Felixia Seru Ambil Iktibar Daripada Insiden #FMFA 2014
greenboc.blogspot.
SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.
Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.
"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.
"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum (minuman keras -ed) walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.
"…tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.
Felixia menganggap mereka yang masih berseronok dengan benda tidak berfaedah sebagai seperti tiada haluan hidup.
"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.
Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Antara wajah yang maut:
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.
Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan. -SH
comments:
Felixia Seru Ambil Iktibar Daripada Insiden #FMFA 2014
SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.
Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.
"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.
"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum (minuman keras -ed) walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.
"…tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.
Felixia menganggap mereka yang masih berseronok dengan benda tidak berfaedah sebagai seperti tiada haluan hidup.
"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.
Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.
Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan. -SH
comments:
KONSERT MAKSIAT SEJURUS KEHILANGAN PESAWAT MH370, CUBA DISOROKKAN DRPD KHALAYAK UMUM TAPI ALLAH TELAH MEMBUKA SEBESAR-BESAR AIB
- Anonymous said...
-
Asik2 nak salah kerajaan ,kenapa Malaysia ni 100% beragama islam ke,tak ada cina,india dan lain2 yang beragama kapiaq.Bagi aku yg dah meniggal tu dah sampai masa dan Mak Bapak depa yg salah tak pandai ajaq anak depa dgn baik.Nabi dah bagi tau Anak yang baru dilahirkan upama kain putih yg bersih ibubapa lah yg bertanggungjawab mencorakannya sama ada mengikut Islam ,yahudi,nasrani atau madusi,Kalau diajar mengikut Islam tak jadi macam ni,Dalam ISLAM buat apa yg disuruh jauhi apa yg dilarang
- Anonymous said...
-
Bala menimpa2 angkara UMNO dan pemimpinnya yg membenarkan kemaksiatan dan fitnah besar2an
- Anonymous said...
-
Ya...memang menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak2 mengikut ajaran agama Islam. Tetapi dalam masa yang sama, kerajaan juga sepatutnya bertanggungjawab menjaga rakyat agar tidak terjebak dalam perkara2 mungkar dan maksiat bukan setakat menyediakan kemudahan dan membawa kemajuan dalam negara. Agama rasmi kita ialah Islam, jadi sepatutnya kerajaan juga bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat beragama Islam.
KONSERT FMFA 2014 YANG MERAGUT 6 NYAWA MENDAPAT SOKONGAN PADU DAN JITU DARI NAZRI AZIZ???????
Omak Kau rasa terkilan dan sedih sayu di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan.
Ketika ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat Istisqa memohon pertolongan ALLAH untuk menurunkan hujan, tetapi anak-anak muda terkinja-kinja lupa diri berpesta di Stadium Bukit Jalil.
Kelmarin dulu, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah universiti di utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di acara muzik terbesar itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua mangsa warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.
Ekoran dari tragedi ini, pihak polis memberitahu penganjur bahawa konsert untuk hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan.
[BONGKAR] Anak Towkeh MYDIN Penganjur Festival FFMA Yang Sebab 6 Kematian (?)
Pemuda PAS Kecam Konsert Liar
Dewan Pemuda PAS Melaka mengecam penganjuran konsert luar Festival Future music Asia yang menyebabkan 6 penontonnya meninggal dunia.
Ketuanya Jauhar Md Dawi berkata di sebalik kisah duka dan ujian yang sedang dihadapi rakyat malaysia khususnya umat Islam tentang isu MH 370 , kemarau dan ketiadaan air , kita menyaksikan tragedi kebobrokan moral yang berlaku akibat ketiadaan pemantauan yang tegas oleh pihak berkuasa terhadap Festival future Music baru-baru ini.
"Pemuda PAS Melaka amat berduka cita dengan perkara yang berlaku dalam Festival Future music di stadium Bukit Jalil pada 13 -15 mac 2014 , di mana berlaku kematian seramai enam orang dan empat orang lagi dalam keadaan kritikal."
"Penganjur seolah-olah mendapat lesen besar dalam penganjuran festival ini kerana secara terang-terang mempromosi bahawa akan ada parti liar "Malaysia biggest and wildest party". " ujarnya.
Beliau mempersoalkan adakah pihak penganjur iaitu syarikat Live Scape sdn. bhd mengikut piawaian hiburan dalam negara ini atau mereka yang meluluskan festival ini tidak memantau sepanjang perjalanan festival ini berlaku.
"Bagi kami peristiwa ini amat memalukan negara kerana pada masa yang sama kita sedang bersedih tentang kehilangan pesawat MH370. "
"Lebih malang lagi kematian ini melibatkan anak-anak muda yang beragama islam. Di mana letaknya peranab pihak penguatkuasa dan pihak kementerian dalam isu yang besar ini." tambahnya.
Menurutnya Dewan Pemuda Pas Melaka merasakan pihak kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan perlu memberi penjelasan tentang punca mengapa konsert liar ini dibenarkan.
"Jelas sekali menteri berkenaan dan pihak berkuasa gagal menjalankan tugas mereka dan sesiapa yang berkenaan mesti meletakkan jawatan sekiranya jawapan itu tidak menyakinkan kerana ia sudah melibatkan nyawa dan maruah negara."tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa Dewan Pemuda Pas Melaka memandang berat isu ini kerana ia adalah pertama kali berlaku di malaysia yang merupakan negara majoriti umat Islam dan ia melibatkan kematian anak muda yang beragama Islam akibat penggunaan dadah yang berlaku dalam konsert itu.
"Sudahlah negera kita dicemuh dan dipersendakan oleh akhbar-akhbar antarabangsa akibat memanggil Bomoh 1Malaysia untuk mencari pesawat MH 370 di KLIA , ditambah pula dengan kes ini yang memaparkan imej yang buruk terhadap negara akibat penganjuran konsert yang jelas bertentangan dengan Agama dan tatasusila Rakyat Malaysia." tegas beliau. -mutaligat
Siapa Lulus Permit Untuk Konsert Maksiat? - Kerajaan Perlu Jawab !!!
Ini ialah pengetahuan umum sebenarnya. Kalau nak buat apa2 ;
1. Konsert
2. Program yang berskala besar
3. Event
Di kawasan awam ataupun kawasan yang diwartakan perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan, kita perlu mendapatkan permit kelulusan terlebih dahulu dari mereka sebelum menganjurkan majlis tersebut.
Setelah mendapat permit baru la apa2 program yang direncakan akan berjalan tanpa serbuan dari pihak berkuasa kerana program tersebut telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk dijayakan.
Siapakah penganjur konsert tersebut?
Syarikat Live Scape Sdn Bhd
Siapakah pemilik syarikat Live Scape ini?
Apabila kita google nama Iqbal Ameer muncul.
Siapa Iqbal Ameer ini?
Ini link yang serba sedikit boleh menjadi rujukan anda ==> http://my.linkedin.com/pub/iqbal-ameer/23/504/a38
Dalam link yang sama ada diberitahu Iqbal Ameer ini juga terlibat dalam bisnes berkaitan arak dan alkohol.
Iqbal Ameer ini juga sebenarnya bukan calang2 orang. Rupanya dia anak kepada pemilik rangkaian perniagaan MYDIN.
Dan syarikat Live Scape ini juga bukan syarikat baru. Syarikat ini memang terkenal dengan penganjuran pelbagai jenis konsert bertaraf antarabangsa.
Pada tahun lepas salah satu konsert bertaraf antarabangsa di batalkan di Malaysia. Ia melibatkan Live Scape selaku penganjur. Lihat beritanya mengenainya disini ==>
http://mynewshub.my/2013/10/26/livescape-rugi-rm1-juta-konsert-kesha-batal/
Gambar Iqbal Ameer seperti yang tersebar ;
Apakah konsert yang cuba dianjurkan?
Konsert Festival Future Music.
Apakah disebalik penganjuran konsert tersebut?
Konsert tersebut kononnya dikatakan berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hub music antarabangsa sekaligus menaikkan nama MALAYSIA sebagai salah satu tempat pelancongan bagi masyarakat eropah.
Tetapi apa yang berlaku?
Pada hari pertama konsert tersebut berlangsung sudah berlakunya insiden yang kurang enak. Iaitu 3 individu yang menghadiri konsert tersebut dikesan positif dadah dan telah ditahan. Polis telah membuat siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Pada hari kedua, sekali lagi polis terpaksa bergegas ke lokasi apabila 5 maut manakala 4 yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan bernafas angkara pengambilanan dadah dan alkohol secara berlebihan.
Ini melibatkan 3 buah negara iaitu penonton dari Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.
Insiden ini sebenarnya mencemarkan nama baik negara dikala kita semua menghadapi permasalah2 seperti ;
1. Kemarau sehingga catuan air dibuat.
2. Jerebu dengan pembakaran hutan demi hutan yang menyebabkan IPU berada pada paras yang tidak selamat.
3. Insiden MH370
4. Masalah kegawatan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi dengan kadar penganguran yang semakin tinggi..
Jelas, konsert ini walaupun mahu mempromosikan Malaysia sebagai hub hiburan tetapi keterlaluan dalam penganjurannya.
Bayangkan.
Tak mungkin la penonton2 yang bawa dadah dan alkohol secara haram tak boleh dikesan oleh pihak penganjur. Kalau dadah logik juga. Tetapi kalau arak bagaimana?
Sudah semestinya arak ada disediakan dalam konsert tersebut.
Apa tak cukup PANAS lagi bumi Malaysia ini sampai nak tambah PANAS? Dah tak cukup lagi MASALAH2 yang sedang dihadapi untuk tambah MASALAH baru lagi? Dah terer sangat ke nak selesaikan semua MASALAH2 yang ada?
Kerajaan perlu ;
1. Dedahkan kenapa permit diberikan kepada penganjur konsert ini.
2. Dedahkan apakah syarat2 yang menyebabkan kerajaan bersetuju beri permit.
3. Siasat bagaimana dadah dan alkohol boleh berada di dalam konsert.
4. Siasat mengapa sesetengah dari mereka boleh overdose.
Dan seterusnya dedahkan kepada masyarat mengenai hasil siasatan dan tolong dakwa mana2 pihak yang cuai sehingga mengakibatkan kematian. Meskipun mereka cuai kerana mengambil dadah dan alkohol secara berlebihan, pihak yang sediakan 'service' itu juga perlu diheret sama ke muka pengadilan sebab menyediakan service yang tidak sepatutnya kepada para pengunjung.
Untuk rekod, ia perkara yang sangat memalukan untuk tahu salah seorang penganjurnya ialah seseorang yang menganuti agama Islam.
Terima kasih. -sozcyili
ULASAN GB
Foto2 Suasana Konsert Di Bukit Jalil Yang Meragut Enam Nyawa
Semalam kecoh apabila enam remaja mati ketika konsert berlangsung di Bukit Jalil.Empat lagi dimasukkan ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan kritikal DISINI.Di sini aku paparkan foto2 suasana konsert tersebut.
Untuk tidak mengaibkan mana2 pihak aku sengaja mengaburkan muka mereka,kerana tujuan aku hanya sekadar ingin berkongsi suasana konsert tersebut saksikan :
Sumber Foto DISINI
Apa pandangan korang selepas menyaksikan foto2 diatas ? Ada yang berpendapat konsert ini tidak patut diadakan ketika negara berada dalam suasana kesedihan ekoran kehilangan pesawat MH 370.
Tapi bagi aku konsert sebegini sepatutnya diharamkan terus buat selama lamanya.Banyak keburukannya.Selain pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan suasana sebegini juga mengundang kepada penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Dan bernasib baik kerana isu ini dilihat tenggelam ekoran negara lebih tertumpu kepada isu kehilangan pesawat MH370 yang lebih diberi perhatian.
Jika tidak sudah tentu isu penyalahgunaan dadah hingga membawa kematian ini menjadi isu besar dan diperdebatkan seluruh golongan masyarakat di seluruh negara.
Sudah sampai masanya kerajaan mengharamkan konsert2 sebegini. Wallahua'lam -malaysiaberih
Ulasan-ulasan dari sozcyili dan malaysiaberih di atas, GB rasa memadai dan menyamai apa yang hendak GB luahkan. Kredit untuk mereka berdua di atas tulisan-tulisan mereka.
comments:
-
moses kata: kita ramaix boikot rangkaian sy maidin
- Anonymous said...
-
Aku nak beri pandangan peribadiku yg kerdil ni, berdasarkan laporan2/gambar2:
1) Klu anak taukeh Mydin, simpati kat bapanya, sbb setahu aku rangkaian Mydin (betulkan aku klu salah)tak de jual arak/minuman keras berbanding supermaket2 lain spt Giant, family store dll.
2) Pernah kedai Mydin (klu x silap aku_ anjurkan majlis buka puasa besar2an di Kelantan.
Jadi ,pada pendapat aku, tokeh Mydin ok, anaknya yg anjur konsert tu tak ok. Benarlah Allah sebut, harta benda, anak2, keluarga akan jadi fitnah.
3) Kerajaan pun disalahkan juga kerana x de garis panduan. Teringat dulu arwah Dato Mohd rahmat masa jadi men Penerangan dia buat garis panduan kalau nak keluar tv.
4) Aku tengok kat fb kempen di kajang, ape hal ada konsert Rok melayu beb.. takkan nak tarik pengundi, halalkan cara .
Begitu le bila dah terlampau ramai, memang susah nak control, bawa fitnah.
Sama le dgn PAS. Buat lah nasyid2 , zikir2 dgn penasyid2 /penyanyi2 sopan ok le.. - Anonymous said...
-
this we call MALAYSIA BOLEH......
DOA boleh....
HOREY-HOREY pon boleh....
pagi Islam....
malam munafik....
hari nie Islam....
besok munafik...
...........1 Malaysia lol
mr. raja bomoh vvip - Anonymous said...
-
Laksanakan hukum hudud. Hukum Allah! Mgkin kt sini Allah nk bg peringatan dgn pelbgai mslh yg menimpa bhw hukum Allah yg terbaik. Mlysia skrg dtimpa pelbgai ujian mgkin balasn krn fitnah yg berleluasa, maksiat. Allahu. Allah lbih mgetahui cara yg terbaik utk menangani. Inikah bukti hukum manusia yg terbaik? Dpt menangani mslh sosial? Allah. Jeles dgn negara brunei.
- Anonymous said...
-
setuju !!
laksanakan hukum HUDUD di Selangor dulu ... kalo kat Kelantan tu payah la sikit(kerajaan pusat tak bagi .. kata Nik Ajis)
Khalid Brahim dah tentu setuju sebab dia MB yang berwibawa ... Khalid Samad pun setuju .. sekurangnya boleh tunjukkan PAS Selangor berfungsi ... tapi Anwar Brahim ni payah sikit la .. sebab kes liwat ... kalo lepas pun kes Nalla pulak menyusul ... ni lagi banyak bab tala menala
apa2 pun saya dengan sukacitanya menyokong HUDUD dilaksanakan di Selangor - Anonymous said...
- Anonymous said...
-
Bala Allah sudah turun.
- Anonymous said...
-
Anon 12:11 AM,
Jgn jadi munafik la.. - pelangsing wsc biolo said...
-
keamanan belum siap sepertinya
- Anonymous said...
-
Pihak berwajib sdh d butakan oleh kuasa duit darjat pangkat...jika tdk kenapa timbul segala mcm isu akhir2 ini??? :'(
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.




















semuga mendapat hidayah.
kalau pun ditakdirkan Allah tak beri hidayah, kat dunia ni dia tak menyusahkan org Islam dgn dedah aurat & perkara2 negatif sbg human being. Salute to u.