PUTING BELIUNG MELANDA KOTA SETAR KEDAH ... 71 RUMAH DAN SEBUAH KLINIK BIDAN RANAP.
omakkau.blogspot.
Sebanyak 71 rumah dan sebuah klinik bidan rosak dalam kejadian puting beliung yang berlaku di beberapa kawasan di daerah Kota Setar petang semalam.
Sehingga kini, kawasan yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian kira-kira 5 petang itu ialah Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya.
Tinjauan di kawasan terlibat mendapati banyak rumah penduduk rosak teruk dengan bumbung rumah diterbangkan angin dan ada rumah yang ranap.
Sebanyak 25 rumah terlibat di Taman Mergong Jaya manakala di Kampung Sungai Baru, ia melibatkan 22 buah rumah, dengan satu daripadanya ranap, serta sebuah klinik bidan. Di Kampung Mergong Hilir, enam buah rumah terlibat manakala Kampung Batin (10 rumah) dan Taman Inang (8 rumah).
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata pihaknya menerima panggilan awal daripada orang ramai yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 5.22 petang.
"Pihak kami dan beberapa agensi berkaitan sedang memberikan bantuan yang perlu kepada penduduk yang terlibat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya ketika dihubungi.
Kejadian yang berlaku dalam tempoh 10 minit itu juga menyebabkan beberapa pokok tumbang.
Seorang mangsa di Kampung Sungai Baru, Mohd Nizam Hamzah, 46, berkata dia melihat sendiri pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya, yang kemudian menghampiri rumahnya.
Katanya tidak lama kemudian hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.
"Saya juga nampak angin kencang menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Mohd Syafik Abdul Kadir, 15, berkata dia terdengar bunyi kuat di bahagian atas rumahnya dan kemudian rumahnya bergegar.
"Papan bahagian atas rumah saya mula jatuh. Saya berlari keluar rumah dan berlindung di tempat letak kereta rumah jiran sebelah. Saya dapat lihat pokok mangga tumbang ke atas rumah saya dan meranapkannya," katanya.
Mohd Saad Mad Isa dari Kampung Batin pula berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumahnya apabila terdengar bunyi bising dari atas bumbung rumahnya.
"Masa itu saya dengar bunyi zink dan bila saya tengok di luar rumah, saya nampak zink bumbung rumah saya terangkat. Saya tengok rumah jiran saya pun bumbung rumahnya sudah tiada," katanya.
Difahamkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kejadian itu dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan ada juga yang berpindah ke rumah saudara mara.
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment