Monday, September 22, 2014

RG2014... Fw: KECEWA SEBAB TAWARAN MENCIPTA PEN TIADA SAMBUTAN

 



CALON BEBAS PRK PENGKALAN KUBUR AMAT KECEWA SEBAB TAWARAN MENCIPTA PEN PALING BESAR DAN KREATIF TIADA SEORANG PUN YANG SAMBUT WALAUPUN MENAWARKAN HADIAH LUMAYAN RM2,400.

omakkau.blogspot
 
TUMPAT, 21 Sept - Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary kecewa apabila pertandingan Mencipta Pen Paling Besar dan Kreatif anjurannya tidak mendapat sambutan.

Sejak beliau mengumumkan pertandingan itu Khamis lepas, Izat Bukhary berkata tidak seorangpun penduduk dalam kawasan Pengkalan Kubor menghubunginya dan bertanyakan tentang pertandingan berkenaan.

Beliau berkata walaupun pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM2,400 kepada penduduk di kawasan berkenaan, ia tidak mendapat sambutan dan kini cuma berbaki empat hari untuk berkempen.

"Tarikh tutup untuk menyertainya ialah pada Selasa ini, dan apapun saya masih menunggu pengundi yang mahu menyertainya," katanya kepada pemberita semasa berkempen di sini pada Sabtu.

Izat Bukhary menggunakan lambang pen pada PRK DUN Pengkalan Kubor 25 Sept ini, yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan beliau sendiri.

PRK itu diadakan berikutan kematian ADUN Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment