Friday, March 7, 2014

RG2011... Belalang terbang Tinggi

 



Belalang terbang Tinggi

Belalang terbang Tinggi



11 Tips Menjadikan Kanak-Kanak Lebih Cerdas Dan Aktif

Posted: 05 Mar 2014 09:08 PM PST

Untuk membantu anak mendapatkan nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum, ada beberapa tip boleh dijadikan amalan.
��
Beri protein yang mencukupi
Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat protein yang secukupnya.
Pastikan anak cukup zat besi
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak perlukan zat besi yang secukupnya.�� Zat besi boleh diperoleh daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, dan sayur-sayuran hijau seperti brokoli.
��
Hadkan pengambilan gula
Gula merupakan karbohidrat ringkas dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan nutriennya. Jadi, pastikan anak anda tidak terlebih mengambil gula. Hadkan pengambilan snek yang manis oleh anak. Sebaliknya, galakkan mereka makan makanan yang kaya nutrien dan tenaga. Antara makanan yang disarankan ialah seperti buah-buahan kerana buah-buahan bukan hanya mengandungi gula tetapi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin. Selain buah-buahan, karbohidrat kompleks pun bagus untuk anak anda kerana berkanji dan berserat. Beri anak anda banyak karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, oat atau bijirin.
��
Jangan gunakan garam
Banyak makanan yang siap yang ada di pasaran bukan dibuat untuk kanak-kanak dan selalunya mengandungi terlalu banyak garam. Jadi, elakkan membeli makanan siap untuk anak. Sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk anak. Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk anak, kurangkan penggunaan garam dan kalau boleh jangan masukkan garam ke dalam makanan mereka terutamanya bagi makanan bayi.
��
Pengambilan lemak baik
Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Tidak kira sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak, masing-masing perlukan lemak untuk kegunaan tubuh. Lemak mengandungi asid lemak yang penting dan sesetengah jenis mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak dan menjalankan fungsinya dengan sebaiknya. Akan tetapi, walaupun lemak baik, anda masih perlu mengawal pengambilan lemak oleh anak. Terlalu banyak makanan berlemak boleh memudaratkan. Sebaliknya, pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran dan ikan kerana bahan-bahan tersebut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil anak perlulah seimbang.
��
Tetapkan waktu makan
Ajarkanlah tabiat pemakanan sihat kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ini termasuklah bila waktunya mereka perlu makan dan bukan hanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka makan. Kanak-kanak disarankan mengambil 3 hidangan utama dan 2 hingga 3 hidangan snek sehari. Hal ini membantu mengelakkan pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko obesiti. Ibu bapa disyorkan agar sentiasa membekalkan anak dengan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, makanan tinggi serat dan bijirin agar mereka dapat makan ketika lapar. Karbohidrat lengkap yang ada dalam bijirin, makanan kaya serat dan buah-buahan mampu membuatkan perut anak anda kenyang sementara menunggu waktu makan utamanya. Serat yang ada dalam buah-buahan dan bijirin baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak dan membuatkan dia rasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.
��
Makan bersama keluarga
Makan bersama keluarga adalah amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap keluarga yang ada di dunia ini. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga. Jadi, sediakanlah hidangan yang istimewa dan pastinya makanan tersebut kaya dengan khasiat. Inilah juga masanya untuk ibu bapa mengajar anak etika di meja makan dan tabiat pemakanan yang baik.
��
Pengambilan sarapan
Walaupun bunyi mungkin agak cliche tetapi kanak-kanak yang makan sarapan pagi mendapatkan keseluruhan pemakanan yang lebih baik daripada mereka yang tidak megambilnya. Makan sarapan pagi yang berkhasiat membantu tumbesaran mereka.
��
Pengambilan buahan dan sayuran
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran meningkatkan sistem imun kanak-kanak untuk membantu mereka kekal sihat dan aktif. Biarkan mereka memilih beberapa yang disukainya seperti lobak merah, brokoli, asparagus, anggur, tembikai, strawberi ataupun pisang. Kalau boleh libatkan anak-anak dalam aktiviti membeli agar mereka boleh pilih makanan yang mereka suka asalkan berkhasiat.
��
Pengambilan minuman
Selain itu, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakkan anak minum banyak air kosong. Penting untuk memastikan kanak-kanak aktif terhidrat sepanjang hari. Pastikan mereka sentiasa minum air untuk tenaga. Paling senang bawa minuman dari rumah. Bukan itu sahaja, susu rendah lemak berperisa seperti susu coklat organik mempunyai nisbah 3:1 karbohidrat kepada protein, yang menjadikan ia pilihan yang bijak bagi atlet pulih dalam kecederaan. Jadi, selepas sukan atau pertandingan, cuba beri kanak-kanak minum untuk pemulihan dalam masa 30 minit ketika sesi latihan atau pertandingan.
��
Aktifkan kanak-kanak
Kalau boleh bawa anak bersama jika membeli barang keperluan rumah, biar mereka sertai untuk memilih makanan untuk dibeli. Jadikan ia sebagai proses pembelajaran, contohnya jika membeli lobak ��� beritahu mereka kebaikan lobak, sekaligus memberi pengetahuan kepada mereka. Bukan itu sahaja, jika menyediakan makanan juga pastikan kanak-kanak membantu anda agar mereka terhibur dan aktif tidak pasif.
��

* Sumber : 1, 2 & 3
��

'Jenayah melonjak 20,000 kes dalam 60 hari'

Posted: 05 Mar 2014 08:26 PM PST

Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan menunjukkan indeks jenayah sebenar yang disembunyikan pihak polis daripada orang ramai pada Forum Time To Reform The Police Force di KL & Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur, malam semalam. - Foto Sinar Harian Online oleh Nizam Zain
��
KUALA LUMPUR, 5 Mac 2014 - Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) mendakwa hanya dalam 60 hari sahaja, kes jenayah di Malaysia telah melonjak secara mendadak sebanyak 20,096 kes sejak Januari lalu.
��
Pengerusinya, R Sri Sanjeevan mendakwa, lebih malang lagi apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba menyembunyikan indeks jenayah sebenar daripada pengetahuan umum dengan memanipulasi angka sebenar bagi mengelakkan perspesi negatif masyarakat terhadap kadar jenayah di Malaysia.
��
Katanya, daripada jumlah itu, kecurian motosikal merupakan kes jenayah tertinggi yang direkodkan sebanyak 6,146 kes.
��
"Ini menunjukkan hampir 334 kes jenayah direkodkan setiap hari dalam tempoh dua bulan lalu sahaja.
��
"Namun pihak polis tidak mendedahkan angka tersebut kepada pengetahuan umum betapa seriusnya tahap keselamatan negara kini," katanya ketika menyampaikan 'Forum Sudah Sampai Masanya Mereformasikan Pasukan Polis', di sini, malam semalam.
��
Mengulas lanjut, beliau kesal apabila polis tidak memasukkan jenayah bukan indeks dalam pengiraan turun naik kadar jenayah di negara ini.
��
"Apabila jenayah bukan indeks tidak diambil kira, kadar jenayah di negara ini dilihat seolah-olah menurun sedangkan jenayah semakin meningkat," katanya.
��
Menurutnya, daripada jumlah itu, kes kecurian biasa merupakan jenayah kedua tertinggi sebanyak 2,995 dan diikuti dengan pemerdagangan manusia sebanyak 2,885 kes.
��
Tidak terkecuali jenayah membunuh yang mencatatkan 67 kes. - Sinar Harian

Jurang pendapatan perlu ditangani segera

Posted: 05 Mar 2014 08:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2014 - Kerajaan perlu menangani dengan serius masalah ketidaksamaan pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar yang berdepan dengan rasionalisasi subsidi sekarang, kata Pengarah Pusat Kajian�� Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaysia, Profesor Madya Dr Fatimah Kari.
Beliau mencadangkan kerajaan menghentikan dasar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebaliknya lebih menumpukan kepada mengukuhkan dasar perlindungan sosial.
��
Antara dasar perlindungan sosial yang dicadangkan oleh pusat itu ialah pewujudan peluang pekerjaan dan pendidikan bagi membasmi kemiskinan.
��
"Saya rasa kerajaan berada dalam situasi agak selesa untuk menangani bahagian negatif daripada rasionalisasi subsidi," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kajian mengenai "Rasionalisasi Subsidi dan Kesannya ke atas Ekonomi dan Isi Rumah Miskin Malaysia".
��
Kajian tersebut mendedahkan bahawa reformasi subsidi itu akan membawa kepada peningkatan kemiskinan dalam kalangan isi rumah luar bandar dan bandar dan mereka akan menerima kesan ketara daripada reformasi subsidi tenaga berbanding kumpulan-kumpulan lain.
��
"Kami agak bimbang dengan tekanan ketidaksamaan.. terdapat kecenderungan jurang ketidaksamaan akan melebar lagi seperti pada 1970," kata Fatimah.
��
Mengenai kesan dasar rasionalisasi subsidi ke atas makroekonomi Malaysia, menurut kajian itu, dasar itu mungkin membawa kepada kenaikan awal 0.6 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar. - Bernama


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment