Wednesday, March 26, 2014

RG2011... Fw: Jika Petunjuk Yang Diperolehi Ini Benar

 



 

Jika Petunjuk Yang Diperolehi Oleh Ustaz Ini Benar, Maka....

greenboc.blogspot.

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, "Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah." Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

"You don't ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside"

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa 'benda' itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.
- USTAZ DARUL MANZIL

ULASAN GB

GB menerima permintaan seorang sahabat untuk mengulas mimpi Ustaz Darul Manzil di atas yang jika menurut catatan di fbnya telah dikirimkan pada 21 Mac 2014.

GB hanya berkesempatan membaca malam tadi, 24 Mac 2014.

Berikut ialah beberapa intipati penting dari tulisannya itu:

1) Saya melihat 2 pesawat terbang di udara.
2) Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami.
3) saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto.
4) saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa 'benda' itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.


Jika apa yang disampaikan oleh ustaz berkenaan seperti yang dilihat di dalam mimpinya itu benar, maka benarlah apa yang GB tuliskan sebelum ini...

1. 2 pesawat terbang di udara.

Baru semalam sebelum membaca posting Ustaz berkenaan GB telah menulis satu entri dengan menyatakan di perenggan pembukaan: memaparkan pergerakan MH370 dari KLIA ke titik ia hilang dan di dalam video itu juga didapati terdapatnya pesawat jet yang bergerak hampir selari dengan MH370.

2. Lokasinya mengikut Ustaz berkenaan "terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar dan bukan destinasi pelancongan".

GB mentafsirkan ia di Laut Cina Selatan, bukan di Lautan Hindi atau ditempat-tempat lain. Apatah lagi sebelum ini memang ada laporan
"seorang nelayan di Kota Bharu mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan..." Sebelum ini pun pada 23 Mac, sehari sebelum posting Ustaz itu dibuat, GB telah menyatakan "GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn." Baca di SINI.

3. Menurut Ustaz itu lagi, "....saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada.... Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto".

Didalam satu entri GB di
SINI, GB menyatakan bahawa: Apa yang dilihat dari radar TUDM hanya "kemungkinan berpatah balik" sedangkan pada ketika itu ia mungkin juga sudah terlepas dari tangan juruterbang yang menyebabkan pesawat telah hilang haluan.

4) Ustaz tersebut menyatakan "pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370". Ia amat bertepatan dengan ulasan GB di
SINI. GB tulis "apakah jet itu digunakan untuk menembak pesawat MH370? Dan jika ditembak kargonya, oleh kerana disitu terdapatnya bateri lithium ion, sudah pastinya ia meletup dan terbakar"

Dan GB pernah mengulas "Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa?

Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.

Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!"
.

Bukan GB nak berbangga dengan apa yang telah GB tulis, tetapi untuk menjelaskan terdapat banyak persamaan petunjuk yang diperolegi oleh Ustaz berkenaan dengan apa yang telah GB sampaikan melalui entri-entri GB mengikuti tajuk dan urutan tarikhnya:

22 Mac
Mungkin Lithium Ion Sebabkan Kebakaran MH370, Ia Terhempas Di Dasar Laut Cina Selatan!

24 Mac Pesawat MH370 Disahkan Terhempas, Tetapi Di Lautan Hindi(?) -updated

25 Mac [VIDEO] Pesawat Mungkin Ditembak Oleh Jet Yang Menyebabkan Ia Terbakar & Terhempas!

GB gembira dan bersyukur, sekurang-kurangnya apa yang GB tuliskan bukan sekadar catatan kosong jauh sekali dari telahan palsu, tetapi kini ada orang yang mendapat mimpi dan petunjuk dari Allah yang isi kandungan mimpinya menyamai apa yang dicatatkan oleh GB.

Ada rakan yang bertanya: Apakah GB percaya kepada hal-hal supertitious? GB tidak percaya kepada supertitious seperti perbomohan dan seumpamanya, tetapi GB yakin dengan ayat Allah:

"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi ". [Al a'raf :178]

dan Hadith Rasulullah yang mafhumnya: "Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi)

Selain itu, blog GB juga pernah mendedahkan
pasangan suami isteri di Bogor yang mendapat petunjuk selepas solat tahajjud yang menyebutkan pesawat berada di Laut Cina Sleatan di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Bererti bersamaan dengan petunjuk yang dperolehi oleh Ustaz Manzil di atas dan dengan apa yang GB tuliskan selama ini..

Ada juga yang mengulas tulisan GB meminta supaya jangan memanda-mandai dengan teori dan spekulasi...kita perlu berdoa saja sekrang ni supaya Allah tunjukkan kebenaran. GB jawab "Disamping berdoa kita perlu berusaha.. mencari dan menggali maklumat sekadar mampu, kerana melalui usaha-usaha pencarian maklumat itulah nanti Allah dedahkan kebenaran... Itu prinsip orang beriman. kita jangan sekadar berdoa kemudian berpeluk tubuh."

Ada juga yang berkata dan bertanya mana serpihan?

GB jawab mengapa operasi SAR dihentikan di Laut Cina Selatan? Kenapa tak cari di dasar laut tempat di mana ia dikatakan hilang komunikasi dengan radar? GB pernah mengulas sebelum ini.

Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Sekejap ke sana sekejap ke sini.

Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.
Sementelah lagi jika nak percaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi, mana serpihannya? Imej satelit yang diperolehgi pun setakat ini tak mengesahkan ianya dari pesawat MH307 tersebut.

Apa yang GB tulis di blog ini selama ini adalah sebahagioan dari usaha-usaha untuk menggali dan mendedahkan kebenaran. selain dari tidak putus-putus mengajak dan menyeru rakan-rakan untuk terus berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Akhirul-kalam, memetik ayat Allah:

Katakanlah: "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujah yang nyata (ilmu yang jelas). Maha Suci Allah, tiadalah aku termasuk orang-orang yang musyrik". [Yusuf :108]

comments:

Anonymous said...

hati saya kuat mengatakan di laut china selatan.....saya cuba menerima apa yg diberitakan tetapi hati saya menolak sama sekali. saya terus mencari maklumat demi maklumat. hati saya berbelah bagi sama ada terhempas atau dirampas.

Anonymous said...

Dari awalnya, maafkan saya kerana berprasangka yang mereka berani melakukan perkara-perkara di luar batasan manusiawi.

Sekiranya betul bagai di sangka. ALLAH.. hanya padamu aku berserah, menarik mereka-mereka yang terlibat supaya tunjukkan pada kami di dunia ini, tentang kezaliman mereka.

Anonymous said...

Salam GB.....
Aduh sedihnya jika ini benar berlaku....Hanya Allah yg Berkuasa memilih sesiapa dan untuk di bukakan hijab......saya berpeluang bertanya pada seorang perawat Islam....beliau juga berkata yg sama iaitu tenggelam di LCS di kedalaman yg sangat jauh (mcm mana beliau tahu itu saya tak dapat ceritakan ...takut fitnah)...namun jelas lah terdapat tangan2 jahat yg berperanan melenyapkan mh370...Waullah hu a'lam....
*sedihnya sangat2*....

Anonymous said...

yg saya myuskhil kenapa sampai lautan hindi. takkan tak der satelit yg dapat kesan. mana pergi sistem pertahanan bg negara kita ..Indonesia..thailand . sekiranya juruterbang nk buat pendaratan kecemasan atau membunuh diri kenapa perlu sampai lautan hindi...apa yg berlaku sebenarnya ....

BaDiN said...

Dalam pengetahuan Allah atas setiap kejadian yg terjadi sebelum/kini & akan datang.YA!! ALLAH kau tunjukkan kebenaran di sebalik kejadian ini dan dgn Kekuasaan MU yg Maha Agung Kau munculkanlah seseorang yg boleh membantu meleraikan Kekususutan ini drpd berpanjangan.

Anonymous said...

Bagini lah nasib Malaysia yg di perintah oleh kabinet Kangkung

Anonymous said...

Apa yg terjadi ni rancangan org luar... tk melibatkan kerajaan dan pembangkang malaysia... org nk buat kita bergaduh n tuduh menuduh smpai akan jadi perang saudara... untungnya adalah yang bukan ISLAM.. jgn dengar org tuduh2 ni... yg bagi pahala Allah sahaja.. fokus pada Nya... pertahankan ISLAM

pelangsing wsc biolo ampuh said...

apakah ada kejanggalan..

Anonymous said...

Bukan kangkung.. Tetapi bijak membohongi rakyat sendiri... Gambar 2 iran yg dikatakan hijacker tu ternyata palsu.. Photoshop edited.. Apa muslihat kamu wahai pemimpin malaysia.. Pecah belahkan umat islam bukankah zionis..???

Adjie123 said...

Di Kuala Terengganu ada sabuah landasan terbang usang yg tak ramai orang mengetahui. Ia sengaja dirahsiakan dan terbiar dipercayai untuk kegunaan semasa waktu darurat.

Anonymous said...

Aku percaya ini adalah rancangan jahat zionis sama seperti 11 sept.
Pasai tu masa najib nak umum aku dok perati dekat2 dia macam takut2 dan tak yakin/ comfdn... dng apa yg dia nak cakap tu..
aku pun kesian kat depa ni sampai habis tak tidur malam.... ha.. ni bala ke apa..

MimpiMH370 said...

Salam GB dan pembaca... sy pernah bermimpi dimalam pertama pesawat MH370 hilang.. sblm tidur sy niat mudah2an dpt petunjuk tentang dimana MH370... lantas sy telah bermimpi sebuah kapal besar yg seakan2 didepan mata.. di satu ruang hitam dan sunyi... anehnya dinding pesawat itu dipenuhi byk tulisan2 vietnam (sy ingat tulisan vietnam sepertimana dlm language telefon2), dan dibadan pesawat juga diliputi ais...(tidak keseluruhan), kemudian pesawat itu terbelah dua di bahagian menghala ke ekor pesawat... tetapi tiada penumpang... hanya kosong dgn kerusi... bila saja terbangun azan subuh berkumandang...

annie hassan said...

dari awal lg memang ada kejanggalan dlm kes ini....

 

LAGI CERITA DAN MIMPI DALAM ISU MH370

bloglist-malaysia.blogspot
gayapeneroka.blogspot.
 
Cerita isu MH370 saya ambil dari FaceBook dan Blog rakan dengan tujuan untuk bahan bacaan dan fikir bersama
 
Russia "Hairan" Bagaimana Pesawat Malaysia Airlines "Ditangkap" Oleh Tentera Laut Amerika
Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo "sangat mencurigakan" yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo "sangat mencurigakan" itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL's) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan" bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.
http://www.whatdoesitmean.com/index1753.htm
 
March 14, 2014 EU and US all rights reserved. Permission to use this report in its entirety is granted under the condition it is linked back to its original source at WhatDoesItMean.Com. Freebase content licensed under CC-BY and GFDL.
 https://www.facebook.com/megatasnulkhanifah/posts/632410973481344

 Kenapa MH370 "membawa diri" jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.
Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH370 ? Perkara ini berlaku seperti berikut:
 
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.
 
Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini.http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html
 
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.
 
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.
 
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.
 
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.
 
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.
 
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.
 
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.
 
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.
 
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan.
 
Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen.
Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat tersebut kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.
 
Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.
 
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.
 
Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai, tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti.
 
Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).
 
 http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment