Sunday, March 30, 2014

RG2011... Fw: PERLI SIAPA PULA NI?

 



 

TUN MAHATHIR HALAKAN SERANGANNYA KEPADA PDRM DENGAN MENYATAKAN RAMAI ANGGOTA POLIS YANG BUNCIT!!!!!

omakkau.blogspot
 
Seorang pegawai kanan polis dari Maktab Polis DiRaja Malaysia telah bertanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bagaimana mantan Perdana Menteri itu menjaga kesihatan yang pada usia lebih 80 tahun masih kelihatan sihat dan muda.

"Minta maaflah kalau saya cakap terlalu ramai polis mempunyai perut yang buncit berbanding saya yang sentiasa kempis.

"Paling buruk kalau saya bertembung dengan polis berperut buncit mengenakan tali pinggang di bawah pusat". Itu jawapan Dr. Mahathir sambil tersenyum.

Jelas Dr. Mahathir lagi, kalau makan, pastikan tidak sampai kenyang walaupun hidangan yang disediakan itu sedap.

"Mak saya (Allahyarhamah) selalu berpesan kalau nak badan cantik, perut tak buncit, jangan makan sampai kekenyangan.

"Makan terlalu banyak dan sampai kenyang akan menyebabkan perut cepat membesar apa lagi kalau tidak melakukan senaman untuk keluar peluh," ujarnya.

Untuk kelihatan muda, Mahathir dengan ringkasnya menjawab, jangan merokok dan jangan minum arak.

"Narkotin dalam rokok dan alkohol dalam arak akan cepat mematikan sel kulit yang boleh menyebabkan ia cepat mengendur dan kita akan cepat kelihatan tua pada usia sebenar.

"Jadi, kalau nak selalu nampak muda, berhentilah merokok dan berhenti minum arak," katanya sambil ketawa.

Apa pun katanya, polis perlu sentiasa menjaga kesihatan pada tahap terbaik setiap masa agar tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
 
 

SUDAH MELAMPAU ... MENTERI KESIHATAN PERLI SIAPA PULA NI?????

omakkau.blogspot
 
Siapa pula Menteri Kesihatan tujukan kenyataan panas ni ... dah nak kena buang jadi menteri ke?????

Cakap siang pandang pandang ... cakap malam dengar-dengar .... cakap perli isteri pemimpin alamatnya nak kena terajang.

Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.


Beliau berkata pada 1996, kadarnya mencatat 44.4% namun ia meningkat 15.1% pada 2011 kepada 59.1%.


Katanya peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.


"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.


"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan "Bulan Nutrisi Malaysia 2014" di Kuala Lumpur hari ini.


Dr Subramaniam berkata rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan.


Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka. Bernama

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment