Santai
Belajar hidup di kawasan berais
0 0 Google +0 0 0
Oleh Hafiz Ithnin
Sebelum ini, dalam laporan perjalanan mencari tujuh penjelajah negara ke Ekspedisi Greenland Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) usai kami ceritakan.
Namun, latihan mereka di Malaysia belum cukup bagi berdepan dengan situasi sebenar nanti.
Bukan mudah melalui perjalanan untuk tempoh kira-kira 35 hari di Greenland dengan cuaca di tahap beku.
Justeru, latihan praktikal dan teori di luar negara yang mempunyai cuaca sejuk perlu mereka lalui.
PESERTA penjelajah KE7B Felda Greenland 2014 di Pergunungan Franz Josef Galcier, New Zealand.
Latihan teknikal di New Zealand yang dijalankan pada 5 hingga 10 Februari lalu bukan sesuatu yang mudah.
Pengalaman mereka bermula dari Christchurch, New Zealand menuju ke Wanaka menerusi jalan darat sejauh 500 kilometer (km) menaiki van.
Seterusnya mereka menaiki helikopter ke Franz Josef Glacier, Banjaran Gunung Cook.
Berjalan dalam keadaan bersalji di kawasan pergunungan Franz Josef Glacier, Banjaran Gunung Cook dengan suhu sekitar maksimum mencecah negatif 10 darjah selsius memberi pengenalan pengalaman kepada penjelajah untuk berdepan dengan situasi sebenar di Greenland kelak.
Latihan dijalankan selama enam hari lima malam di kawasan itu memerlukan penjelajah negara menarik bebanan kira-kira 100 kilogram (kg) termasuk melalui kawasan curam.
Menerusi latihan itu, mereka didedahkan dengan latihan menggunakan ski dan membiasakan diri dengan rutin harian di kawasan berais termasuk menyediakan makanan dan mendirikan khemah.
Mereka turut diajar keselamatan untuk melindungi diri sekiranya berlaku cuaca buruk seperti ribut dengan membina penghadang angin daripada kepingan ais.
Ketua Penjelajah Greenland Kelab Eksplorasi 7 Benua, Yanizam Mohamad Supiah berkata, mereka turut diajar membuat tandas di kawasan berais menggunakan tong.
Katanya, walaupun ekspedisi ini memerlukan mereka mempelajari kelangsungan hidup dalam tempoh kira-kira 45 hari di Greenland tetapi kebersihan di kawasan perkhemahan turut diberi keutamaan.
"Walaupun latihan di New Zealand mengambil masa enam hari, banyak pengalaman baru diperolehi terutama memahami teknik menggunakan peralatan, keselamatan dan aktiviti kelangsungan hidup di kawasan berais.
"Bukan mudah untuk melaksanakan latihan ini kerana ia membabitkan keselamatan diri dan ahli kumpulan.
"Malah, latihan intensif sejak akhir tahun lalu termasuk menarik tayar dengan bebanan lebih 40 kg dan kekuatan fizikal serta mental amat berguna sepanjang sesi latihan di New Zealand," katanya.
Harian Metro ialah akhbar rasmi Ekspedisi Greenland Kelab Eksplorasi 7 Benua.
Yanizam berkata, kumpulan penjelajah ini juga berpeluang mendaki sebuah gunung berhampiran kawasan perkhemahan iaitu Gunung Von Bulow.
"Pendakian ini memerlukan kemahiran teknikal kerana terpaksa menggunakan crampon, tali dan peralatan lain.
"Perjalanan ke puncak amat bahaya kerana mendaki tebing yang tegak dan mempunyai gaung yang curam," katanya.
Sementara itu, seorang peserta penjelajah ke Greenland, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, membuat lubang sedalam 1.5 meter bagi melindungi diri daripada ancaman ribut adalah pengalaman paling bermakna.
Katanya, dengan keadaan sejuk mereka perlu mengali lubang yang hanya boleh memuatkan dua orang.
"Kami diajar jurulatih bagaimana membuat snow anchors dan ia digunakan ketika menempuh perjalanan menggunakan tali dan menyelamat," katanya.
Peserta ekspedisi Greenland menerima latihan yang disediakan oleh Adventure Consultant New Zealand. Latihan itu juga turut disertai oleh tiga krew sokongan dan dua jurulatih dari KE7B.
Hadir sama dalam latihan di New Zealand, Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusoff dan Presidennya, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Peserta ekspedisi penjelajahan Greenland dijangka menjalankan latihan pra-ekspedisi terakhir di Iceland April ini sebelum memulakan penjelajahan akhir bulan itu.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment