Tiga Bekas Pelajar Bunuh Pensyarah Dihukum Gantung
bloglist-malaysia.blogspot
mimpi-senja.blogspot.
Shah Alam, 30 Okt - Tiga bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) dan pensyarah Bahasa Inggeris di KTAC, antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.
Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya.
Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di rumah dua beranak itu di No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dalam keputusan pada akhir kes pendakwaan sebelum ini, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi tertuduh, Muhamad Safwan Muhamad, 22, daripada kedua-dua pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata selepas meneliti keterangan kesemua saksi, beliau mendapati pembunuhan itu penuh dengan motif di mana tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril, adalah perancang utama kejadian itu yang berpunca daripada kehilangan barang kemas milik ibu Zara Eleena.
"Berdasarkan keterangan ibu mangsa (Normaliah Mahmood), adalah jelas bahawa barang kemas yang telah diambil oleh tertuduh pertama ialah motif utama tertuduh pertama mengajak tertuduh lain untuk membunuh (kedua-dua mangsa) yang membawa kepada perancangan serta persediaan membunuh kedua-dua mangsa.
"Saya mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan lebih diyakini dan wajar berbanding pembelaan ketiga-tiga tertuduh yang lebih menjurus kepada penafian semata-mata berhubung penglibatan mereka dalam kes ini ," katanya.
Abdul Halim seterusnya berkata ketiga-tiga tertuduh telah bertindak dalam keadaan penuh sedar dan mengetahui kesan perbuatan mereka.
Beliau juga mendapati penafian ketiga-tiga tertuduh semasa memberi keterangan tidak berupaya membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, malah keterangan saksi pendakwaan adalah konsisten.
"Kedua-dua mangsa telah menemui ajal dalam keadaan penuh terseksa dan menyedihkan...apa dosa mereka hingga mereka perlu dibunuh sebegitu rupa? Tertuduh pertama (Mohamad Zul Shahril) ialah teman lelaki mangsa (Zara Eleena) walaupun dinafikan oleh tertuduh dan hakikat ini tidak dapat dinafikan apabila dibuktikan oleh ibu Zara Eleena yang pernah jumpa surat Zara Eleena terhadap tertuduh.
"Kenapa tertuduh tergamak bunuh mangsa? Setiap perbuatan zalim atau baik dijanjikan balasan, dan maka kini tibalah masa bagi kamu bertiga untuk terima balasan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada kedua-dua mangsa.
"Hanya satu sahaja hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini dan saya perintahkan ketiga-tiga tertuduh digantung di leher sampai mati," katanya.
Sejurus prosiding berakhir, ketiga-tiga tertuduh dilihat memeluk anggota keluarga masing-masing sambil menangis dan ketika Mohamad Zul Shahril memeluk ibunya, wanita itu pitam sehingga terpaksa dipapah anggota keluarganya.
Normaliah dan bapa saudara Zara Eleena, Dr Mohd Shah Mahmood, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana keadilan berpihak kepada keluarga mereka.
Seramai 32 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Muhammad Adhwa Azfar Muhammad Tajuddin, Rusli Zain dan Abdul Halem Mohamad Husin. - BERNAMA
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment