Tahlil peringkat negara dalam usaha pencarian pesawat MAS MH370
March 27, 2014
Seorang kanak-kanak menyentuh papan mesej penerbangan MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Masjid Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan majlis bacaan Yasin, al-Quran dan tahlil peringkat negara bagi mendoakan agar pencarian pesawat itu dipermudahkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mac, 2014.
Masjid Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan majlis bacaan Yasin, al-Quran dan tahlil peringkat negara bagi mendoakan agar pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dipermudahkan.
Masjid negara dalam kenyataan hari ini berkata majlis itu akan diadakan hari ini selepas solat Maghrib di dewan solat utama Masjid Negara yang akan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama mendoakan pencarian pesawat itu dipermudahkan berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin bahawa penerbangan MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment