Satu produk Nokia berasaskan Android, Nokia X akan mula dijual di Malaysia bermula 10 Mac 2014 iaitu minggu depan dengan kemudahan slot dua kad SIM serta enam warna termasuk hitam, biru, hijau, merah, putih dan kuning.
Ia akan dijual pada harga RM399.
Manakala dua lagi model, X+ dan XL hanya akan dijual pada suku kedua tahun ini.
Ketika di Kongres Mudah Alih Sedunia 2014 yang kini berlangsung di Barcelona, Sepanyol, syarikat Finland tersebut memperlihatkan reka bentuk Nokia dan OS Android serta pada masa sama menawarkannya pada harga rendah kepada pengguna.
Spesifikasi yang diperlihatkan termasuk:
Rangkaian: 2G, 3G, wifi
Saiz: kenipisan 10.4mm
Berat: 128.7g
Skrin: 4-inci 480 x 800
Memori: 4GB, RAM 512MB
Kamera: 3.15MP
OS: Android 4.1 Jelly Bean
Pemproses: dual core 1GHz
Bateri: 1500mAh
Nokia XL yang berskrin 5 inci dijangka akan dijual pada harga kira-kira RM500 saja dan Nokia X+ yang berharga hanya pada RM450 dengan paparan 4-inci.
Dan walaupun ikrar taat setia pada Microsoft sebelum dilaksanakan syarikat tersebut, Nokia akhirnya mengalah dengan kehendak pasaran Android yang dilaporkan menguasai 60 hingga 70 peratus sistem operasi di seluruh dunia.
Meskipun menggunakan Android, Nokia X tidak mempunyai akses ke Google Play atau aplikasi khusus Google seperti Gmail, Chrome, Maps dan lain-lain. Walaubagaimanapun, aplikasi Android akan beroperasi pada peranti dengan hanya sedikit ubahsuai yang dikehendaki oleh pembangun.
Nokia mewujudkan stor aplikasi 'Android'nya sendiri yang masih menyerupai Google Play dari segi penawaran aplikasi.
Ia juga akan menyepadukan stor tersebut dengan aplikasi yang terdapat dalam Nokia.
Comments
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


No comments:
Post a Comment