Saturday, November 22, 2014

RG2014... Fw: Siapa yang peduli rintihan si miskin....?

 



Siapa yang peduli rintihan si miskin....JKKK, Tok Penghulu, Adun, Ahli Parlimen, Menteri dan PM...!!

kedahlanie.info
Oleh Abd Shukur Harun

Ketika harga barang keperluan naik melambung, rakyat biasa merasakan sangat tertekan dengan kos hidup yang demikian tinggi, keluhan dan rintihan rakyat terdengar di sana sini, tetapi siapalah yang pedulikan mereka in.

Orang besar dan kaya meneruskan hidup bermewah-mewah mereka. Kereta besar beberapa biji menjalar di garaj banglo mereka di atas bukit di kota besar. Puan seri dan mak datin jarang sekali ke pasar dan tidak pedulikan harga barang dapur naik atau tidak naik.

Semuanya ada van yang datang ke banglo mereka untuk menghantar bahan mentah untuk dimasak oleh orang gaji.

Siang dan malam ada saja lunch dan dinner silih berganti bagi mereka di dewan atau hotel ternama – merai dan diraikan. Makanan yang dihidangkan pelbagai dan lazat. Silih berganti senyum dan gelak ketawa orang kaya dan ternama, menggambarkan kehidupan mereka tidak ada masalah. Dirver orang besar dengan kereta besar menjalar menunggu sertia di tempat parking, menunggu sedia orang besar dan isteri untuk dibawa pulang selesai jamuan.

Ini suasana yang sungguh kontras dengan kehidupan rakyat miskin di kota besar dan di desa. Tidak ada siapa yang pedulikan mereka. Setinggan di bandar hidup dibelit kemiskinan beraba-abad lamanya, sementara di desa kemiskinan menjadi warisan mutlak.

Kini harga getah jatuh sejatuh-jatuhnya, demikian juga kejatuhan harga kelapa sawit. Laut pula bergelora dengan ribut taufan dan ombak besar, menyebabkan nelayan - perahu kecil dan besar - tidak dapat menangkap ikan, mengakibatkan harga ikan melambung dan tidak mampu dibeli oleh si miskin.

Sayur juga semakin mahal di mana penjual di pasar memberitahu bahawa sayur dari Cameron Highlands sangat kurang, akibat tanah runtuh dan banjir merosakkan kebun sayur di sana. Semakin sukarlah kehidupan si miskin.
Kemiskinan ini semakin bertambah parah. Ini menyebabkan jurang miskin-kaya semakin ketara terutama di kota besar Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Di tengah-tengah tangisan dan rintihan golongan miskin ini, terutama di kawasan tanah rancangan, sebuah badan - Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) - bergerak meneruskan jelajah ke tanah rancangan di seluruh negara bagi berdialog dengan peneroka mendengar nasib mereka.

Presidennya, Mazlan Aliman, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,
bersama teamnya, minggu lalu, menjelajah dan berdialog dengan para peneroka serta berpeluang mendengar maklumat terkini mengenai kehidupan mereka.

Menurutnya, pihaknya mengadakan pertemuan ini di Felda Mempaga, Bentong, Pahang, yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan berhubung harga kelapa sawit yang semakin menurun sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

Menurut Mazlan, peneroka juga tertanya-tanya mengenai cara bagaimana kerajaan hendak berbuat sesuatu untuk memastikan harga komoditi tidak terus menjunam bagi menjamin kelangsungan hidup mereka.

Para peneroka ini, kata beliau, bergantung hidup semata-mata dengan tanaman mereka, jika harga komoditi semakin membimbangkan, sudah tentu ia memberi kesan kepada pendapatan peneroka.

"Mereka mahukan jaminan kerajaan, mekanisme apa yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan mereka dapat keluar dari kesukaran ini," kata beliau.

Kesan dari kejatuhan harga kelapa sawit ini, menurut Mazlan, para peneroka terpaksa pula menanggung pengurusan kebun yang bermasalah yang menyebabkan sasaran untuk mendapatkan hasil terjejas.

Menurut Mazlan, apabila satu masalah besar timbul, ia akan memberi kesan kepada isu berkaitan peneroka yang saling kait-mengait.

Malah, dengan keadaan itu, katanya lagi, menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan mempersoalkan beberapa insentif Felda yang dahulunya mudah, kini semakin sukar diterima.

"Sebagai contoh, beberapa insentif seperti bantuan anak melanjutkan pelajaran, bantuan pinjaman perumahan yang kini semakin sukar diterima ekoran pelbagai masalah yang timbul akibat merudumnya harga kelapa sawit," tegasnya.

Justeru, kebanyakan para peneroka mendesak kerajaan untuk segera mencari satu mekanisme bagi mengatasi maslaah tersebut, selain memberi jaminan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.

Menurutn Mazlan lagi, siri jelajah itu akan diteruskan ke bahagian utara Semenanjung pada minggu hadapan.

Turut bersama pada program di Felda Mempaga itu ialah Penasihat Ekonomi Anak, Dr. Rosli Yaakop, Timbalan Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Nasaie Ismail, dan Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda.

Usaha gigih Mazlan dan teamnya ini sewajarnya disokong oleh semua pihak, justeru badan ini sangat prihatin dengan nasib para peneroka, walaupum mereka tahu kebanyakan peneroka ini adalah penyokong tegar Umno/BN setiap kali pilihan raya. Namun begitu badan Anak ini tidak jemu-jemu menjai pembela peneroka.

Adapun kemiskinan rakyat ini, terutama di desa, telah dirakam oleh Sasterawan Negara, Dr. Usman Awang, puluhan tahun yang lalu, menerusi sajaknya, 'Pak Utih' yang terkenal itu.

Inilah bait-bait puisinya itu:

Pak Utih
Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.
Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih boleh panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

Demikian perihal kemiskinan rakyat ini tidak putus-putusnya dibicarakan orang, termasuk sasterawan, sejak zaman berzaman. Kemiskinan bukan suatu kehinaan, tetapi ia wujud disebabkan pengurusan ekonomi sesuatu pemerintah yang ticak adil.

Oleh itu menjadi kewajipan mutlak kepada pemerintah untuk menyusun rancangan ekonomi yang adil untuk membantu mereka, justeru hasil negara ini, terutama hasil minyaknya, mesti dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment