SANTAI
Tinggal di rimba belum tercemar
0 0 Google +0 0 0
Oleh Siti Salmiah A Hamid
Raub antara daerah di Pahang yang terkenal dengan bangunan bersejarah. Justeru, pengunjung masih berpeluang menerokai pelbagai tinggalan bangunan kolonial yang menarik di merata tempat.
Bukan itu saja, kawasan perkelahan di Raub turut menarik kedatangan pengunjung luar yang mahu bersantai sambil menerokai alam sekitar.
Peluang meneroka Hutan Lipur Lata Lembik di Kampung Baru Kela, Raub, Pahang sesuatu yang menarik kerana perjalanan sejauh 145 kilometer dari Kuala Lumpur amat menghiburkan.
Namun, pemanduan yang sepatutnya dua jam menjadi hampir 5 jam akibat kesesakan lalu lintas kerana kebanyakan kenderaan menggunakan laluan alternatif untuk pulang ke Kelantan melalui Bentong, Pahang.
KEINDAHAN air terjun di Lata Nibong.
Memasuki perkampungan Baru Kela, pengunjung pastinya ditemani suasana rimba yang masih terpelihara apatah lagi bertembung dengan Orang Asli yang turut mendiami kawasan itu.
Kepenatan di dalam kereta, terbalas juga apabila mata menerokai khazanah pelancongan yang serba semula jadi. Aliran air sungai begitu mendamaikan diikuti persekitaran hutan yang masih dikekalkan dengan baik tanpa membabitkan banyak pembangunan.
Begitu kata hati, alangkah cantiknya alam semula jadi dengan kehijauan flora yang menenangkan jiwa sesuai sebagai tempat tumpuan riadah sekeluarga, apatah lagi lokasinya jauh daripada hiruk-pikuk dan kesesakan bandar.
Pengurus Lata Lembik Recreational Park (LLRC) Nur Syahriman Shaharuddin berkata, Lata Lembik asalnya kawasan penempatan Orang Asli Semai tetapi mereka sudah dipindahkan ke kawasan penempatan semula di Pos Buntu.
"Namun, Orang Asli kerap kelihatan di sekitar kawasan rekreasi ini kerana masih meneruskan aktiviti bercucuk tanam.
"Saya selalu memaklumkan kepada pengunjung usah khuatir dengan situasi itu," katanya ditanya mengenai kehadiran ramai Orang Asli di kawasan itu.
Mengimbau kenangan pada 1992, menurut Nur Syahriman, dia menjejakkan kaki ke Lata Lembik ketika kawasan itu belum dibangunkan sepenuhnya.
Sejak 2013, Nur Syahriman diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk memajukan kawasan pelancongan ini malah berjaya mengekalkan alam semula jadi dalam keadaan yang masih terpelihara.
LLRC mempunyai tiga chalet moden dan tiga lagi bercirikan ala kampung bagi mendekatkan pengunjung kepada suasana harmoni di desa.
Manakala, asrama dibina terbuka tanpa ruang pemisah bagi mengeratkan hubungan antara pengunjung yang datang berkumpulan dan mampu memuatkan 80 pengunjung pada satu-satu masa.
Bagi pengunjung yang menyukai idea santai, tapak perkhemahan disediakan bagi memenuhi cita rasa dan kelainan rimba dan dianggarkan mampu memuatkan hingga 25 khemah.
Harga yang ditawarkan berbaloi iaitu sebanyak RM5 untuk satu tapak khemah sehari.
INFO
• Raub antara 11 daerah yang terdapat di Pahang, terdiri daripada 7 buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras.
• Mempunyai 37 kampung tradisional dan sembilan Kampung Baru Cina.
• Berkeluasan 2,271 kilometer persegi, terletak antara dua banjaran iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom.
• Raub mula diteroka sejak abad ke-18 sebagai pusat perlombongan emas yang bersejarah dan semakin dikenali dalam industri apabila permintaan terhadap emas meningkat.
Nama: Nur Syahriman Shaharuddin
Alamat: Lata Lembik Recreation Park, Simpang Satak, Kampung Baru Kela,
27610 Raub, Pahang
Hubungi: 09 - 356 0204
Emel: marketing@lamanpesona.com.my
Tempahan: Dari jam 9 pagi ke 6 petang
Bayaran masuk: Kereta RM3 dan motor RM1
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.







No comments:
Post a Comment