Friday, March 7, 2014

RG2011... Fw: Anwar Didapati Bersalah!

 



LIWAT FITNAH II ... DSAI DI JATUHKAN HUKUMAN PENJARA 5 TAHUN.

omakkau.blogspot
 

Ketua Panel Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Balia Wahi Yusof berkata mahkamah menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.
 
 

[TERKINI] Anwar Didapati Bersalah!

telokbakong.blogspot
greenboc.blogspot

Seperti sudah dijangka, hakim Mahkamah rayuan petang ini mendapati Anwar bersalah.

Hakim Balia Yusof berkata ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim, demikian lapor malaysiakini.

Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya.

"Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

"Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

"Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri)."

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

"Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan".

Peguam Karpal Singh telah memohon mitigasi tetapi dibantah oleh Shafee dengan menyatakan rayuan telah tertangguh.

Karpal menyelar kenyataan Shafee, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.

"Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik," katanya.

Kemudian hakim Balia berkata, "Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam."

Anwar bangun dan berkata, "Kita jalankan (mitigasi) sekarang."

Anwar turut menyatakan kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.

"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya.
 
ULASAN GB

Mengapa GB menyatakan ia sudah dijangka?

Kerana beberapa faktor sebelum proses rayuan bermula menunjukkan bahawa Anwar akan didapati bersalah.

Pertama, tarikh pilihanraya kecil Kajang terlalu lambat, bererti ada usaha lain yang sedang diatur oleh kerajaan UMNO BN bagi mempastikan Anwar tidak boleh bertanding.

Kedua, hanya sehari sebelum rayuan bermula, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan yang dikemukakan pihak pendakwaan untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat, Jude Bilacious Pereira sebagai saksi utama dalam rayuan kes liwat.

Ketiga, keputusan Mahkamah Rayuan 3 Mac menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan peguam Umno, Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam rayuan kerajaan berhubung kes Fitnah 2. Anehnya pada ketika hakim seperti telah menjatuhkan hukuman kepada Anwar kerana menurutnya Anwar sengaja melambatkan proses rayuan Kerajaan.

Tidak mengapa. sekalipun kemungkinan Anwar tidak dapat bertanding di Kajang namun, seperti kejadian pemenjaraan Anwar kali pertama dulu, rakyat akan tetap bangun menentang kezaliman UMNO BN. Simpati besar terhadap Anwar akan menaikkan semangat seluruh rakyat bagi mempastikan rejim UMNO BN ditumbangkan bukan saja di Kajang malah diseluruh negara.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment