MH370: Hishammuddin buat lawak ke ni?
Relatives of Chinese passengers onboard the Malaysia Airlines plane MH370 scuffle with Chinese police officers outside the Malaysian embassy in Beijing, China, March 25, 2014. Ng Han Guan/AP Photo
Ketika berdozen ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) menyatakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing, China, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata peristiwa kehilangan MH370 mampu menjadi contoh kepada seluruh dunia dalam memupuk penyatuan.Beliau berkata demikian berdasarkan penglibatan bantuan negara luar terhadap Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut bermula daripada hari pertama sehinggalah keputusan konklusif yang menyatakan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.
Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata, segala cabaran dan dugaan yang diterima berhubung insiden pesawat MH370 mempunyai hikmah."Apa juga ujian pasti ada hikmahnya dan kita mesti melalui bersama. Saya berpendapat sekiranya usul ini boleh dipersetujui tanpa pengecualian maka ini akan menjadi sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini."Kita melihat dunia hari ini berpecah dengan kebencian, perbalahan malah pembunuhan. Bagaimanapun dalam kes MH370, Malaysia boleh menjadi contoh untuk mengkoordinasi apa yang kita lakukan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang hadir di Parlimen bagi pengulungan usul insiden MH370 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi. Hishammuddin berkata dengan pengumuman semalam, pencarian MH370 kini beralih ke fasa baru dengan berdepan lokasi yang sangat mencabar.Bagaimanapun katanya ia dapat dilakukan dengan bantuan peralatan dan aset berteknologi tinggi bagi meneruskan pencarian termasuk mengesan kotak hitam pesawat MH370."Walaupun lokasi mencabar jauh di daratan, namun saya seorang yang optimis dan menganggap selagi ada harapann," katanya ~ The Malaysian Insider
Dari sidang media yang pertama hingga ke sidang media yang entah keberapa kali tah.. maklumat yang disampaikan bercanggah-canggah antara satu agensi dengan satu agensi yang lain, Hishamuddin masih nak kata negara kita dijadikan contoh?Contoh apa bendanya??
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment