Budak Kampung | |
- Tingkat Keyakinan Terhadap Tuhan di Berbagai Negara
- Saudi mahu musnah tapak rumah nabi
- Ayuh selamatkan Syria!
| Tingkat Keyakinan Terhadap Tuhan di Berbagai Negara Posted: 03 Mar 2014 01:10 AM PST Sebuah laporan baru yang dirilis oleh NORC di Universitas Chicago, "Keyakinan terhadap Tuhan sepanjang waktu dan Negara-Negara" mengukur tingkat keyakinan terhadap Tuhan di 30 negara seluruh dunia, dan bagaimana keyakinan kepada Tuhan telah berubah dari waktu ke waktu. �� Dalam survey tersebut disodorkan tiga pertanyaan untuk menentukan apakah responden adalah seorang ateis, agnostik, deis, waivers, penganut agama yang lemah, penganut agama yang kuat, apakah keyakinan mereka tentang Tuhan berubah dari waktu ke waktu dan apakah mereka percaya pada pribadi Tuhan. Salah satu aspek paling menarik dari laporan tersebut adalah perubahan keyakinan Terhadap Tuhan dari waktu ke waktu. Perubahan dalam keyakinan terhadap Tuhan diukur oleh perbedaan "orang yang beriman saat ini, mantan ateis dan 'ateis saat ini' dan 'mantan orang beriman'. �� Laporan ini menemukan bahawa pada tahun 2008, Rusia, Latvia dan Slovenia menunjukkan peningkatan tertinggi dalam keyakinan pada Tuhan. Sedangkan Belanda, Spanyol dan Australia menunjukkan penurunan terbesar dalam keyakinan terhadap Tuhan. Keyakinan terhadap Tuhan telah meningkat di 12 negara, sedangkan keyakinan terhadap Tuhan telah menurun di 17 negara. Rata-rata peningkatan keyakinan terhadap Tuhan adalah 4,1 poin, sementara penurunan rata-rata dalam keyakinan terhadap Tuhan adalah 7,0 poin. �� Secara keseluruhan keseluruhan keyakinan terhadap Tuhan menurun di negara-negara tersebut sebesar 2,4 poin. �� Meskipun negara-negara bekas sosialis Rusa, Latvia dan Slovenia menunjukkan peningkatan terbesar dalam keyakinan terhadap Tuhan, para peneliti menemukan bahwa tidak ada kenaikan secara umum dalam hal kepercayaan terhadap Tuhan di bekas negara-negara sosialis, yang umumnya adalah memiliki tingkat ateis yang tinggi dan rendahnya keimanan yang kuat. �� Sementara keyakinan terhadap Tuhan telah menurun di sebagian besar negara, peneliti menemukan bahwa pergeseran ini rendah. Para peneliti menunjukkan bahwa kemungkinan akan sama keyakinan terhadap Tuhan akan terus menurun, atau keyakinan terhadap Tuhan akan menjadi meluas seperti yang terjadi di Rusia, Latvia dan Slovenia. �� Berikut daftar-daftar negara yang mengalami peningkatan dan penuruan dalam hal keyakinan terhadap Tuhan. (KAJ)
�� �� �� * Sumber �� |
| Saudi mahu musnah tapak rumah nabi Posted: 02 Mar 2014 10:17 PM PST Kaherah, 26 Feb. - Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan. �� "Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia," kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi. "Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu," katanya. �� Menurutnya, rancangan terbaru untuk memusnahkan tapak itu yang kini menempatkan perpustakaan kecil dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks moden, termasuk kediaman imam dan istana diraja. �� Perpustakaan kecil yang dibina pada 1950-an itu terletak di atas atas tapak yang dipercayai ulama sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW). �� Pemimpin Saudi yang menafikan Nabi Muhammad dilahirkan di situ menentang sebarang rancangan pemuliharaan kawasan sejarah yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah atas alasan ia akan dijadikan tempat penyembahan. �� Keluarga diraja Saudi tahun lalu menolak rancangan awal untuk menggantikan kawasan bersejarah itu dengan stesen kereta api untuk kegunaan jemaah haji atau membina perpustakaan baru. �� Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam pembinaan sekitar Masjidil Haram berkata, sebuah kompleks moden, termasuk sebuah istana dan kediaman imam akan dibina di kawasan itu. - Agensi |
| Posted: 02 Mar 2014 06:52 PM PST Rakyat yang memberontak di Syria berbuat demikian demi akidah dan hak mereka. �� PESANAN Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, "selagi Kota Damsyik di Syria tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. �� Bantulah mereka dengan dengan apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam." �� Itu antara ingatan yang mungkin sedikit sebanyak menyentak hati kita, bahkan dari situ sahaja dapat dilihat begitu pentingnya umat Islam menyelamatkan Syria daripada terus bermandi darah. �� Pengarah Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Sani Araby Al Kahery berkata, beliau sebelum ini ada menerima persoalan mengenai bantuan Mapim ke negara luar termasuk Syria dan Palestin. �� "Antara menolong rumah terbakar atau menolong membaiki rumah yang rosak, mana lebih penting? �� Tentulah rumah terbakar dan itulah situasi yang berlaku di Syria, Palestin dan Myanmar. �� "Mapim sentiasa prihatin dengan masalah umat Islam yang sedang berlaku di luar sana dan amat mengharapkan jasa umat Islam Malaysia supaya terus memberi sokongan yang padu dan berterusan," katanya. �� Nabi doakan Syria Riwayat Abu Daud, Nabi pernah menyebut 'Sesungguhnya kota perlindungan kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik). Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam'. �� Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Di Syria sahaja, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda. �� Nabi pernah menyebut dalam hadis; "Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami". �� Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; "Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam." (Riwayat Ahmad). �� Sani berkata, beliau bersama rakan sukarelawan melihat kejadian yang berlaku sepanjang berada di Syria itu seperti berkaitan dengan apa yang dikatakan Rasulullah. �� Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. �� Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. �� Rakyat Malaysia prihatin Nabi berkata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. �� "Seperti di Syria, memang kelihatan seolah-olah dalam hadis Nabi katakan sudah mula ada yang terkepung, dan seolah-olah mereka yang cuba menyerang umat Islam yang tidak berdosa di Syria ini juga tahu 'jalan cerita' yang terdapat di dalam hadis Nabi," katanya. �� Walau apa pun yang akan berlaku, tegas Sani, ia tetap akan berlaku, namun tanggungjawab umat Islam di seluruh dunia adalah bangkit dan sedar. �� Lelaki berusia 30 tahun itu juga sering mengadakan ceramah dan muncul di televisyen semata-mata untuk menyebarkan penderitaan yang sebenar berlaku di Syria. �� "Semua ini dilakukan atas dasar peduli ummah, dan alhamdulillah sehingga kini rakyat di negara ini ada yang peka dan amat prihatin dengan menghulurkan pelbagai bantuan. �� "Namun misi kami ke Syria akan masih diteruskan kerana pelbagai bantuan perlu diberikan kepada mereka," katanya. �� Bagi yang ingin membuat sumbangan, boleh melayari laman web www.tabungsyria.com atau terus menghubungi Sani di dalam laman Facebooknya, www. facebook.com/saniarabykahery. - Sinar Harian �� * Oleh WARTAWAN SINAR HARIAN, 2 Mac 2014 |
| You are subscribed to email updates from Kampung Cekok To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (4) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___



No comments:
Post a Comment