Wednesday, March 26, 2014

RG2011... Fw: AKHIRNYA KASSIM AHMAD DITAHAN OLEH JAWI

 



AKHIRNYA KASSIM AHMAD TELAH DITAHAN OLEH PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) DIRUMAHNYA DI KULIM, KEDAH.

omakkau.blogspot
 


Pencetus Anti Hadis Kassim Ahmad telah ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah, ekoran kenyataan kontroversinya berkaitan hadis yang dibuat dalam sebuah seminar di Putrajaya sebelum ini.

Anaknya Ahmad Shauqi berkata, bapanya ditahan di rumah mereka pada tengah hari ini oleh pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurutnya lagi, Kassim dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulim dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan soal siasat.

Kassim ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

JAWI tidak dapat dihubungi pada masa ini kerana di luar waktu pejabat.

Dijangka didakwa esok

Bagaimanapun, seorang pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu hari ini.

Menurutnya, kira-kira 10 penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu yang turut diiringi anggota polis tempatan.

Kassim dijangka dituduh di mahkamah syariah di Putrajaya pagi esok.

Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.

Sebuah buku Kassim Hadis: Satu Penilaian Semua diharamkan sebelum ini selepas dianggap antihadis.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment