Sunday, November 2, 2014

Re: RG2014... Nak Kawin Pun Susa

 

sila rujuk Ustaz Nazmi .....beliau yang pergi ulang alik ke syria dan juga bekas pelajar di syria.....
 
ada dua golongan di syria yang menentang assad......group IS nie baru saja wujud 2-3 tahun yang di sokong oleh iran....
jangan keliru group IS dengan perjuang Islam yang sebenar....
 
sedangkan ahli PAS sendiri keliru dan menyokong IS yang memang jelas membunuh org Islam sendiri dan menjadikan hamba seks ....
 
sila google Ustaz Nazmi dan syria.....beliau aktif dalam menghulurkan dan organise derma ke rakyat syria.....baru minggu lepas beliau balik dari syria dan akan pergi lagi bulan depan InsyaAllah...
 
kamu dapat berita dari sumber mana? zaman pendekar ada guna internet ke tak? atau baca harakah sahaja...
2014-11-02 11:12 GMT+08:00 Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

dan semua yg kau ckp ini dengar dari media barat...
boleh percayakah?

2014-11-01 8:32 GMT+08:00 Judge hairulndt@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

kalau dia memang nak kahwin dengan IS adakah kamu semua redha...
 
kamu tahu ke IS tu berjuang bukan untuk Islam....dengan membunuh sesama Islam sendiri dan menjadikan perempuan2 tahanan sebagai hamba seks .......itukah cara Islam????
2014-10-31 18:25 GMT+08:00 hadi banjar005@yahoo.co.uk [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Allah MAHA mengatahui akan apa yang berlaku .. sekiranya dia dianayai maka tunggulah balas dari Allah  .."Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di  muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih".sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Qur'an Surah Asy-Syura : 42

Read more: http://www.mialiana.com/2013/10/peliharalah-diri-dari-doa-orang.html#ixzz3HiUEIpPq


Read more: http://www.mialiana.com/2013/10/peliharalah-diri-dari-doa-orang.html#ixzz3HiU6jBXW


On Friday, 31 October 2014, 16:39, "Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 


Wanita cuba kahwin Pejuang Mujahidin IS didakwa
[Image: 31umibahar.transformed_0.jpg]
Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan Pejuang Mujahidin digelar IS.

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober 2014.

Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.

Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengganguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin.

- Bernama  





__._,_.___

Posted by: Judge <hairulndt@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
31umibahar.transformed_0.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment