Monday, November 3, 2014

Re: RG2014... Fw: Bila si jahil agama ingin berbicara tentang agama..

 

Agak2 korang la, dia ni boleh hidup smpy umoq 100 thn dak?

Sent from my iPad

On Nov 3, 2014, at 11:19 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

 



Bila si jahil agama ingin berbicara tentang agama..

bloglist-malaysia.blogspot
wargamarhaen.blogspot


  1. bahlol kelabu asap ! sapa bagi dia jadi menteli aar ? ABU !

 

bloglist-malaysia.blogspot.
tikaqbuloh.blogspot


Manusia tidak sedar diri, engkau ingat Masjid yang kerajaan bina duit mak bapak kamu yang punya kah Ku Nan ?, itu duit rakyatlah, jangan perasan itu duit kerajaan.

Jahil sungguh bila berbicara, mengukur tahap ke Islaman sesuatu dengan hanya mendirikan banyak Masjid. Masjid banyak pun kalau tidak ada orang yang sembahyang buat apa, bodoh nak mampos. Kalau setakat nak bina Masjid tak imarah baik tak payah, Nabi Muhammad tidak suka perbuatan macam nih. Biar banyak surau yang penting orang ramai dan masjid hidup dengan aktiviti Islam.

Lagi satu ada bukti kah PAS sesat, pesong akidah Islam ??. Lu kalau sembang dalam forum baik tak payahlah, berani buat reportlah kat badan agama seperti JAKIM, biar JAKIM siasat, jangan kerana mulut badan binasa.

Aku kalau nak sebut satu persatu kerja-kerja UMNO yang memesongkan akidah nih terlalu banyak. UMNO saji K-Pop, UMNO luluskan konsert artis-artis barat, UMNO luluskan pusat judi antara terbesar di Asia, UMNO rasuah.

Engkau tuduh PAS sesat dan pesong akidah Islam bermaknanya penyokongnya juga sesat dan terpesong akidah. Memang jahil sungguh menteri yang bernama Ku Nan ini, nak bahasa kasar sikit bodoh nak mampos. Korang bacalah kat bawah nih ;

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

Sebaliknya, Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu.

"Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah.

"Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. Memesongkan akidah kita.

"Dia yang mulakan sembahyang dua imam, mengatakan sembelihan orang Umno tidak boleh makan, (mengatakan) imam yang digaji Umno tidak sah menikahkan anak kita," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, taman asuhan kanak-kanak yang dibangunkan PAS bertujuan merosakkan minda kanak-kanak di peringkat awal.

Katanya, doktrin seperti itu menjadi cabaran kepada Umno bagi menghalang usaha penyebaran fahaman PAS dilakukan dari usia muda.

"Kita jangan lupa, Umno sedang menghadapi cabaran puak PAS yang mendidik anak-anak mereka sejak kecil, dan sekarang sudah besar, mengatakan Umno ini taghut, kafir.

"Mereka tanamkan semangat ini sejak kecil. Bagaimana kita hendak kekang? Ini cabaran," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pelbagai isu sensitif yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini berpunca dari kegagalan orang Melayu bersatu.

Katanya, ahli Umno perlu bijak menyampaikan kepada masyarakat maklumat mengenai sumbangan parti itu yang lebih banyak berjasa dari PAS.

"Kebelakangan ini macam-macam dipersoalkan, kalimah (Allah), Bible. Ini semua berlaku kerana bangsa Melayu tidak bersatu. Umat Islam berpecah belah, bawa fahaman yang songsang dalam negara. Memutar belit.

"Mereka menggunakan Islam untuk kepentingan politik. Umno sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat untuk mendapat kuasa," katanya.

Ku Nan turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Fasal 3 Perlembagaan Umno dipinda.

"Perdana menteri sudah setuju supaya satu perjumpaan khas diadakan untuk tukar Fasal 3 mengikut Islam yang berlandaskan sunnah dan Al-Quran.

"Kenapa ini kita lakukan? Macam-macam ajaran sekarang datang ke negara kita, macam-macam mazhab, sehinggakan rakyat jadi kelam kabut," katanya. Sumber
 
 

Dituduh parti ajaran sesat, Pas saman pemimpin UMNO

bloglist-malaysia.blogspot.
wargamarhaen.blogspot
 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bakal berdepan dengan tindakan saman oleh Pas Pusat berikutan kenyataannya melabelkan parti itu membawa ajaran sesat.
Menteri Wilayah Persekutuan itu yang mengulangi dakwaan sama sebelum ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah membangkitkan kemarahan beberapa pemimpin Pas.
Serentak itu juga, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau akan berbincang dengan Lajnah Undang-Undang parti itu untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagi menghadapkan Tengku Adnan ke muka pengadilan.
Katanya, beliau kecewa dengan sikap pemimpin UMNO tersebut dan mengecamnya kerana kenyataan bersifat fitnah itu telah mengguris hati keseluruhan kepimpinan serta ahli Pas.

"Sudah tentu kita akan ambil tindakan (saman). Sebab ini bukan kenyataan pertama dari (pemimpin) UMNO. Sebelum ini pun ada juga yang melabelkan Pas sebagai parti ajaran sesat," katanya kepada media di sini, hari ini.

Semalam, Tengku Adnan ketika berucap merasmikan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama UMNO mendakwa, Pas sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

Dalam ucapan itu, beliau turut mempersoalkan berapa jumlah masjid telah dibina Pas sepanjang memerintah Kelantan dan Selangor, melainkan apa yang dilakukan hanya memecah belahkan orang Islam.

Turut mendakwa Pas parti ajaran sesat ialah bekas Ketua Dewan Pemuda Besut, Terengganu, Wan Muhammad Wan Ahmad yang menyifatkan ramai ahli parti itu sesat kerana terlalu taksub kepada pemimpinnya.

Dalam kenyataannya pada 4 Disember 2012, beliau dilaporkan berkata, sepatutnya UMNO Terengganu sudah lama mengadakan wacana – Pas sebuah parti ajaran sesat – untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai penyalahgunaan agama oleh pemimpin parti yang mendakwa membangun bersama Islam itu.

"Memang benar dan betul (Pas ajaran sesat) kerana saya ada hujah," katanya yang dipetik sebagai berkata pada satu majlis membantu jentera UMNO di Pasir Mas, Kelantan.

Pada Februari 2012 pula, Ahmad Said ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal, Terengganu dilaporkan berkata, perjuangan Pas tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan parti itu sebagai 'parti ajaran sesat'.

Kemudian pada 6 April 2013, Muhyiddin pula mendakwa Pas sebagai parti ajaran sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mendakwa solat orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau agak kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh agama.

Kenyataan Muhyiddin kemudian disokong oleh Penasihat Pondok Minda yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Tok Guru Abdullah Sa'amah yang dilaporkan berkata, gabungan 25 pondok pengajian agama di Kelantan sepakat mengatakan Pas juga sebagai parti ajaran sesat.

Beliau yang mewakili Pondok Minda berkata, Pas hanya sebuah parti yang dibentuk oleh manusia untuk menegakkan Islam, tetapi telah menyeleweng dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam.

Sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai sombong, takbur dan angkuh dengan fatwa-fatwanya yang didakwa syirik dan menyesatkan, beliau berkata: "Saya kata Pas 'Parti Ajaran Sesat' kerana Nik Aziz dakwa Pas itulah Islam, sedangkan Islam diturunkan oleh Allah SWT yang diajar kepada Nabi Muhammad SAW.

"Ini bukan fatwa kami, tetapi keputusan hasil rumusan setelah merujuk kitab-kitab muktabar, tafsir al-Quran, hadis dan hukum-hakam," kata Abdullah.

ulasan:

  1. Tanpa Nama

    Bab agama di M'sia akan dirujuk ke Majlis Fatwa dan JAKIM. PAS yakin ke keputusan akan memihak kpd mrk. Apa akan jadi bila keputusan mahkamah tak memihak kpd PAS. PAS akan disahkan sbg membawa ajaran sesat. Pd aku ini mmg umpan UMNO, so Mahfuz jgn sengaja masuk perangkap.

__._,_.___

Posted by: Hasno Hashim <hasno.hashim@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment