Monday, November 3, 2014

RG2014... Fw: Misi UMNO BN Tawan Selangor Pada PRU14?

 



Persempadanan Semula SPR: Misi UMNO BN Tawan Selangor Pada PRU14?

greenboc.blogspot


Notis kajian semula persempadanan diwarta bulan depan, kata Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewartakan notis kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) penghujung tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sebelum mewartakan notis tersebut, SPR perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan, mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Bila notis itu diumumkan, maka bermulalah tempoh persempadanan semula dan notis itu akan dipamer selama sebulan (untuk menerima bantahan dan cadangan) daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan pengundi berdaftar, sekurang-kurangnya 100 orang dalam bahagian pilihan raya terbabit," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata laporan akhir mengenai syor kajian semua persempadanan kawasan pilihan raya itu perlu diserahkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tidak lebih dua tahun daripada tarikh notis diumumkan, untuk dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat untuk kelulusan selaras dengan Seksyen 8, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Laporan yang diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk ditandatangan sebelum diwartakan dan diguna pakai.

Abdul Aziz berkata persempadanan semula merupakan satu daripada tanggungjawab utama SPR di bawah Perlembagaan bagi memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.

"Kawasan mengundi yang luas perlu dikecilkan supaya jumlah pengundi yang terdapat di satu-satu kawasan pilihan raya adalah munasabah," jelasnya.

Katanya, sebagai contoh di Kuala Lumpur, keluasan kawasan Parlimen adalah kecil sahaja seperti kawasan Batu dan Segambut namun jumlah pengundinya besar, dan tanpa persempadanan semula, rakyat sukar untuk mendapat perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat.

"Persempadanan semula bukan untuk menentukan satu-satu parti memenangi pilihan raya," tegasnya dan menambah, prinsip yang digunakan SPR dalam membuat persempadanan semula ialah untuk menyenangkan pengundi.

Abdul Aziz berkata kajian semula persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003, dan mengikut peraturan, persempadanan semula sepatutnya dilaksanakan pada 2011.

"Pada masa itu, SPR takut ia bertembung dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Jadi persempadanan semula ditangguhkan, dan hasil persempadanan semula kali ini hanya boleh digunakan untuk pilihan raya umum akan datang yang selewat-lewatnya diadakan pada 2018," katanya.

Abdul Aziz berkata setelah lebih lapan tahun sudah pasti bilangan pengundi bertambah berikutan pembangunan pesat seperti pembinaan bangunan baharu oleh kerajaan yang boleh dijadikan pusat mengundi selain lebih banyak jalan raya yang dibina, yang akan memudahkan usaha SPR untuk mengecilkan bilangan pengundi.

"Sekarang ada kawasan Parlimen yang mempunyai dua pejabat daerah dan dua pihak berkuasa tempatan (PBT), dan keadaan ini menyusahkan wakil rakyat selain menyusahkan penyelarasan semasa hari mengundi dan pendaftaran pengundi," katanya.

Beliau berkata apa yang dilalukan oleh SPR dalam persempadan semula adalah untuk mendekatkan tempat mengundi untuk para pengundi demi kemudahan mereka.

Yang kedua dalam setiap kawasan mengundi itu mesti ada kemudahan pentadbiran seperti pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan, majlis daerah, majlis bandaran dan bandar raya.

"Seberapa daya yang boleh, jumlah pengundi itu mesti lebih kurang sama banyak. Tapi sama banyak pun, SPR tidak boleh samakan jumlah pengundi di bandar dengan luar bandar. Kawasan bandar kepadatan penduduknya tinggi, di kawasan luar bandar kepadatan penduduknya rendah," jelasnya. – Bernama

ULASAN GB

Ia seperti dirancang. SPR mengumumkan akan mewartakan notis kajian semula persempadanan pilihanraya sehari selepas Perdana Menteri, Najib Razak berkata beliau "letih" dan "malu" setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di Selangor.

Persempadanan semula pilihanraya oleh SPR merupakan "senjata utama" UMNO BN mengekalkan kuasanya di setiap kali pilihanraya dan SPR berada dibawah Jabatan Perdana Menteri sendiri.

Pada PRU 10 pada 1999, Najib memenangi kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi.

Akibat persempadanan semula pada 2003, SPR telah memasukkan beberapa kem tentera yang sebelum ini berada dikawasan parlimen Kuantan ke dalam kawasan pilihanraya parlimen Pekan.

Sejak itu Najib yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan berada dalam kemenangan selesa dalam setiap kali PRU. Cara inilah juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh SPR bagi memastikan kemenangan besar Umno-BN dalam PRU selepas melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Dalam pengajian Sains Sosial dan Sains politik, kaedah yang digunakan oleh SPR untuk meneruskan kemenangan Najib itu disebut sebagai kaedah "Gerrymandering'

Tindakan ini adalah bertujuan mengurangkan undi parti pembangkang dan membolehkan parti pemerintah memperoleh lebih banyak undi dari keputusan sebelumnya.

Walaupun alasan SPR kali ini untuk "memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.", namun dari segi praktiknya, apa yang dilakukan SPR ialah lebih menumpukan di kawasan BN supaya BN memenangi lebih banyak kerusi dimana kawasan-kawasan yang dikenalpasti dikuasai oleh BN akan diepcahkan lagi untuk menambahkan bilangan kerusi untuk BN. Dan yang terlibat kebanyakannya kerusi-kerusi di luarbandar.

Jika benarlah dakwaan SPR kononnya untuk memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing, mengapa P125 Putrajaya mempunyai jumlah pengundi 15,791 manakala P109 Kapar mempunyai 144,369 pengundi berdaftar? Kapar mempunyai jumlah pengundi sepuluh kali ganda dari Putrajaya sedangkan dua kawasan tersebut masing-masing diwakili seorang wakil rakyat. Begitu juga di Puchong (107,010), Kota Raja (105,909) dan Serdang (133,139).

Justeru itu, kita melihat ada perancangan di JPM oleh pihak SPR untuk mengekalkan UMNO BN terus berkuasa menjelang PRU14

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment