Wednesday, March 5, 2014

RG2011... FW: Rahsia sate mamak

 

 

Santai

Rahsia sate mamak

 20  0 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Suliati Asri

Hidangan sarapan pagi yang ringkas ini cukup digemari penduduk pekan Baling, Kedah.

Jika mahu menikmati­nya, anda harus cepat kerana waktu perniagaannya cukup singkat iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 12 te­ngah hari saja.

Adakalanya, belum pun jam 12 tengah hari perniagaan sudah ditutup kerana sate yang dijual pada hari itu sudah habis. Itulah kehebatan Sate Mamak, di pekan Baling ini.

Nama 'sate mamak' yang unik ini membuatkan penulis bagaikan tidak sabar melihat dan menikmati sendiri.

HIDANGAN sate mamak yang ringkas tetapi cukup menyelerakan.

 


Justeru, sesi 'city tour' pagi itu tidak disia-siakan.


Saat tiba di kedai yang dimaksudkan, kami terus memesan sate sambil menemubual empunya kedai, Syed Mohammad, 75 tahun.

"Kenapa bagi nama sate mamak, pak cik?" tanya penulis memulakan temubual.

"Saya asal dari Padra, India dan penduduk di sini panggil saya mamak. Jadilah ia sate mamak," jawabnya bersahaja sambil membakar sate.

Menjual sate daging ­lembu, ayam, paru dan perut, perniagaan yang ber­mula sejak 1952 ini tidak jauh bezanya dengan sate yang dihidangkan di mana-­mana.

Namun, hidangan ini ringkas serta tidak dileng­kapi dengan nasi himpit dan yang pasti punya rahsia tersendiri iaitu kuah kacangnya.

Satenya pula dihiris nipis-nipis sekali gus menjadikan sajian itu lebih ringan dan boleh dimakan sebagai snek.

Menurutnya, penyediaan sate itu sama kerana daging lembu, ayam, paru dan perut diperap dulu menggunakan bahan asas iaitu kunyit, gula dan serai.

Namun, rahsia dan keenakan hidangan sate mamak ini adalah kuahnya.

"Kekuatan sate ini terletak pada kuah kacang yang dimasak menggunakan ramuan rahsia.

"Kuah kacang yang dimasak sendiri oleh isteri di rumah ini juga dihasilkan menggunakan resipi yang diajarkan arwah bapa," katanya yang belajar membakar sate sejak berusia 14 tahun.

Katanya, bagi menghasilkan sate yang enak, perlu dibakar menggunakan kayu arang.

"Tidak boleh ada api, kena guna bara saja supaya sate tidak bau," katanya.

Penggunaan minyak saat membakarnya juga berbeza kerana diletakkan beberapa bahan didalamnya.

"Ketika membakar sate di atas bara api, minyaknya bukanlah campuran minyak dan serai semata-mata.

"Pak cik guna minyak kacang dan ditambah sedikit bawang putih, santan dan serai," katanya.
 

Dijual dengan harga 60 sen secucuk, sate mamak ini memang berbeza dengan sate yang sering penulis nikmati.
 

Sebagai satu-satunya peniaga sate di pekan Baling ini, tidak sukar mencari­nya, cuma anda perlu datang awal atau melepas dan terpaksa datang esok hari.

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment