Pencerahan Tentang Yang Dikatakan Hadis Kenali 10 Sahabat Iblis
telokbakong.blogspot
ijoks2009.blogspot
Merujuk kepada artikel yang pernah dikeluarkan oleh harakahdaily.net
( http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/19941-kenali-10-sahabat-iblis )
yang dipetik dari myannur.com
( http://www.myannur.com/kenali-10-sahabat-iblis )
artikel asalnya dirujuk dari Republika.co.id seperti dibawah>>
Riwayat Imam Bukhari pernah menceritakan, ketika Rasullullah sedang duduk, baginda didatangi seseorang. Rasullullah bertanya kepadanya: "Siapa anda?" Lalu dia pun menjawab: "Saya iblis." Rasullullah bertanya lagi, apa maksud kedatangannya. Iblis menceritakan kedatangannya kerana izin Allah untuk menjawab semua pertanyaan dari Rasulullah SAW.
Lalu Rasullullah menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa perkara. Salah satunya adalah mengenai teman-teman iblis dari umat Muhammad SAW yang akan menjadi peneman iblis di neraka. Iblis menjawab, temannya di neraka terdapat 10 golongan.
Yang pertama, kata iblis, haakimun zaa`ir – hakim yang curang. Seseeorang hakim yang berlaku tidak adil dalam menetapkan hukum. Bukan hanya hakim mahkamah tetapi hakim-hakim umum seperti ketua kampung, ketua keluarga dalam menghakimi sesuatu.
Kedua, ghaniyyun mutakabbir – orang kaya yang sombong. Mereka begitu bangga dengan kekayaan dan enggan menafkahkan ke jalan Allah dan menganggap semua yang diperolehnya merupakan usahanya sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Ketiga, taajirun kha'in – peniaga yang khianat. Mereka melakukan penipuan sama ada tentang kualiti barang atau mengurangkan timbangan. Juga berkaitan segala penipuan dalam urusan perniagaan.
Keempat, syaaribu al-khamr – orang yang meminum arak. Minuman apa-apa sahaja minuman yang memabukkan. Riwayat lain ada menyebutkan peminum khamar dikatakan tidak beriman, jika semasa dia mati masih terdapat arak dalam tubuhnya.
Kelima, al-fattaan – tukang fitnah. Ini kerana fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan. Ini termasuklah mengungkap aib seseorang yang kebenarannya tidak boleh dipertanggungjawabkan, gosip, ghibah dan lainnya.
Keenam, shaahibu ar-riya` – orang yang suka menunjuk. Mereka selalu ingin menunjukkan kehebatan dirinya, menunjukkan amalnya, kekayaannya dan lainnya kerana ingin mendapatkan pujian.
Ketujuh, aakilu maal al-yatiim – orang yang memakan harta anak yatim. Mereka memanfaatkan harta anak yatim atau sumbangan untuk anak yatim demi kepentingan peribadi atau kelompoknya sendiri.
Kelapan, al-mutahaawinu bi al-shalah – orang yang meringankan solat. Mereka memahami tentang kewajipan solat, namun dengan berbagai alasan mereka melalaikan dan meninggalkan solat.
Kesembilan, maani'u az-zakaah – orang yang enggan membayar zakat. Mereka merasa berat untuk mengeluarkan zakat walaupun tujuan zakat untuk membersihkan diri dan hartanya.
Kesepuluh, man yuthiilu al-amal – banyak angan-angan. Mereka enggan berusaha namun selalu menginginkan sesuatu.
Wallahu a'lam.
Rujukan : Republika.co.id
-------------------------------------------
Penjelasan Majlis fatwa kebangsaan
Riwayat tersebut tidak terdapat di dalam Kitab Sahih Imam Bukhari sebagaimana didakwa penulis artikel tersebut. Ia dicatatkan oleh Al-Samarqandi (wafat: 373H) di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin. (1421, Beirut: Dar Ibn Kathir, hlmn. 61).
Ia dinisbahkan kepada riwayat Wahb bin Munabbih, tanpa dikemukakan rantaian sanad yang merupakan asas dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis atau sebaliknya.
Al-Samarqandi juga menyebut kisah ini dengan ungkapan 'wazukira' yang bermaksud "disebutkan", di mana di sisi ulama hadis, ungkapan sedemikian kebiasaannya merujuk kepada riwayat yang tidak sahih.
Ia juga tidak didapati dalam kitab-kitab hadis utama, seperti kitab-kitab hadis sahih, kitab-kitab sunan, kitab-kitab musnad dan lain-lain.
Maka tindakan penulis artikel yang menyebarkan kisah tersebut dengan menisbahkannya kepada riwayat Bukhari adalah suatu yang amat tidak wajar.
Wallahu A'lam.
-Artikel penuh >> ( http://www.e-fatwa.gov.my/blog/status-hadis-tentang-teman-teman-iblis )
Diharap pihak-pihak berkenaan membuat pembetulan untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment