Mengutuk Hukuman Mati Mursidal Am Ikhwan muslimin Serta 528 Aktivis Oeh Mahkamah |
Mengutuk Hukuman Mati Mursidal Am Ikhwan muslimin Serta 528 Aktivis Oeh Mahkamah Tentera Mesir
Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengecam keputusan mahkamah Jenayah pihak Tentera Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Musyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohd Badie, Dr Saadu Katatni Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan yang juga bekas Speaker Mesir bersama 528 orang aktivis Ikhwan Muslimin yang lain.
LA PPM menganggap keputusan tersebut adalah kemuncak kezaliman Jeneral Abdul Fattah As Sisi setelah melakukan kudeta ke atas kerajaan rasmi Mesir pimpinan Presiden Dr Mohamad Morsi dua tahun lalu serta tragedi penyembelihan rakyat di Medan Rabiah yang mengorbankan lebih 3,000 orang syuhada'.
Apa yang mengecewakan dunia adalah bagaimana keadilan yang sepatutnya ditonjolkan oleh mahkamah Mesir dicemari dengan keputusan yang berat sebelah dan tidak rasional. Lebih dari itu, dunia digemparkan apabila ketika proses mahkamah baru sahaja bermula minggu lalu dengan barisan pembelaan di bawah ancaman pihak polis walaupun ketika prosiding sedang berjalan, di mana salah seorang peguambela tiba-tiba dimasukkan ke dalam senarai tertuduh dan dijatuhkan hukuman mati yang sama.
Rejim Abdul Fattah as Sisi membuktikan beliau adalah diktator kuku besi mewarisi kezaliman Firaun di bumi tersebut. Beliau juga berjaya membuktikan kesetiaan beliau terhadap rejim haram Israel dan menjadi boneka Amerika Syarikat.
LA PPM merasa kesal kerana kerajaan negara Islam- Arab mendiamkan diri membiarkan kezaliman didepan mata tanpa bantahan dan kecaman antarabangsa. Arab Saudi, UAE, Kuwait, Jordan dan lain-lain malah bersekongkol dengan rejim kudeta Mesir serta mempunyai sentimen kebencian mendalam yang sama terhadap Ikhwan Muslimin.
LA PPM menegaskan, menghukum mati pemimpin Ikhwan Muslimin tidak akan mematikan perjuangan rakyat Mesir dalam menuntut keadilan. Bahkan, rakyat akan semakin bersemarak berjihad menentang kezaliman Abdul Fattah. Mungkin, keputusan penghakiman ini juga menandakan rejim kudeta As Sisi bakal menemui pengakhirannya.
LA PPM mendesak kerajaan Malaysia mengutuk keputusan ini. Kerajaan juga wajar memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir serta mendesak negara-negara OIC bertindak tegas ke atas Mesir. Kezaliman rejim As Sisi perlu dihentikan dengan tindakan tegas dan berani pemimpin-pemimpin negara Islam.
Apa yang berlaku ke atas Syeikh Dr Badi' dan seluruh mangsa kezaliman ini, mengulangi episod kesyahidan Syeikh Said Qutub yang berakhir di tali gantung pada tahun 1960an. Syahidnya Said Qutb melahirkan ribuan lagi para ulama' dan mujahid bangkit membela Islam di bumi tersebut sehingga sekarang.
Buat Syeikh Dr Badi', kesyahidan beliau bakal melengkapkan perjuangan murni beliau memimpin Ikhwan selama ini. Keikhlasan beliau dibalas dengan ganjaran syahid di sisi Allah, Insyaallah.
DR RAJA AHMAD AL HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Pemuda PAS Malaysia
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment