Thursday, November 20, 2014

RG2014... Warden wanita dilarang sentuh tahanan Abdul Hadi

 

Warden wanita dilarang sentuh tahanan Abdul Hadi
Posted on Thursday, November 20 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Luar Negara

HAKIM tentera Amerika Syarikat (AS) memerintahkan seluruh warden wanita di pusat tahanan Guantanamo untuk tidak mendekati dan menyentuh seorang tahanan warga Iraq yang dituduh sebagai salah seorang pimpinan Al-Qaeda di Afghanistan, lapor laman web dakwatuna, semalam.

Peguam kepada seorang tahanan yang bernama Abdul Hadi  mendedahkan bahawa anak guamnya seorang muslim dan keyakinannya melarang untuk bersentuhan dengan wanita yang bukan isteri.

Hakim telah mengeluarkan perintahnya pada 7 November lalu yang melarang seluruh warden wanita di pusat tahanan tersebut untuk tidak menyentuh Abdul Hadi kecuali ada keadaan yang mengharuskannya.

Keputusan tersebut kemudian dilanjutkan pada Selasa (18 November) sehingga jadual sidang berikutnya pada 26 Januari 2015.

Keputusan hakim tersebut berlatarbelakang kejadian pada 8 Oktober 2014 lalu di mana Abdul Hadi memberontak dan marah ketika penjaga penjara wanita hendak menyentuhnya dan memakaikan gari ke tangannya, sehingga akhirnya terpaksa memanggil warden laki-laki.

Menurut sumber tentera AS, terdapat kira-kira 10 peratus warden wanita dari keseluruhan warden yang bertugas di pusat tahanan Guantanamo. (islammemo/rem/dakwatuna) 

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment