Monday, March 17, 2014

RG2011... RM6b masuk Kelantan

 

RM6b masuk Kelantan

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Sejumlah RM6 bilion pelaburan swasta berjaya dibawa masuk ke Kelantan menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang ditubuhkan enam tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Jebasingam Issace John berkata, impak positif hasil pelaburan berkenaan dapat dilihat khususnya menerusi pengembangan sektor pertanian dan pendidikan.

Beliau berkata, ECER turut memperoleh peruntukan RM700 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menjalankan projek ekonomi berimpak tinggi dan program modal insan di seluruh Kelantan.

“Ketika ini, projek utama ialah Program Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang membabitkan 300 keluarga dalam usaha untuk membasmi kemiskinan.

“Mereka mengkhusus kepada penanaman kelapa sawit sebagai teras ekonomi utama selain koko yang menyumbang kepada pendapatan sampingan dan kita jangkakan pendapatan mereka akan meningkat menjelang 2020 serta mampu mencapai RM5,000 sebulan selaras dengan sasaran kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Media di sini, kelmarin.


Hadir sama, Pengurus Besar ECER Kelantan Jalaludin Omar dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ECER Noor Azma Abdul Rahman.

Jebasingam berkata, ECER melaksanakan beberapa projek strategik lain bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

“Antaranya Taman Halal di Pasir Mas yang sudah beroperasi pertengahan bulan ini, sekali gus membantu usahawan tempatan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Projek Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali, Pasir Puteh pula mampu menjadi sebuah hab perikanan berorientasikan eksport selain destinasi ekopelancongan marin,” katanya.

Katanya, setiap projek ECER di negeri itu menepati tiga kriteria utama pelaksanaan iaitu mewujudkan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat, menyediakan peluang perniagaan dan ketiga menaik taraf hidup rakyat.


East Coast Economic Region (ECER) (Malay: Wilayah Ekonomi Pantai Timur or Korridor Pantai Timur) is a new economic development corridor in Malaysia based on the east coast of Peninsular Malaysia - which covers states of Kelantan, Terengganu, Pahang and the north of Mersing district of Johor. ECER is also one of the three development regions formed in Peninsular Malaysia, other development regions being the Iskandar Malaysia (formerly known as Iskandar Development Region and South Johor Economic Region) and the Northern Corridor Economic Region (NCER). The ECER initiative will span for 12 years starting from 2007. The master planner for ECER is Malaysia-owned oil and gas company, Petronas.[2]

The ECER was launched by Malaysia's Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi in Kuala Terengganu and Kota Bharu on October 30, 2007 and in Kuantan the next day. During the launch of the project, the Prime Minister announced a RM 6 billion allocation for the opening phase of the project, strengthening the Malaysian government's commitment to the project.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment