Wednesday, March 26, 2014

RG2011... Fw: China Minta Data Satelit Daripada Malaysia

 



China Minta Data Satelit Daripada Malaysia

bloglist-malaysia.blogspot
idaman78.blogspot.


Kerajaan China meminta Malaysia menyerahkan kepadanya semua analisis data satelit yang berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines, lapor agensi berita Reuters.

Permintaan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng kepada Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin malam tadi.

Xie mengadakan pertemuan dengan duta Malaysia itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan pesawat Boeing 777-200 "berakhir" di kawasan selatan Lautan Hindi, berdasarkan kepada data terbaru satelit. - astro awani

 

Keluarga Di China Mahu Ambil Tindakan Terhadap K'jaan Malaysia, Cop Malaysia "Pembunuh"

greenboc.blogspot.


Keluarga para penumpang Malaysia Airlines MH370 menuduh Kerajaan Malaysia telah menjadi pembunuh (algojo) bagi orang-orang mereka kasih, lapor kompas.com.

Dalam satu dari Jawatankuasa Keluarga China, pihak keluarga menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengeluarkan satu kenyataan tentang nasib pesawat yang hilang tanpa ada bukti langsung.

"Sejak 8 Mac, ketika mereka mengumumkan bahwa MH370 kehilangan hubungan sehingga ke hari ini, 18 hari berlalu dan selama itu kerajaan dan pihak keselamatan Malaysia terus-menerus mencuba untuk menunda, menipu keluarga penumpang dan seluruh dunia," kata kenyataan itu.

"Perilaku memalukan ini tidak hanya mengelabui dan menyakiti keluarga dari 154 penumpang (berasal dari China), tetapi juga menyesatkan dan menunda tindakan penyelamatan, membuang sejumlah besar sumber daya manusia dan material serta kehilangan waktu berharga bagi usaha penyelamatan."

"Jika 154 penumpang itu memang terbunuh, maka Malaysia Airlines serta kerajaan dan pihak keselamatan Malaysia adalah pembunuh yang sesungguhnya telah membunuh mereka. Kami keluarga dari orang-orang yang ada di pesawat itu menyampaikan protes keras terhadap mereka. Kami akan melakukan segala cara untuk mempastikan kejahatan itu tak dimaafkan dan ketiga pihak itu perlu bertanggungjawab."

China memberikan reaksi tidak yakin dan meragui pengumuman Malaysia itu. Pemerintah China menuntut siasatan lebih lanjut tentang bagaimana para penyelidik mencapai kesimpulan bahwa penerbangan MH370 telah "berakhir di Laut Hindi".

"China telah meminta Malaysia untuk memberikan semua informasi dan bukti-bukti yang mengarah pada kesimpulan bahawa Malaysia Airlines MH370 telah berakhir di Laut Hindi," kata Juru Bicara Kementerian Luar Negeri China Hong Lei. Kementerian itu menyatakan, Wakil Menteri Luar Negeri Xie Hangsheng telah bertemu dengan duta besar Malaysia di Beijing, dan menuntut Malaysia menyerahkan semua analisis data satelit yang relevan.

Ketika sidang akhbar Najib semalam disiarkan secara langsung di television China, penterjemah di CCTV News, yang merupakan televisi milik negara, kelihatan penuh emosi. Suaranya pada satu kesempatan bahkan tersedak saat menyampaikan berita duka itu.

Di Hotel Lido, Beijing, kesedihan dan kedukaan menyelimuti keluarga para penumpang. Mereka telah menunggu di sini selama 17 hari untuk bisa mendapatkan kata yang definitif terkait nasib 239 penumpang dan kru kabin MH370 yang seharusnya menuju Beijing itu.

Pada larut malam Isnin, ketakutan terburuk mereka telah disahkan. Najib menyampaikan kesimpulan Kerajaan Malaysia, yang didasari analisis terbaru dari data satelit.

Lebih dari 50 keluarga berkumpul untuk menyaksikan pengumuman pihak Malaysia itu di ruang konferensi hotel tersebut, sebuah pengumuan yang terlalu berat untuk ditanggung. Seorang perempuan tua keluar dari ruang itu. Ia meratapi anak lelaki, menantu, dan cucunya yang berada di pesawat itu. "Seluruh keluarga saya hilang," teriaknya.

"Putraku, putraku, putraku," teriak perempuan lain.

Setidaknya dua orang dibawa keluar dengan tandu dan dibawa ke rumah sakit. Seorang perempuan dengan atasan oranye menangis dan gemetar. Seorang lelaki, yang memakai selimut, tampak pingsan. Seorang lelaki lain yang mengenakan atasan bergaris biru dan putih menjatuhkan dirinya ke eskalator. Ia harus ditolong oleh sejumlah wartawan dan polis.

Sebelum Najin menyampaikan pengumuman itu, Malaysia Airlines telah mengirim pesanan teks kepada keluarga penumpang. Dalam pesanan itu, MAS menyatakan "sangat menyesal, kami harus mengandaikankan, melampaui segala keraguan, bahawa MH370 telah hilang dan bahawa tidak seorang pun dari mereka yang ada di pesawat itu selamat". Pesanan itu dikirim dalam bahasa Inggeris dan telah menyebabkan kebingungan di kalangan keluarga penumpang China.

Pihak MAS kemudian melakukan pembelaan berkaitan pesanan teks tersebut. Mereka menyatakan bahwa segala usaha telah dilakukan untuk menghubungi semua keluarga guna memberi tahu mereka secara peribadi.

Sementara itu, keluarga penumpang marah kerana kenyataan Najib yang mendadak dan singkat itu. "Saya sudah menunggu setengah bulan, dan mereka hanya memberi kami satu kalimat?" kata seorang perempuan.


MH370: China Mahu Malaysia Sediakan Bukti Data Satelit


BEIJING: China menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang ada selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi berdasarkan data dari satelit.

Najib pada malam tadi mengumumkan bahawa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal telah mengakhiri penerbangan di lautan berdasarkan data satelit yang dikumpul pasukan penyiasat kemalangan udara dari United Kingdom.

Dalam mesyuarat pada lewat Isnin, Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng telah memberitahu Kedutaan Malaysia di China untuk menyediakan bukti terperinci mengenai 'kesimpulan' yang dibuat, kata Kementerian Hal Ehwal Luar China.

"Kami telah meminta pihak Malaysia untuk menyatakan bukti terperinci mengenai pengumuman yang telah dibuat dengan menyediakan kesemua maklumat satelit data yang diperolehi.

"Kerja mencari dan menyelamat tidak boleh dihentikan sekarang, kami meminta Malaysia meneruskan segala usaha menyelamat yang telah dimulakan," kata Xie pada Selasa.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lalu ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pada masa sama, agensi berita di China melaporkan negara tersebut kini telah menghantar lebih banyak kapal ke Lautan Hindi untuk mengesan serpihan pesawat tersebut.
- mstar
Waris di China protes di kedutaan M'sia

Keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan syarikat penerbangan itu dan menuduh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur "berbohong".

Laporan Reuters menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan menunjukkan kain rentang.

Polis pula membentuk rantaian manusia di luar kedutaan itu, bagi menghalang mereka merapati bangunan kedutaan tersebut.

Terdapat juga ahli keluarga mangsa memegang poster yang menyebut: "MH 370, Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" dan "1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu".

Mereka juga memakai t-shirt yang tertulis: "Yang terbaik buat MH370, pulanglah dengan selamat."

"Kami menunggu sejak 18 hari lalu dan kini masih lagi menanti. Berapa lama lagi kami perlu bertahan," kata seorang wanita Zhang kepada agensi berita itu.

Kumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati itu pada awalnya berhimpun di sebuah hotel di bandar itu sebelum berarak ke bangunaun kedutaan.

Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana "terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran."

"Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh "Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370".

Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk "membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga."

Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.

"Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.

Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.

CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin.
- TMI

comments:

marwan mad Zin said...

tak tidur lena la abg najib dan kak mah..nasib kau la labuuu..

Anonymous said...

takziah kpd keluarga mereka yg terkorban. dariNya kita dtg dan kpdNya kita pasti kembali. amat bersimpati kpd seorg warga India yg kehilangan 3 org, ibu bapa dan adik yg menaiki pesawat utk melawat beliau di Beijing. RIP...

Anonymous said...

Bala dah datang Najib oo!!!, itu baru dunia.

Anonymous said...

Masa bunuh altantoya dapat bereskan sebab dalam negara sendiri tapi ni melibatkan dunia dan kuasa besar. Amik ko...

Anonymous said...

Mari kita tengok, handal tak Najib nak selesaikan krisis ini? Nak sangat jadi PM walaupun sanggup membuat penipuan secara besar-besaran semasa PRU yang lalu. Ha! Sekarang ambik kau!

Rkharudin Razak said...

Dialu2kan rakyat negeri Cinta ....mengambiltindakan .....rasakan najis Dan mah debab...l11

 
GAMBAR BANTAHAN DI KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIJING
 
bloglist-malaysia.blogspot
biaqpila.blogspot.

Waris dan keluarga penumpang MH370 yang tidak berpuashati dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Razak malam tadi mula berdemo di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing.

Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi telah mengumumkan mengenai nasib pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.

Menurut sumber,sentimen anti Malaysia juga dilaporkan terjadi di negara itu namun ianya kes terpencil di mana seorang pelajar Malaysia di suruh turun dari teksi setelah pemandunya mengetahui pelajar tersebut berasal dari Malaysia.

 
ulasan:
  1. Tanpa Nama

    kalau setakat waris penumpang china sja tidak mengapa....jgn sampai kerajaan China skali tak puas hati ....masak Mas dan Malaysia slps ini.

  2. Tanpa Nama

    X der citer lain ke korang sebagai pemangkang nak highlight dlm blog..dah la x membantu langsung...ni menambah memburuk2kan negara..suka mencari2 keburukan orang lain..klu waris x puas hati x per la lagi..ni klu rakyat malaysia sendiri pun tak faham2 situasi negara, menambahkan kusut lagi ada la..geng mcm korang ni jenis eloknya campak ke lombong jer..sekupang haram pun x guna....

    P/S - For sure komen ni x kan ko publish kan..? Konon kebebasan bersuara... juak hangpa ni selagi satu isu tu dapat dipolitikan korang akan guna habis-habisan..betul tak...x kira soal keselamatan negara ke, isu sensitif ke..jadahnyer blogger

 
 

MH 390 : Waris Mangsa Mengamok di China Mereka Mahu Berarak ke Kedutaan Malaysia.di Beijing

bloglist-malaysia.blogspot
kachipemas.blogspot.
 
  •  
  • Waris di China mahu berarak ke kedutaan Msia
  • Sekumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia Airlines dan kerajaan Malaysia mengancam untuk berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing.

    Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana "terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran."

    "Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia," kenyataan itu dipetik.

    Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh "Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370".

    Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk "membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga."

    Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.

    "Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.

    Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.

    CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin
 

Keluarga penumpang India masih tidak percaya berita tentang MH370

bloglist-malaysia.blogspot
 
 

Berita Terkini MH370: Sidang media MH370 hari ke 18 KLIA – Foto kredit Malaysian Insider

Walaupun selepas menerima SMS dari Malaysia Airlines (MAS) yang meminta keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 supaya menganggap orang kesayangan mereka telah tiada, namun masih terdapat anggota keluarga yang tidak percaya dengan apa yang mereka baca dan dengar.

Warga India, Pralhad iaitu suami kepada Kranti Shirsath, 44, yang merupakan antara penumpang pesawat tidak mahu menerima nasib yang menimpa isterinya.

Klik sini baca kisah sedih suami isteri terpisah MN370 Pralhad Shirsath dan Kranti 

"Malah selepas menerima SMS mereka, saya tidak percayakan mereka. Saya masih yakin pesawat MH370 akan ditemui," katanya di rumahnya di Bhugaon, Pune, Maharashtra kepada DNA, sebuah harian berbahasa Inggeris.

Buat beberapa hari, keluarga itu berdoa agar anggota keluarga mereka yang merupakan bekas pensyarah kimia akan kembali dengan selamat.

Mangsa bercadang balik ke India bersama suaminya yang bekerja untuk pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia.

Pralhad yang sedih berkata "kami diminta menonton televisyen mengenai pengumuman perdana menteri Malaysia. Sejurus sebelum pengumuman itu, saya menerima SMS yang mengejutkan saya."

Beliau berkata beliau tidak sampai hati untuk memberitahu anak-anak lelakinya yang sangat berharap kepulangan ibu mereka.

"Saya tidak mahu mengecewakan mereka tetapi saya berharap mereka mendengar mengeninya. Saya masih tidak faham apa asasnya kenyataan ini dibuat. Sekiranya benar, mengapa telefon selular sesetengah penumpang masih berbunyi jika sekiranya mereka lemas."

Lima dari 227 penumpang pesawat itu merupakan warga India dan tiga daripadanya merupakan satu keluarga.

Mereka dikenali sebagai Chetna Kolekar, 55, Swanand Kolekar, 23, Vinod Kolekar, 59, Chandrika Sharma, 51, dan Kranti Shirsath, 44. Bernama


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment