Friday, November 21, 2014

RG2014... Fw: Idea Katun Siapakah ini..?

 



Bandaraya Getah : Idea Katun Siapakah ini..????

kedahlanie.info
Zulkifli Yahaya

INILAH JANJI BN : Barisan Nasional (BN) Kedah akan membangunkan Bandaraya Getah Kota Putra di Padang Terap, di sini, sekali gus menyediakan 13,000 peluang pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi jika kembali mentadbir Kedah.
 
Bandaraya Getah Kedah tercatat dalam ucapan Bajet 2015, sebagai satu dari enam projek pemangkin ekonomi negeri ini.

Cadangan tapak untuk bandaraya getah ini adalah Ladang Bukit Ketapang di Daerah Padang Terap, nama yang langsung tiada dalam peta industri mahupun pelancongan. Exco yang menjaga potfolio pelaburan mengakui bahawa selepas cadangan mewujudkan Bandaraya Getah diumumkan barulah turun mengenalpasti tapak. Tapak asal yang dicadangkan di Durian Burung tidak sesuai kerana kawasan berbukit. Umum dulu, kaji kemudian.

Asas pengwujudan sebuah bandar ialah kehadiran sekelompok manusia yang agak ramai untuk menyokong. Apabila adanya manusia maka wujudlah premis-premis yang berfungsi untuk memenuhi keperluan manusia seperti pasaraya, balai polis, hospital, sekolah dan sebagainya. Semua itu tidak wujud terlebih dahulu sebelum adanya manusia yang ramai.

Para pelabur pula tidak akan buat kerja bodoh untuk datang melabur di tempat yang kurang manusia dan tiada kemudahan awam. Kulim Hi Tech Park (KHTP) selera untuk didatangi pelabur besar kerana ia terletak berhampiran bandar Kulim yang telah lengkap pra sarananya sebelum kewujudan KHTP lagi. Jika KHTP dibangunkan di Weng berhampiran Memali, jangan diharap ada pelabur besar luar negara yang sudi datang.

Demikianlah para pengeluar teknologi berasaskan getah tidak akan berpusu-pusu untuk datang membuka kilang di Bukit Ketapang hanya kerana ia berhampiran dengan ladang getah. Sedangkan kelapa sawit yang jadi 'pokok seribu guna' dan merupakan bahan komoditi yang mahal dari getah itupun; tidak pernah ada perancang yang mahu mewujudkan Bandaraya Sawit. Inikan pula getah yang semakin hari semakin berkurang akibat penciptaan getah tiruan.

Tidak dinafikan keperluan pengwujudan pusat penyelidikan getah yang semenangnya sudah wujud pun. Atau kelahiran kilang-kilang produk berasaskan getah. Juga sudah bercambah seantero dunia. Tetapi mengungguli isu getah sehingga mahu mewujudkan sebuah bandaraya (city) berasaskan getah di sebuah kawasan terpencil di pedalaman Kedah ia langsung tidak realistik. 

Siapalah punya idea untuk mewujudkan Bandaraya Getah Kedah ini? Betul-betul idea kartun.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment