Kerap berubah polisi dan taksub dengan semua A bakal menjahanamkan system sekolah MALAYSIA..!!
kedahlanie.info
Beri sekolah kuasa autonomi, elak fokus semua A, selamatkan sistem pendidikan, kata pendidik
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Isu PBS ▪ Tiga tahun pelaksanaan, tiga tahun sekolah ditekan dengan pelbagai pencapaian. Ditekan oleh siapa? Kepada siapa yang mengejar KPI.
Kerap berubah polisi dan taksub dengan semua A dalam mata pelajaran merupakan punca mengapa sistem sekolah di Malaysia terus merudum meskipun berbilion ringgit dibelanjakan setiap tahun.
Guru, aktivis dan bekas pegawai Kementerian Pendidikan yang ditemubual mendakwa meskipun mempunyai polisi jelas seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan menjadi tidak berguna jika tidak dilaksanakan dengan betul.
Seorang aktivis berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif sendiri seperti yang diguna pakai program Yayasan Amir iaitu memberikan sekolah lebih autonomi adalah kaedah terbaik mendidik pelajar.
Ulasan tersebut dikemukakan selepas Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Frederico Gil Sander, berkata kualiti pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada kadar hutang isi rumah negara.
Gil Sander mengulas tentang bagaimana tahap pelajar sekolah menengah di Malaysia lebih rendah daripada negara lebih miskin seperti Vietnam dalam program penilaian antarabangsa, Pisa.
Bekas pegawai kanan Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Samiran, berkata guru dan pegawai kecewa apabila kerja dan masa yang mereka laburkan untuk menggubal polisi baru dipersiakan apabila kementerian mengubah polisi setiap beberapa tahun.
Katanya, contoh yang paling hampir adalah perubahan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP) kepada PPPM yang bermula pada 2010.
Selari dengan pemansuhan itu adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dihentikan pada 2012, selepas 10 tahun ia diperkenalkan.
"Ramai guru sukakan PIPP kerana ia menekankan pembangunan modal insan," katanya.
PIPP dirangka semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pendidikan.
"Setelah melihat pelaksanaan penuh dan hasilnya, kita secara tiba-tiba beralih ke PPPM," kata Ramlan berhubung pelan yang diinisiatifkan oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perubahan paradigma terbesar dalam PPPM adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang memerlukan guru mengukur pemahaman pelajar berdasarkan pengajaran harian.
PBS tidak terlalu memfokuskan kepada gred tetapi pemahaman pelajar dan kebolehan mereka mengaplikasikannya. Ini berbeza dengan budaya pendidikan sebelumnya yang mengamalkan ujian bulanan dan peperiksaan dengan objektif mengumpul A sebanyak mungkin.
Pelaksanaan PBS yang lemah mendapat kritikan guru setelah mereka dibebankan dengan lebih banyak kerja pengkeranian. Minggu lalu, kerajaan memperkenalkan PBS baru yang mengurangkan kerja 'pengkeranian' guru.
Kumpulan pendesak guru, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mengakui PBS polisi yang baik bagi memastikan pelajar memahami dan boleh mengaplikasikan apa yang mereka pelajari di dalam kelas kepada kehidupan harian.
Namun, masalah timbul apabila guru dan pentadbir sekolah dipaksa memenuhi kehendak Jabatan Pendidikan yang taksub dengan markah sekolah lebih tinggi, kata jurucakap SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari.
"Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menggesa guru di bawah mereka supaya pelajar mendapat lebih banyak A. Mereka mahu kami menjangkau KPI tersebut.
"Namun sistem PBS tidak direka untuk itu," kata Izzat yang juga guru di sebuah sekolah menengah di Pahang.
Manakala kumpulan pendesak guru-ibu bapa (Page) berkata, kerajaan boleh mengguna pakai sistem program sekolahnya yang mencapai keputusan luar biasa memotivasikan guru dan pelajar.
Program yang kini melibatkan 10 sekolah di seluruh negara itu dikelolakan oleh Yayasan Amir dan JPN.
Berdasarkan laman sesawang Yayasan Amir, pengetua sekolah memantau operasi setiap hari manakala Yayasan Amir menyalurkan kepakaran dan pengalaman dalam operasi, pengurusan, pendidikan dan dana tambahan apabila diperlukan.
Setiausaha Kehormat Page, Tunku Munawirah Putra, berkata sekolah diberi lebih kuasa bagi mengaji pengetua lebih baik dan menghias persekitaran kelas bagi memotivasikan guru dan pelajar.
Katanya, sebagai contoh, guru diberi bilik darjah yang dihias poster dan kelengkapan bersesuaian dengan mata pelajaran.
Ia tidak seperti sekolah kebangsaan biasa yang meletakkan murid dalam satu kelas dan guru beralih dari satu kelas ke kelas lain.
"Jadi pelajar mendapat tempat dalam persekitaran kelas yang sesuai dengan mata pelajaran seperti sains dan sejarah.
"Inovasi lain ialah menampal hasil kerja pelajar di dinding bilik darjah dan menukarkannya dengan kerap.
"Dengan cara ini, pelajar rasa dihargai kerana rakan-rakan melihat hasil kerja mereka," katanya.
Beliau berkata, kejayaan program itu menunjukkan sistem sekolah perlu dipisahkan daripada pusat.
Itu antara yang ditekankan Gil Sander mengenai kaedah meningkatkan kualiti sekolah di Malaysia.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment