan solat lima waktu dan mengambil jalan mudah untuk mendapat ganjaran syurga.


Tidak jahil agama

Husam berkata, daripada percakapannya, beliau percaya lelaki yang menemuinya itu tidak menggambarkan seorang yang jahil dari segi agama, dan mempunyai kesedaran berkaitan agama sehingga sanggup berbuat demikian untuk mendapatkan pahala.

"Saya diberitahu bahawa mereka (bertiga) berasal dari Changloon dan dibesarkan di situ selama 10 tahun, sebelum berpindah ke Thailand lebih 30 tahun. Selain aktiviti kongsi gelap, lelaki itu turut menjalankan perniagaan menjual tayar di negara jiran.

"Lelaki itu memberitahu bahawa wang itu adalah sebagai sumbangan atau infak kepada maahad tahfiz.

"Katanya, wang yang hendak disumbangkan itu adalah hasil keuntungan daripada penjualan tayar dan bukan wang daripada aktiviti kongsi gelap," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau, yang juga Yang Dipertua Yayasan Ar-Riadah berkata, tindakan lelaki itu menyumbang kepada maahad tahfiz di Kodiang itu bersama rakan-rakannya, bukan perkara baru.

Mereka sering memberi sumbangan kepada beberapa maahad tahfiz di tempat lain setiap bulan ketika keluar dari Thailand.

Bagaimanapun, beliau terkejut dan tergamam apabila lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol secara tiba-tiba dari jaketnya.

"Waktu itu saya sudah pun setuju untuk menerima sumbangan itu. Tetapi, saya jadi terkejut apabila dia keluarkan sepucuk pistol dan letakkan di atas meja.

"Saya bertanyakan kepada dia, untuk apa dia keluarkan pistol. Dia kata, dia sebenarnya, ingin keluarkan wang yang disimpan dalam poket yang sama," katanya.

"Dia tidak mengancam saya. Dia bercakap baik-baik sahaja. Cuma saya yang terkejut apabila dia keluarkan pistol secara tiba-tiba.

"Mana tidaknya. Selalunya saya hanya tengok pistol dalam televisyen, tetapi masa itu saya melihat pistol dengan mata kepala sendiri. Memang menggerunkan," katanya.


Tidak bunuh orang awam

Husam berkata, beliau mengambil peluang dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu untuk bertanya beberapa perkara kepada lelaki itu, termasuk berkaitan aktiviti kumpulan kongsi gelap yang semakin hangat diperkatakan di akhir-akhir ini.

"Dia memberitahu bahawa kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku adalah melibatkan sesama ahli kumpulan kongsi gelap dan bukan orang awam. Ia berlaku disebabkan oleh perasaan marah, dendam, dengki dan sebagainya.

"Meskipun menyertai kumpulan itu, dia mendakwa dia tidak pernah membunuh orang. Dia mungkin menyimpan senjata api itu untuk keselamatan diri sendiri sahaja," katanya.

Dalam perbualan itu, lelaki itu memberitahunya, bahawa pembunuh upahan yang berjaya membunuh seorang individu yang dikehendaki akan menerima upah antara RM500 dan RM1,500.

 "Saya amat terkejut dengan kenyataan ini. Rupanya beginilah nilainya harga manusia sekarang, sedangkan kerajaan meletakkan begitu banyak papan tanda (di tepi jalan raya) supaya rakyat menghargai nyawa masing-masing," katanya.

 Berdasarkan peristiwa tiga anggota kongsi gelap yang dilihatnya itu, Husam menasihatkan masyarakat supaya tidak menilai seseorang itu dari segi zahir semata-mata.

Beliau menyebut sabda Nabi SAW, yang bermaksud: "ALLAH tidak pandang gambaran luaran kamu, ALLAH pandang hati kamu".

 "Jadi, jangan menilai dia dan anggota geng yang lain dengan gambaran buruk. Memang secara fahaman kita, mereka ini adalah samseng dan sebagainya. Mereka juga manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Setiap anak Adam ada salahnya.

 "Cuma kita mendoakan agar mereka ini kembali ke jalan sebenar. Kesedaran mereka mengenai agama itu ada. Mereka juga manusia seperti kita," katanya.

Warga emas peroleh ijazah sarjana

Oleh: GOKINA MORGANAN

Tarikh: September 21, 2013

GEORGETOWN - Seorang warga emas berusia 65 tahun membuktikan usia bukan satu penghalang baginya untuk mencapai kejayaan dalam akademik apabila menerima Ijazah Sarjana Instruksi Multimedia pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-48, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Maimunah Ibrahim, 65, berasal dari Shah Alam, Selangor, gembira apabila menggenggam segulung ijazah sarjana dalam tempoh setahun setengah selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, awal tahun lalu.

Maimunah berkata, keinginannya untuk belajar adalah kerana tidak mendapat peluang sedemikian ketika usia muda sehinggalah bersara dengan jawatan terakhir sebagai Setiausaha Pejabat Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

"Keinginan untuk belajar tidak akan berhenti dengan genggam ijazah sarjana ini. Malah, saya berhasrat untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi ataupun belajar dalam bidang  lain, pada masa akan datang.

"Belajar sepanjang hayat adalah sesuatu ilmu pengetahuan yang sangat bernilai dan bermakna buat selama-lamanya," katanya kepada media di Dewan Tunku Syed Putra, USM, di sini, semalam.

Selain itu, Maimunah juga berkongsi cabaran yang dihadapi ketika melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi dan komunikasi tersebut.

Menurutnya, cabaran utama ketika dia melanjutkan pengajian dalam bidang teknologi dan komunikasi  adalah perbezaan antara sistem pendidikan dahulu dan sekarang, selain penggunaan bahasa Inggeris yang meluas.

"Walau apa juga cabaran saya lalui, keinginan belajar ke peringkat lebih tinggi membuatkan saya mencapai apa diingini.

"Selain itu, rakan-rakan sekuliah sudi membantu, di samping para pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi galakan. Maklumlah kursus ini kebanyakan diceburi orang muda.

"Ia membuatkan saya  bertenaga dan  sentiasa buat yang terbaik dalam setiap tugasan diberikan," katanya.

Justeru itu, Maimunah juga mendorong golongan seusianya yang masih mempunyai minat melanjutkan pengajian agar berbuat demikian dengan meneruskan niat serta menanam keberanian dalam diri masing-masing bagi menempuh cabaran dalam menuntut ilmu.

 

 

 

Serangan di Kenya, angka mangsa terbunuh meningkat

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

NAIROBI - KENYA. Angka korban serangan di sebuah pusat membeli belah di Nairobi terus meningkat, kata salah seorang menterinya.

Setakat ini, 59 terbunuh dan 175 lagi dilaporkan cedera, dipetik dari BBC.

Joe Lenku berkata, 1,000 pengunjung pusat itu berjaya melarikan diri dari bangunan tersebut.

Tambahnya, antara 10 hingga 15 penyerang masih berada dalam bangunan itu.

Jumlah orang awam yang masih terperangkap dalam bangunan itu sama ada dijadikan tebusan mahupun bersembunyi masih belum diketahui.

Letupan luar gereja Pakistan, 40 terbunuh

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

PESHAWAR - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 40 terbunuh dan lebih 40 cedera dalam kejadian letupan bom di luar sebuah gereja di bandar Peshawar.

Dipetik dari BBC, pegawai lupus bom berkata, dua pengebom meletupkan diri sendiri di luar gereja apabila orang ramai keluar selepas Sunday Mass.

Mangsa dikatakan termasuk wanita dan kanak-kanak.

Tiada mana-mana pihak mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu.

Menurut saksi, mereka mendengar dua letupan dan letupan kedua lebih kuat daripada yang pertama.

Kembar dalam mulut bayi

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

BANDUNG - INDONESIA. Seorang bayi yang berusia kurang seminggu di Bandung, Indonesia mengejutkan banyak pihak apabila wujud seketul daging di dalam mulut yang didakwa 'kembar siam' ketika dilahirkan.

Menurut doktor yang merawat bayi pasangan Aep Supriatna dan Yani Mulyani ini, daging di mulut anak lelaki itu adalah kembarnya.

Bayi diberi nama Ginan Septian Nugraha itu tidak boleh menutup mulut kerana ukuran kembar dalam mulutnya itu agak besar.

Kembarnya itu melekat di dalam rongga mulut bahagian atas dan menjulur keluar.

"Setelah diteliti doktor, kembar itu menyerupai bayi kerana ada kaki dan ada alat kelaminnya, tapi kepalanya tidak ada.

"Yang keluar dari mulut itu ada satu tangan, dua kaki, dan mempunyai alat kelamin lelaki," kata Aep dipetik dari Kompas.

Bayi yang melekat dalam mulut Ginan itu disahkan tidak bernyawa dan Aep berharap agar pihak hospital dapat menyelamatkan nyawa Ginan.

 

60 terbunuh di kawasan pengebumian

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

BAHGHDAD - IRAQ. Sekurang-kurangnya 60 terbunuh dalam pengeboman di pengebumian di daerah Kota Sadr, di sini.

Khemah yang menempatkan orang berkabung menjadi sasaran dua letupan bom kereta.

Sementara letupan ketiga berlaku ketika polis, ambulan dan bomba sudah berkumpul di tempat kejadian.

Laporan rasmi mengatakan mangsa yang terbunuh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta lebih 120 orang cedera.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak mengakui bertanggungjawab atas pengeboman  yang berlaku, semalam.

Sementara itu, dalam kejadian letupan berasingan, lapan orang terbunuh di jalan berdekatan kejiranan Ur.

Sekurang-kurangnya lima anggota polis terbunuh dalam serangan ke atas sebuah balai polis di Baiji, utara Baghdad.

Taufan Usagi hampiri Taiwan, Filipina

Oleh:

Tarikh: September 22, 2013

HONG KONG - CHINA. Taufan Usagi membawa ribut paling kuat pada tahun ini kini menghampiri Taiwan dan Filipina dengan kelajuan hampir 300 kilometer sejam (km/j) sekali gus membawa ribut petir dan hujan lebat.

Usagi menjadi taufan pemusnah selepas membadai Selat Luzon di Filipina dan Taiwan awal pagi semalam dan sedang bergerak ke Hong Kong dan perairan China.

Tanjung Selatan Taiwan diramal antara kawasan akan dibadai dengan kuat oleh ribut berkenaan pada kelajuan 555 km/j, pada minggu ini.

Pusat Amaran Taufan Tentera Laut Amerika mengeluarkan amaran Usagi akan membawa kelajuan angin 240 km/jam sekali gus  dikategorikan Taufan keempat terkuat di Lautan Pasifik, laporan dipetik dari  AP.

Ulama Rusia beri amaran

Oleh:

Tarikh: September 21, 2013

MOSCOW - RUSIA. Majlis Mufti Rusia memberi amaran kepada pemimpin negara itu supaya menarik semula keputusan berhubung tindakan memusnahkan terjemahan al-Quran dan menghentikan pencetakannya.

Timbalan Ketua Majlis Ulama, Rushan Abbyasov berkata, keengganan berbuat demikian bakal mengundang ketegangan di negara.

"Kami telah menulis surat kepada Presiden Vladimir Putin. Kegagalan beliau bertindak boleh memusnahkan perpaduan penganut lain di negara ini," katanya.

Kelmarin, media tempatan melaporkan, Mahkamah Tinggi Novorossiysk mengarahkan, tindakan membaca terjemah al-Quran secara meluas diharamkan mengikut undang-undang anti-pelampau.

Peguam penulis teks terjemahan al-Quran, Elmir Kuliyev berkata, rayuan akan dibuat dalam tempoh sebulan.

"Tindakan itu menyaksikan kebodohan ahli Parlimen apabila menerima pandangan kumpulan Gereja Ortodoks sehingga membuat keputusan mengharamkan al-Quran. Selama ini, Rusia mengamalkan kebebasan beragama tetapi satu pihak lagi mengharamkan kitab agama, adakah perkara itu satu keputusan wajar?," katanya dipetik Reuters.

Menurutnya, sekiranya al-Quran diharamkan maka kitab agama lain juga perlu diharamkan kerana terdapat juga unsur pertumpahan darah dan peperangan.

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment