Thursday, March 27, 2014

RG2011... Fw: Sebab kanser payu dara yang mengejutkan

 



Ini berkenaan teori kanser payu dara, seorang guru di salah sebuah sekolah di negara kita yang membuatkan ibu bapa resah dan hairan. Ianya berkenaan dengan penyebab kanser payu dara.

Sebelum itu, apa yang anda tahu tentang kanser payu dara? apakah penyebab atau asbab berlakunya kanser payu dara?

Setakat ini, penyebab kepada berlakunya kanser payu dara masih belum jelas dan masih menjadi tanda tanya pakar-pakar perubatan.

Kajian demi kajian sedang giat dilakukan untuk memahami masalah kanser ini samada terhadap kanser payu dara, maupun apa saja jenis kanser-kanser yang lain.

Apa itu kanser secara ringkas

Untuk memudahkan kita memahami masalah kanser, ianya boleh diterangkan sebagai satu masalah yang berkaitan dengan sel. Sel merupakan unit yang paling asas dalam anggota tubuh badan manusia. Ada berbagai jenis sel dalam tubuh badan kita.

Sel terbentuk dan bercambah dengan cara pembahagian atau pembelahan sel itu sendiri. Apabila tubuh badan kita memerlukan tambahan sel, maka sel akan terbelah untuk membentuk sel-sel baru. Begitulah percambahan sel berlaku melalui aktiviti duplikasi.

Pembentukan sel yang badan tak perlu

Tetapi kadangkala sel akan bercambah melalui proses pembahagian atau pecahan sedangkan tubuh badan tidak memerlukannya. Pembentukan sel tambahan tersebut akan membuatkan kumpulan sel terkumpul dan membentuk tisu yang lebih besar yang kita panggil ketumbuhan.

Ada ketumbuhan yang biasa yang tidak berbahaya. Ketumbuhan jenis ini boleh dibuang dengan mudah dan tidak mendatangkan masalah pada kita.

Tetapi, ada pula ketumbuhan yang jahat dan merbahaya. Ketumbuhan jahat inilah yang kita panggil kanser. Sel kanser bercambah dan merebak secara gila dan tidak menentu. Aktiviti percambahannya boleh menjangkiti organ lain dalam badan dan merebak pada sel-sel jenis lain pula.

Sel kanser yang gila itu juga mampu masuk ke dalam saluran darah dan mengalir keseluruh badan untuk membentuk serangan kanser pada anggota atau organ lain pula.

Bila sel kanser ini singgah pada payu dara, berkemungkinan sel kanser itu juga telah menyerang bahagian lain di situ seperti tulang, hati atau paru-paru.

Apa penyebab kanser payu dara

Sebagai mana yang disebut tadi, punca sebenar kanser payu dara masih kabur. Tiada jawapan pasti untuk meletakkan sebab sebenar berlakunya kanser payu dara.

Namun begitu, ada beberapa faktor yang membolehkan kaum hawa berpotensi lebih tinggi untuk menghidapi masalah kanser payu dara. Antaranya adalah:

  • Sejarah berkaitan masalah kanser pada individu itu sendiri. Jika seseorang itu ada pernah menghadapai kanser pada payu daranya, ada kemungkinan satu lagi payu dara akan terkena juga.
  • Sejarah keluarga juga mempunyai pengaruh kepada seseorang wanita itu untuk menghidapai masalah kanser payu dara. Jika ada keturunannya pernah menghidapi masalah kanser, ada kemungkinan keturunannya akan turut kena.
  • Hormone sex wanita juga memberikan faktor tambahan pada masalah kanser. Kajian mendapati pendedahan pada kandungan estrogen (hormon sex wanita) yang lama dan banyak samada dikeluarkan oleh badan atau diambil dari luar (ubat) boleh meningkatkan masalah kanser payu dara. Kuantiti hormon atau estrogen ini berkurangan setiap kali perempuan lahirkan anak.
  • Perempuan yang datang haid pada peringkat umur yang terlalu awal (kurang dari 12 tahun) atau perempuan yang menopouse terlalu lewat (selepas umur 55 tahun) juga ada potensi tinggi pada kanser payu dara.
  • Lewat melahirkan anak pertama (melebihi umur 30 tahun) juga memainkan peranan kuat untuk mempengaruhi masalah kanser payu dara. Perempuan yang kahwin awal dan bersalin awal lebih selamat dari mereka yang lambat bersalin anak pertama.
  • Faktor kepadatan payu dara juga ada peranannya. Lebih tinggi kepadatan payu dara lebih tinggi juga kemungkinan masalah kanser. Lagipun payu dara yang padat sukar untuk dikesan kehadiran masalah kanser
  • Pendedahan radiasi awal pada perempuan juga memainkan peranan dalam pembentukan kanser. Lebih awal umur (kurang 30 tahun) lebih tinggi kemungkinannya.
  • Arak juga da peranan dalam masalah kanser payu dara. Ada kajian menunjukkan perempuan yang minum arak ada risiko tinggi kena masalah kanser payu dara.
Demikianlah sedikit sebanyak antara faktor yang boleh meningkatkan masalah kanser payu dara pada wanita. Ianya sekadar pedoman dan tidak semestinya tepat dan pasti. Semuanya masih lagi dalam peringkat andaian berdasarkan kajian sahaja.

Sebab kanser payu dara yang mengejutkan

Hari ini saya ada terbaca satu laporan di media berkenaan aduan seorang ibu yang menegur teori hebat seorang guru di sekolah SMK Dato Lokman.

Cikgu itu memberitahu bahawa kanser payu dara berlaku pada perempuan yang tidak memakai tudung labuh sehingga menutupi payu dara mereka!!!.

Menarik untuk kita bincangkan teori cikgu itu di sini. Jika anda ada pendapat terhadap teori cikgu itu sila berikan komen di bawah. Apakah patut seorang guru mengeluarkan kenyataan sebegitu atau tidak untuk menjalankan tugasnya (mungkin) berdakwah

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment