Tuesday, March 25, 2014

RG2011... EES BIOTECH NEWS: Daun Manis/Stevia Rebaudiana

 

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQlhNL41c3Q4v2nOYPConimPSNnTIX0kwL6vKVoU9l_m3ob32-07Q


Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Mengenali Stevia

September 12, 2011
Stevia (Stevia rebaudiana) yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan, bersifat saka jangka pendek dan boleh hidup selama tiga hingga lima tahun. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih secara keratin ataupun kultur tisu. Di negara beriklim sederhana, stevia ditanam menggunakan biji benih. Di Malaysia pula, kaedah menanam secara keratin lebih sesuai kerana pokoknya lebih seragam. Tambahan lagi, iklim tropika akan menyebabkan pengeluaran biji benih stevia kurang memuaskan.
Anak stevia diletakkan di tapak semaian selama sebulan hingga satu setengah bulan, sebelum dipindah ke ladang pada kepadatan 167,000 pokok sehektar. Petak penyelidikan MARDI di Serdang menempatkan tanaman stevia yang berumur 10 bulan dan masih membesar. Di Malaysia, stevia hanya tumbuh setinggi 30 sentimeter cm sebelum mula berbunga sebulan selepas ditanam (dalam iklim sederhana, stevia tumbuh setinggi 60 cm hingga 1 meter m sebelum mula berbunga). Stevia merupakan tumbuhan jangka siang pendek, menyebabkannya cepat berbunga sekiranya jangka siang tidak melebihi13 jam (jangka siang di Malaysia hanya 12 jam).
Teras penyelidikan MARDI ketika ini adalah untuk memilih varieti yang lebih sesuai dengan iklim tempatan, iaitu kurang peka terhadap jangka siang yang pendek, dan juga mereka bentuk mesin untuk penuaian hasil. Buat masa ini, aktiviti menuai dibuat secara manual kerana pokok ini amat rendah.  Keadaan ini boleh melenguh tulang belakang penuai terlibat.
Untuk mendapatkan kandungan maksimum bahan pemanis di dalam daun, penuaian dilakukan sebaik sahaja kudup bunga kelihatan. Bilangan tuaian boleh mencapai 10-11 kali setahun bergantung kepada pertumbuhan pokok.


Ladang 'stevia' terbesar ganti gula


KUALA LUMPUR - Ketika kenaikan harga gula mulai Jumaat lalu mendapat pelbagai reaksi, sebuah syarikat tempatan bercadang membuka ladang terbesar dan pusat pemprosesan bioteknologi menggunakan tumbuhan herba 'stevia' secara komersil.

Stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan A'Azam, Dr Sharifah Sabrina berkata, secara tradisional 'stevia' mengandungi sifar kalori, lemak, kolesterol, gula dan karbohidrat.

"Ia boleh dijadikan salah satu alternatif utama untuk mengurangkan pengambilan gula," katanya.

Selain menjadi pemanis semula jadi, 'stevia' juga boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan.

Pemanis itu diperoleh menerusi daun pokok 'stevia' yang dikeringkan.

Dr Sharifah turut mencadangkan penggunaan 'stevia' dapat diperluaskan di Malaysia bagi mencegah kandungan gula yang berlebihan di kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Kumpulan A' Azam dengan kerjasama anak syarikatnya, BNG Global Holdings Sdn Bhd, telah menjalankan kajian dan penyelidikan dengan beberapa pakar sains dari Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Bioteknologi di India yang berpusat di Poona untuk menanam anak-anak pokok 'stevia' secara ujian terlebih dahulu.

"Kita perlu membuat kajian secara menyeluruh kerana faktor cuaca memainkan peranan yang penting. Kajian ini meliputi aspek penanaman di Malaysia dan juga beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Kami masih menjalankan penanaman kajian secara saintifik dan juga ujian ketika ini.

"Kami telah menjalankan kajian tanah dan ujian di Pekan, Mersing , Bentong dan Sabah. Proses ini dijangka selesai dalam tempoh jangka masa terdekat ini," katanya.

Dr Sharifah berkata, cadangan ladang tersebut telah juga dimaklumkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. - Bernama

sumber : SinarHarian

Pokok Stevia RM35/pot
Daun 100%  kering Stevia RM35/100g

Ekstrak Stevia RM35/100g


Door to door service ( including courier charges )
Note: Untuk belian borong teh, daun kering dan daun btg kering, sila contact saya personally for detail quotation.
Bank: Maybank
Akaun: EES HERBS, 5572-5000-6041
Cara pembelian:
Bank in ke akaun diatas. Kemudian SMS ke 019-5407859 , nama, alamat, no tel , item dan kuantiti utk penghantaran

Shukri
019-5407859

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment