Bila melihat kereta Honda City di jalan raya saya sentiasa akan teringatkan kereta Proton BLM. Sebabnya adalah kerana saya pernah mendengar sebelum kereta Proton BLM dikeluarkan dan di pasarkan di negara kita, Syarikat Proton telah membeli proton City awal yang rupa bentuknya macam haiwan dogong tu untuk diuraikan semua trim part dan diasingkan daripada body part.
Saya tak tahu akan kebenaran cerita itu. Saya dengar cerita proton beli kereta Honda City bentuk haiwan dogong untuk dipelajari reka bentuknya daripada seorang rakan yang memang merupakan seorang ajen kereta Honda di negara kita ini. Kalau ada sesiapa yang tahu boleh kongsikan maklumat di sini.
Kalau kita masih ingat, bagaimana rupa kereta Honda City satu ketika dulu memang sebijik macam haiwan dogong. Rupa bentuk kereta Honda City masa tu nampak macam ada yang tak kena. Nampak macam senget dan kiat. (Kiat tu merupakan bahasa orang utara yang bermaksud macam kejang. Kalau nak menjiwai makna kiat, boleh lihat ikan tamban kiat.)
Masa itu Honda City dah perkenalkan teknologi penjimatan minyak. Kebetulan masa itu juga harga minyak dah mula jadi tak tentu hala di pasaran dunia dan industri kereta terpaksa menjadikan ciri-ciri jimat minyak sebagai satu kelebihan untuk relevan di dalam pasaran kenderaan bermotor.
Samada betul atau tidak betul proton BLM bermula daripada panduan rekabentuk Honda City saya tak dapat sahkan, tapi memang bila keluarnya Proton Saga BLM saya lihat ia ada ciri-ciri keluasan sama macam reka bentuk Honda City versi Dogong.
Cuma bezanya, masa itu rupa Proton Saga lebih menarik berbanding Honda City dan harganya jauh lebih murah berbanding Honda City.
Namun begitu, jika harga sama diletakkan untuk dipilih antara Proton Saga BLM dengan Honda City versi Dogong, sudah tentu orang ramai kan terjun bertimpa-timpa untuk memilih versi Dogong tersebut walaupun bentuknya kelihatan macam senget macam ikan tamban kiat.
Menunjukkan, rupa bentuk belum lagi dapat membuatkan orang terkeliru dengan kualiti yang ditawarkan oleh kereta Proton. Saya yakin jika kereta proton direka sebijik macam rupa kereta BMW 3 siri yang ada sekarang dan dijual dengan harga yang memang murah standard Proton, orang ramai masih dapat membezakan antara rupa dengan kualiti.
Kemudian lihat pula kereta Proton Saga yang terkini yang ada di pasaran sekarang. Perhatikan apa perbezaannya berbanding yang mula keluar dulu hasil daripada pedoman Honda City jenis Dogong. Ada perbezaan ketara ke...?
Mungkin di negara kita orang tak perduli semua itu kerana dari segi harga, itulah pilihan terbaik yang kita ada jika kereta diperlukan dengan budget yang rendah. Tak ada perbezaan rupapun dari dulu sampai sekarang, belasah saja membelinya kerana tak ada pilihan.
Tetapi jika kita mahu pasarkan di negara luar, agaknya mahukah pengguna jadikan Proton Saga sebagai pilihan utama berbanding kereta lain...? Tak payah saya jawab sebab semua orang tahu pilihan yang orang luar ada. Kalau dinegara yang majoritinya orang susah mungkin lebih mudah, wallahualam.
Dan menariknya, sampai sekarang kereta tersebut masih utuh dari segi fizikalnya dan masih sedap di bawa dan segala peralatannya masih elok untuk digunakan.
Kalau diletakkan sebelah menyebelah Honda City yang dia pakai dengan Proton Saga BLM yang dibeli dalam masa yang lebih kurang sama, boleh anda teka agaknya bagaimana rupa dan kondisi Kereta Proton BLM tersebut sekarang...?
Apa yang tak kena dengan kereta buatan kita agaknya? kita tak tahu kah masalah yang kita hadapi atau kita tahu tapi tak mahu ambil tahu. Ataukah kita tak mampu menghasilkan sebuah kereta yang berkualiti setanding dengan kereta lain yang tahan lasak dan tahan lama dalam keadaan cuaca di negara kita sendiri?
Daripad athun 1985 sampai sekarang, kalau manusia dah berumur 29 tahun. Dah dewasa sangat dan dah boleh kahwin beranak pinak. Kalau tempoh masa itu digunakan untuk buat RnD, sepatutnya kita dah masak dan matang dengan keupayaan teknologi yang dunia ada sekarang. Tapi nampaknya itu tak berlaku.
Kalau ditakdirkan Honda City yang ada sekarang diturunkan harganya ke perinkat hanya 10 atau 20 peratsu saja lebih mahal dari Proton, agaknya adakah anda membeli kereta Honda City...? atau anda akan kekal setia mendapatkan Proton Saga?
Abang Thailand kita tolong bagi tau mai sat harga Honda City kat Thailand. Kita nak turun pi ramai-ramai pi shopping dua tiga biji kat sana!
Jom komen sikit kat bawah. Berikan pendapat anda yang bernas dan berhemah..jangang lepas geram kat sini dengan ayat-ayat yang menimbulkan kemarahan orang lain ok. Kalau kita dilarang memaki berhala dan amalan orang sembah berhala, apatah lagi memaki segala urusan lain yang kurang berat dari itu. Jadi berhemahlah berikan pendapat anda tentang..antara Honda City dan Proton Saga. Terima kasih
Saya tak tahu akan kebenaran cerita itu. Saya dengar cerita proton beli kereta Honda City bentuk haiwan dogong untuk dipelajari reka bentuknya daripada seorang rakan yang memang merupakan seorang ajen kereta Honda di negara kita ini. Kalau ada sesiapa yang tahu boleh kongsikan maklumat di sini.
Kalau kita masih ingat, bagaimana rupa kereta Honda City satu ketika dulu memang sebijik macam haiwan dogong. Rupa bentuk kereta Honda City masa tu nampak macam ada yang tak kena. Nampak macam senget dan kiat. (Kiat tu merupakan bahasa orang utara yang bermaksud macam kejang. Kalau nak menjiwai makna kiat, boleh lihat ikan tamban kiat.)
Proton Saga BLM ikut Honda City
Salah satu ciri-ciri honda city masa itu adalah ruang yang luas walaupun nampak macam kecil. Buka bonet kereta Honda City masa tu dapat memberikan gambaran pada kita betapa luas dan selesanya ruang dalam Honda City.Masa itu Honda City dah perkenalkan teknologi penjimatan minyak. Kebetulan masa itu juga harga minyak dah mula jadi tak tentu hala di pasaran dunia dan industri kereta terpaksa menjadikan ciri-ciri jimat minyak sebagai satu kelebihan untuk relevan di dalam pasaran kenderaan bermotor.
Samada betul atau tidak betul proton BLM bermula daripada panduan rekabentuk Honda City saya tak dapat sahkan, tapi memang bila keluarnya Proton Saga BLM saya lihat ia ada ciri-ciri keluasan sama macam reka bentuk Honda City versi Dogong.
Cuma bezanya, masa itu rupa Proton Saga lebih menarik berbanding Honda City dan harganya jauh lebih murah berbanding Honda City.
Namun begitu, jika harga sama diletakkan untuk dipilih antara Proton Saga BLM dengan Honda City versi Dogong, sudah tentu orang ramai kan terjun bertimpa-timpa untuk memilih versi Dogong tersebut walaupun bentuknya kelihatan macam senget macam ikan tamban kiat.
Menunjukkan, rupa bentuk belum lagi dapat membuatkan orang terkeliru dengan kualiti yang ditawarkan oleh kereta Proton. Saya yakin jika kereta proton direka sebijik macam rupa kereta BMW 3 siri yang ada sekarang dan dijual dengan harga yang memang murah standard Proton, orang ramai masih dapat membezakan antara rupa dengan kualiti.
Lihat bentuk Honda City terbaru
Cuba lihat bentuk kereta Honda City terbaru yang ada di pasaran sekarang. Bandingkan perbezaan bentuknya dengan versi Honda City Dogong dahulu. Tentu semua dapat lihat betapa jauh perbezaannya. Nampak comel sangat dan tidak lagi kiat seperti ikan tamban kiat. Malah rupanya sekata dan cukup mengancam.Kemudian lihat pula kereta Proton Saga yang terkini yang ada di pasaran sekarang. Perhatikan apa perbezaannya berbanding yang mula keluar dulu hasil daripada pedoman Honda City jenis Dogong. Ada perbezaan ketara ke...?
Mungkin di negara kita orang tak perduli semua itu kerana dari segi harga, itulah pilihan terbaik yang kita ada jika kereta diperlukan dengan budget yang rendah. Tak ada perbezaan rupapun dari dulu sampai sekarang, belasah saja membelinya kerana tak ada pilihan.
Tetapi jika kita mahu pasarkan di negara luar, agaknya mahukah pengguna jadikan Proton Saga sebagai pilihan utama berbanding kereta lain...? Tak payah saya jawab sebab semua orang tahu pilihan yang orang luar ada. Kalau dinegara yang majoritinya orang susah mungkin lebih mudah, wallahualam.
Honda City Dogong masih utuh
Sepupu saya merupakan antara orang pertama yang membeli Honda City jenis Dogong sebaik sahaja ia ada di pasaran. Sampai sekarang dia masih kekal menggunakan Honda City versi Dogong tersebut.Dan menariknya, sampai sekarang kereta tersebut masih utuh dari segi fizikalnya dan masih sedap di bawa dan segala peralatannya masih elok untuk digunakan.
Kalau diletakkan sebelah menyebelah Honda City yang dia pakai dengan Proton Saga BLM yang dibeli dalam masa yang lebih kurang sama, boleh anda teka agaknya bagaimana rupa dan kondisi Kereta Proton BLM tersebut sekarang...?
Apa yang tak kena dengan kereta buatan kita agaknya? kita tak tahu kah masalah yang kita hadapi atau kita tahu tapi tak mahu ambil tahu. Ataukah kita tak mampu menghasilkan sebuah kereta yang berkualiti setanding dengan kereta lain yang tahan lasak dan tahan lama dalam keadaan cuaca di negara kita sendiri?
Daripad athun 1985 sampai sekarang, kalau manusia dah berumur 29 tahun. Dah dewasa sangat dan dah boleh kahwin beranak pinak. Kalau tempoh masa itu digunakan untuk buat RnD, sepatutnya kita dah masak dan matang dengan keupayaan teknologi yang dunia ada sekarang. Tapi nampaknya itu tak berlaku.
Kalau ditakdirkan Honda City yang ada sekarang diturunkan harganya ke perinkat hanya 10 atau 20 peratsu saja lebih mahal dari Proton, agaknya adakah anda membeli kereta Honda City...? atau anda akan kekal setia mendapatkan Proton Saga?
Abang Thailand kita tolong bagi tau mai sat harga Honda City kat Thailand. Kita nak turun pi ramai-ramai pi shopping dua tiga biji kat sana!
Jom komen sikit kat bawah. Berikan pendapat anda yang bernas dan berhemah..jangang lepas geram kat sini dengan ayat-ayat yang menimbulkan kemarahan orang lain ok. Kalau kita dilarang memaki berhala dan amalan orang sembah berhala, apatah lagi memaki segala urusan lain yang kurang berat dari itu. Jadi berhemahlah berikan pendapat anda tentang..antara Honda City dan Proton Saga. Terima kasih
- comments:
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
semua sistem di malaysia ni dh rosak termasuk proton.....sbb apa ?? sbb pemerintahnya yg kuat menipu rasuah dn buruk ahlak
ada juga pemimpin yang baik rasanya
Teringin nak beli Toyota Wish sebab jimat minyak (orang kata la).. tapi budjet sekarang ni cuma mampu Alza je..huhu
lepas ni mapu ler tu...insyaallah!
ni la dia sifat org melayu....bab kritik org no 1
Ni la dia masalah terbesar orang melayu... tak boleh nak handle kritikan...
Bermula daripada kejatuhan empayar Melaka sehinggalah sekarang, tak pernah2 serik dan nak belajar tentang peri pentingnya menerima kritikan & berbincang tentang penambah baikan.... Maka terkuburlah perwira yang mengkritik untuk membina negara seperti Hang Jebat, Hang Nadim dan lain2... Adakah negara bertambah makmur selepas kematian pejuang keadilan & kebenaran? tidak, bahkan empayar melaka ranap & musnah hingga kini..
Nak teruskan budaya mengampu & mencacai? Jadilah seperti Hang Tuah, makamnya pun entah di mana, mungkin lari bertempiaran ketika Melaka diserang.... Belajar erti keterbukaan terhadap kritikan, bahkan Rasulullah SAW dan Khulafa Arrasyidin sangat terbuka kepda kritikan & penambahbaikan
~razi~
Setuju dengan pendapat Razi di atas. Memang ada satu budaya pelik di negara kita yang menganut budaya "Kritikan adalah ancaman". Musnah bangsa jadi lemah dan tidak membina, jika berterusan begitu.