Wednesday, March 5, 2014

RG2011... Fw: Ular sawa telan buaya

 



Ular sawa telan buaya

telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot
 

Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra.

Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.

"Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. "Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan," katanya.

Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat.

"Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular," katanya.

Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.

ULAR sawa berkenaan membelit buaya sehingga mati.

"Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. "Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya," katanya. - AFP/hmetro
 
 
 
 
 
 
 
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment