Saturday, March 29, 2014

RG2011... Fw: Kenapa Tak Diajukan Dlm Press Conference

 



MH370 - Apa yang bekas MB Perak itu katakan, terbukti ada juga kebenarannya

bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot

Semakin meluat tengok PC MH370.Tidak ada berita baru.Sekadar ulang benda yang sama - apologia dan apologetik ... 

  Nampaknya apa yang pernah Nizar katakan melalui tweetnya tempohari menampakan ada kebenarannya. Jom soroti kenyataan ayam mereka :

 

"Saya amat gembira jika spekulasi yang mengatakan pesawat itu dikesan di Lautan Hindi atau sebagainya betul atau tidak, bagi membolehkan kita menghantar semua aset ke situ bagi usaha menyelamat, namun itu bukan kenyataannya." Bukan main sombong dia bercakap....saya amat gembira ....sarkastik bukan?

Tetapi kemudiannya dia terpaksa pula jilat semula kahaknya itu dan umumkan operasi pencarian terarah  ke Lautan Hindi.....
 

 

Tambah pelik dan memalukan,walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, hanya berdasarkan data yang diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom, sepupunya PM Najib buat pengumuman yang membuat ramai orang marah dan tidak berpuas hati :

 "Berdasarkan kepada analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. Baca di sini

 Bekas MB Perak, Nizar Jamaludin menerusi tweetnya tempohari yang menyebabkan ramai pencacai Umno/BN marahkan dia, menampakan ada juga sedikit kebenarannya bila dia kata:

Well equipped sophisticated devices are of no use!  

 

MH370: Kenapa Perkara Ini Tidak pernah Diajukan Dlm Press Conference

bloglist-malaysia.blogspot
gigitankerengga.blogspot
Iqbal
 
Kehilangan MH370 memang satu misteri. Semua andaian boleh diterima. Ada teori kata jatuh terhempas di Lautan Hindi ( ini telah diumumkan oleh najib). Ada yang kata kena hijack . Ada yang kata kerana masalh teknikal. Ada yang kata semacam bunuh diri. Kesemuanya ada logiknya KERANA tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Oleh itu apa juga andaian boleh diterima . Apapun dalam banyak2 andaian yang betul hanyalah satu. Itu pun jika kotak hitam dapat dijumpai ( itu kalau ianya terhempas). Tapi kalau disembunyikan payah juga nak tahu duduk perkara sebenarnya.

Apa pun kita masih menaruh harapan ( walaupun haRAPAN YANG TIPIS)bahwa MH370 tidak terhempas.

Katalah ianya terhempas ( seperti kata najib) ada kemusykilan kepada kejadian itu.

Tentu sekali diantara para penumpang MH370 bukannya pertama kali pergi ke Beijing. Tentu sebahagian penumpang dah macam rutin turun naik dari KLIA ke Beijing. Bermakna mereka dah familiar dengan laluan antara dua kota itu. Seandainya kapalterbang melalui laluan lain dari kebiasaan tentu sekali mereka sedar . Dalam tempoh 6 jam sejak hilang dari radar pada pukul 2.00 pagi tentu sekali penghujung penerbangan itu dalam keadaan siang . Dah boleh nampak persekitaraan melalui tingkap.

Persoalannya...MENGAPA TIADA SEORANG PUN YANG MEMBUAT PANGGILAN DAN MEMBERI SMS KEPADA AHLI KELUARGA MENGENAI SITUASI YANG SEDANG DILALUI ? AGAK MUSTAHIL DALAM RAMAI2 PENUMPANG ITU TIDAK MENGHUBUNGI AHLI KELUARGA MEREKA DALAM KEADAAN ARAH KAPALTERBANG MELALUI LALUAN GANJIL.

Soalnya apakah kesemua penumpang berada dalam keadaan sedar atau sebaliknya sewaktu meniti saat2 kehabisan minyak (menurut kata najib).Kalau semuanya tidak sedar (termasuk pilot) bermakna ianya bukan angkara pilot . Sebaliknya kalau mereka semua sedar tetapi handphone tidak boleh digunakan , something wrong dengan gelombang hp dikawasan berkenaan, seperti telah diputuskan oleh pihak tertentu.

Mudah-mudahn kesimpulan yg mengatakan MH370 terhempas di lautan Hindi tidak benar. Selagi cebisan kapalterbang tidak dijumpai , kita ( apatah ahli keluarga) menaruh harapan (walaupun tipis) ianya masih selamat .
 
 

TRAGEDI MH370 ... AGENSI POLIS ANTARABANGSA INTERPOL BELASAH SAMPAI LUMAT ALASAN ZAHID HAMIDI IMIGRESEN MALAYSIA TIDAK SEMAK PASPORT CURI MENGGUNAKAN DATA INTERPOL.

omakkau.blogspot.
 

Lagi sekali negara kita dimalukan diperingkat dunia dan antarabangsa apabila kenyataan Menteri di parlimen dibelasah sampai lumat dan dilihat kenyataan itu bertaraf gred F.

Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment