Monday, November 3, 2014

RG2014... Fw: ISU PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA DAN KIDEX

 



 

KENYATAAN AKHBAR FAEKAH HUSIN MENGENAI ISU PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA DAN NO TO KIDEX AKHIRNYA MENJADI YES TO KIDEX

omakkau.blogspot

KENYATAAN AKHBAR
AHAD, 2 NOVEMBER 2014

PKR PERLU HENTI SIKAP RAKUS DAN JAHAT TERHADAP TAN SRI KHALID


Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ( BTR ) dan ADUN Pelabuhan Klang.


Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR.

Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI.

Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?


Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa.

Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan.

Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.


Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses. Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas.

Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP?

Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR? Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut?

Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.


Perlu juga ditekankan bahawa status TSKI selaku Ahli Parlimen Bebas adalah hasil dari kerakusan pimpinan PKR yang telah memecat beliau secara jahat, tidak berhemah dan keji.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghentikan peruntukan Ahli Dewan beliau di Pelabuhan Klang dan dua pegawai DUN dipecat walau masih mempunyai kontrak dengan kerajan negeri.

Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor hari ini gagal melihat pentadbiran negeri hendaklah diasingkan dari perjalanan parti hatta terlalu fokus untuk mematikan karier politik TSKI.


Sekarang ada pihak pula yang mendesak beliau untuk melepaskan kerusi Parlimen BTR sedangkan TSKI yakin dapat meneruskan khidmat secera efektif walau sebagai Ahli Parlimen bebas. PKR sesungguhnya terhalang dari segi moral untuk mengkritik mahupun mengulas kedudukan TSKI yang kini Ahli Parlimen Bebas. Biar rakyat BTR yang menentukan kedudukan TSKI pada pilihanraya akan datang.


Setelah berehat selama 2 minggu bersama keluarga, TSKI telah turun ke kawasan BTR dan PK untuk berbincang dengan beberapa ketua komuniti di sana untuk meneruskan khidmat kepada rakyat yang telah memilih beliau melalui proses pilihanraya yang sah.


Alhamdulillah, ramai telah menawarkan khidmat bantuan dan kesediaan untuk bersama TSKI bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Rakyat hari ini mampu melihat keikhlasan seseorang pemimpin dalam melakukan sesuatu mahupun tatkala mengungkapkan kata-kata.

Di BTR, beliau telah pun membuka pusat khidmat rakyat; manakala di Pelabuhan Klang, pejabat baharu di Bukit Tinggi telah pun dibuka.


Tindakan PKR memecat TSKI tidak akan menghalang TSKI untuk terus bersama rakyat lantas telah mulai bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). TSKI bersama beberapa teman mulai 15 November ini akan memulakan aktiviti "Sajian Rakyat" - satu NGO yang akan menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform untuk bertemu dengan rakyat.


Ditegaskan bahawa TSKI komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat dan PKR - satu parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua - perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas.


FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN PELABUHAN KLANG
DAN MP BANDAR TUN RAZAK
 
 

LEBUHRAYA KINRARA-DAMANSARA (KIDEX) ... AZMIN MUNGKIR JANJI SEBAB DARI NO TO KIDEX SUDAH MENJADI YES TO KIDEX?????

omakkau.blogspot
Langkah Kajang yang disusun dan di rancang rapi oleh bekas Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini Setiausaha Agung PKR iaitu Rafizi Ramli merupakan satu malapetaka kepada keseluruhan Pakatan Rakyat. Ini adalah kenyataan dan tidak perlu menafikannya.

Krisis Menteri Besar dengan tuduhan demi tuduhan yang dibuat terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini nyata terbukti tidak berasas dilihat sebagai berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti beliau akhirnya hanya menjahanamkan kredibiliti parti itu sendiri.

Isu Lebuhraya Kinrara – Damansara (Kidex) sudah cukup untuk membuktikan betapa para wakil rakyat dan pemimpin pembenci TSKI  bukan sahaja telah memfitnah Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi juga telah memberikan harapan palsu kepada Jawatankuasa Anti Kidex apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak membatalkan projek ini serta turut senada dengan kerajaan persekutuan dalam soal penstrukturan air yang sebelum ini turut menjadi senjata serangan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini inilah kenyataan Azmin Ali dihari pertama setelah dilantik menjadi MB Selangor.

Menteri besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali berjanji akan mengkaji semula dan mendedahkan kepada umum perjanjian Lebuhraya Kidex dan isu Bible yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin berkata, beliau akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan mengenai perjanjian yang dimeterai sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Saya akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan dan lihat cara terbaik untuk menanganinya," kata Azmin pada sidang media di rumah ibunya di Kampung Kelang Gate Baru.

Antara perjanjian yang akan dikaji semula adalah melibatkan perjanjian air, pembinaan lebuh raya kontroversi Kidex dan juga isu melibatkan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Azmin berkata, langkah mengkaji semula tersebut perlu diteliti dan diambil bagi mengelakkan sebarang spekulasi selepas mengambil alih pentadbiran daripada Khalid.

"Untuk elak sebarang spekulasi, kita mesti pastikan semua perjanjian didedah kepada umum dan pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut demi memastikan sebarang perjanjian yang dibuat akan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat Selangor dan dilaksanakan secara telus.

"Kita perlu pastikan semua perjanjian dibuat dengan telus dan perlu dilaksanakan sebaik ia dimeterai," katanya.

Khalid semasa dilantik sebagai menteri besar penggal kedua banyak dikritik ekoran caranya mentadbir Selangor yang gagal merujuk PKR atau pimpinan Pakatan lain.

Caranya menguruskan beberapa isu turut dikritik termasuk catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lebuhraya Kidex.

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI .. MEMFITNAH BERBOHONG LAMA-LAMA MAKAN DIRI.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment