Wednesday, March 5, 2014

RG2011... Fw: Culik & rakam gambar bogel wanita

 



 

Culik, rakam gambar bogel wanita di Hulu Langat

Putrajaya: Bukan saja diculik, tapi turut dibogel, dirakam gambar serta dicabul sebelum wang tunai, barangan berharga serta kenderaan miliknya dicuri.

Itu nasib malang menimpa seorang wanita selepas suspek lelaki berusia 20-an menculiknya dari kawasan tempat letak kereta berhampiran Hospital Putrajaya, di sini, jam 7.30 petang 26 Februari lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 40-an berada di tempat letak kereta berkenaan untuk mengambil kereta Toyota Caldina untuk pulang ke rumah.

"Bagaimanapun, suspek muncul secara tiba-tiba dan mengacukan pisau ke arah mangsa. Lelaki itu kemudian merampas beg tangan dan menolaknya masuk ke dalam kereta.

"Mangsa diarah memandu ke Kajang sebelum diarahkan berhenti di tepi jalan. Di situ, suspek mengarahkan mangsa bertukar ke tempat duduk penumpang dan mengikat tangannya," katanya.

Suspek memandu kereta itu ke arah Hulu Langat sebelum berhenti di satu kawasan sunyi.

"Dia menanggalkan pakaian mangsa sebelum mencabul wanita itu. Malah, mangsa turut diugut bunuh jika dia melawan atau cuba melarikan diri.

"Selepas dicabul, suspek merakam gambar mangsa dalam keadaan bogel. Mangsa yang ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa biarpun berasa amat malu apabila diaibkan," katanya.

sumber

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment