PUTERA BANI TAMIM – Pemimpin Sejati Yang Dinantikan Dunia.
telokbakong.blogspot.
btmmari.blogspot
Written By canang
PUTERA BANI TAMIM – Pemimpin Sejati Yang Dinantikan Dunia.
(Tiada dalam hadis Nabi saw.. baiah seorang kalifah dibawah trowong melainkan didepan antara kabbah dan Makam nabi Ibrahim a.s)
(Tiada dalam hadis Nabi saw.. baiah seorang kalifah dibawah trowong melainkan didepan antara kabbah dan Makam nabi Ibrahim a.s)
"Dan dibaiahkan kalifah itu adalah para Nabi2 yang diturunkan Allah swt serta disaksikan para syuhadah dan para Malaikat."
- Siapakah figur Putera Bani Tamim ( Fata At Tamimi ) yang masyhur itu, dialah pemimpin yang disebutkan dalam hadis akan menyiapkan tapak kepada dunia yang penuh dengan keadilan dan kemakmuran dibawah pemerintahan Ratu Adil ( Imam Mahdi ) ?
-Links : Grand Design , Mencari Pemimpin 1, 2 , Putera Bani Tamim , Putera Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi.
Berdasar cirinya, perjuangan Putera Bani Tamim ini jelas terkandung dalam Hadis Rasulullah SAW iaitu:Abdullah bin Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa:Maksudnya: dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya:"Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim (yang di antaranya adalah Hasan dan Husin r.a.). Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?"Baginda menjawab,"Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia.
Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)
(Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)"Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. "(Riwayat Ahmad)
Secara ringkasnya, perjuangan Putera Bani Tamim itu ialah:
1. Menyampaikan TAJDID Secara asas Hadis-Hadis Rasulullah tentang kebangkitan Islam akhir zaman memperkatakan tentang perjuangan di akhir zaman, kebangkitan toifah atau jemaah, kebangkitan sistem hidup Islam, tetapi tidak ramai yang boleh memahami dan mencungkil maksud tersirat di sebalik Hadis-Hadis akhir zaman, sekalipun di kalangan ulama.Hanya kepada para mujaddid di zaman itu, khususnya di sini, hanya kepada Putera Bani Tamim Tuhan anugerahkan ilmu rahsia akhir zaman.
1. Menyampaikan TAJDID Secara asas Hadis-Hadis Rasulullah tentang kebangkitan Islam akhir zaman memperkatakan tentang perjuangan di akhir zaman, kebangkitan toifah atau jemaah, kebangkitan sistem hidup Islam, tetapi tidak ramai yang boleh memahami dan mencungkil maksud tersirat di sebalik Hadis-Hadis akhir zaman, sekalipun di kalangan ulama.Hanya kepada para mujaddid di zaman itu, khususnya di sini, hanya kepada Putera Bani Tamim Tuhan anugerahkan ilmu rahsia akhir zaman.
Tuhan berikan kepadanya ilmu ilham atau ilmu tajdid dari masa ke semasa. Putera Bani Tamim diberi faham bagaimana hendak membangunkan jemaah perjuangannya. Putera Bani Tamim dianugerahkan kaedah bagaimana mendidik manusia waktu itu untuk dibawa kepada Tuhan. Putera Bani Tamim mendapat kaedah bagaimana melahirkan sistem hidup Islam untuk menggantikan seluruh sistem hidup yang sudah rosak di akhir zaman. Bahkan kepadanya diberi khazanah ilmu ilham yang boleh menjawab semua persoalan dan permasalahan masyarakat dunia waktu ini.
2. Melahirkan ikhwan Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: "Apabila azan sang muazzin, berserulah dia: Asyhadu al laa ilaaha illallah, (ketika itu) bergoncanglah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai Syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Sedangkan di saat itu Rasulullah SAW pula tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti.
Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."Rasulullah SAW bersabda lagi:Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW berkata, "Alangkah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku)."Terkejut para Sahabat lalu berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?"Rasulullah berkata, "Tidak. Kamu adalah Sahabat-Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup 'menjual' keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak berjumpa denganku tapi beriman denganku."
Daripada kedua-dua Hadis itu Rasulullah SAW menyatakan bahawa para ikhwan ini lahir selepas baginda SAW wafat. Disebutkan juga golongan ikhwan ini adalah suatu toifah ertinya golongan kecil dari kalangan umat Islam yang sekian ramainya itu. Mereka ini muncul pada akhir zaman. Golongan ikhwan ini adalah golongan yang sangat dirindui oleh baginda SAW melebihi rindu baginda kepada yang lainnya. Ini adalah kerana para ikhwan amat mencintai dan beriman kepada Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasul bahkan mereka hidup di zaman yang jauh dari Rasul.
Ada dua sifat utama yang terdapat pada para ikhwan iaitu mempunyai akhlak seperti akhlak nabi-nabi dengan maksud akhlak para nabi terkumpul dan dapat dilihat secara realiti pada peribadi dan perjuangan mereka bukannya sekadar teori.
Yang keduanya disebut para ikhwan menempuh perjalanan para siddiqin, mereka sangat membesarkan dan mempromosi Tuhan serta mempertahankan Sunnah Rasulullah SAW. Lantaran itu mereka kelihatan janggal pada pandangan masyarakat umum bahkan apa yang mereka perjuangkan dianggap terlalu asing.Golongan ikhwan yang dimaksudkan oleh baginda SAW ini adalah team kepimpinan Imam Mahdi, yang melalui merekalah agama Islam itu dinaikkan semula oleh Allah SWT ke tempat asalnya yang tinggi dan mulia, sama seperti Islam dinaikkan oleh Allah SWT pada permulaan dahulu melalui Rasul dan Sahabat-Sahabatnya.
Oleh kerana peranan para ikhwan di akhir zaman amatlah besar, tentulah mereka dipimpin oleh bukan calang-calang pemimpin. Pemimpin para ikhwan adalah mujaddid akhir zaman yakni Putera Bani Tamim, orang kanan kepada Imam Mahdi.Mereka adalah 'keluarga besar' kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim adalah 'ayah' dan pemimpin para ikhwan, dan mereka pula adalah 'anak-anak' kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamimlah yang mengajar, mendidik, mengasuh, membentuk, membina dan membangunkan golongan ikhwan ini sehingga keperibadian mereka adalah cermin keperibadian para Sahabat r.a. pada zaman dahulu. Mereka sangat membaiki diri, gigih berjuang dan berkorban, tanpa jemu.
3. Membangunkan jemaah sebagai tapak daulah Bilamana Putera Bani Tamim mempersiapkan para ikhwan, maka gelanggang perjuangan juga dipersiapkan. Yakni sebuah jemaah yang di dalamnya mengandungi model kehidupan Islam pada diri individu-individu ikhwan, keluarga mereka dan masyarakat yang cinta dan takutkan Tuhan. Masyarakat sudah letih mendengar orang bercakap dan bersyarah namun tiada role model untuk dicontohi. Putera Bani Tamim bukan hanya mampu memperkatakan kebenaran, bahkan beliau berjaya menzahirkan kebenaran di dalam jemaahnya.Di dalam jemaah Putera Bani Tamim wujud kedua-dua pembangunan insan dan material.
Tamadun insaniah menjadi keutamaan bagi mereka sehingga terhasillah tamadun material yang indah, selamat dan menyelamatkan kehidupan manusia.Mereka benar-benar dapat menegakkan Sunnah Rasulullah atau hukum-hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yakni berjaya menzahirkan Islam itu dalam realiti kehidupan, bukan Islam yang terus tinggal dalam bentuk teori impian yang tidak praktikal.
4. Melahirkan sistem hidup Islam Zahir dalam jemaah itu kebenaran yakni cara hidup Islam yang syumul, lengkap dan global. Terdapat sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, sistem sosial Islam, sistem kesihatan Islam, sistem kebajikan Islam, sistem penerangan Islam, sistem motivasi dan perhubungan Islam, sistem pertanian Islam dan lain-lain sistem hidup Islam yang indah, selamat dan menyelamatkan. Semua itu berlandaskan syariat Islam dan berteraskan iman.Jemaah kebenaran tidak bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan ia bukan sahaja mampu menaungi pengikutnya, tetapi mampu menjadi tempat bersandar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam.
Sistem hidup Islam dalam pelbagai aspek yang diterajui Putera Bani Tamim mampu menjadi alternatif kepada sistem hidup dunia yang sangat rosak dan merosakkan di waktu ini, sangat berlawanan dengan nafsu jahat manusia akhir zaman yang terlalu cintakan dunia dan melupakan Akhirat, sistem Tuhan akhirnya menewaskan dan memenangi peperangan antara sistem yang hak dan sistem yang batil.
5. Membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummahPerjuangan team Putera Bani Tamim akan memperolehi kejayaan. Melihat role model yang dibawa oleh Putera Bani Tamim di dalam jemaahnya, masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan.Lalu berlakulah Tuhan menghadiahkan sebuah daulah kepada Putera Bani Tamim. Keadaan ini amat menggemparkan seluruh dunia terutama Yahudi dan Barat kerana ternyata usaha-usaha mereka selama ini untuk menyekat kebangkitan semula Islam di dunia ini telah gagal.
Pada waktu ini, perdagangan, perekonomian, pendidikan, politik serta pemikiran Yahudi dan Barat yang menjadi pakaian manusia zaman ini jadi lumpuh.Putera Bani Tamim bersama teamnya 'menyediakan wadah hati' yang telah dibersihkan tadi supaya bersedia menerima suatu hidayah baru yang selama ini tertutup rapat sejak kewafatan baginda Rasulullah SAW. Sungguh besar dan berat tugas Putera Bani Tamim yakni mempersiapkan iman yang tinggi, akhlak yang mulia, aqidah yang mantap dan tepat kepada Tuhannya serta kasih sayang yang subur di hati-hati manusia.
Iman-iman yang berbunga, ibarat bunga-bunga berkembang mekar mewangi ke seluruh negara sehingga daulah Putera Bani Tamim menjadi contoh ikutan, role model kepada negara-negara di Timur. Kepimpinan Putera Bani Tamim dikagumi dunia dan manusia berbondong-bondong datang untuk melihat keadilan dan kemakmuran sebuah daulah Islamiah.
6. Menerima Kepemimpinan Putera Bani Tamim Sepertimana yang dijanjikan oleh baginda Rasulullah SAW, kemunculan Putera Bani Tamim adalah menandakan akan segera pula munculnya Imam Mahdi. Ertinya Imam Mahdi tidak akan muncul sendirian melainkan didahului oleh kemunculan mujaddid kembarnya, Putera Bani Tamim.Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenalinya. Bahkan negara-negara Asia akan berbaiah dan bergabung dengan daulah Islamiah Putera Bani Tamim.
Putera Bani Tamim yang sebelum ini juga sudah sekian lama menghebahkan kezahiran Imam Mahdi, memesatkan lagi aktiviti mempromosikan Imam Mahdi. Di sini kita faham bahawa kezahiran Imam Mahdi mesti didahululi oleh Putera Bani Tamim. Jika tidak, dia adalah Imam Mahdi palsu.Golongan yang cepat mengesan kezahiran Imam Mahdi adalah golongan ahli-ahli tarekat, ulama-ulama yang hak, guru-guru yang bertaqwa khususnya golongan wazir-wazir bersama pengikut-pengikut dan para simpati.
Semuanya mesti berbaiah dengan Putera Bani Tamim supaya fikiran dan pandangan dapat diselaraskan. Setelah selesai berlaku keselarasan, barulah Imam Mahdi akan mengisytiharkan dirinya, "Saya adalah khalifah Allah." Beliau mengisytiharkan dirinya ketika ilmu tajdid sudah selesai, daulah sudah berlaku dan Asia sudah bersatu.
Di waktu inilah nanti Imam Mahdi akan mengisytiharkan bahawa orang yang mendapat daulah di Timur adalah Putera Bani Tamim. Dan Putera Bani Tamim pula akan mengisytiharkan Imam Mahdi. Pada masa itu manusia tidak akan mentertawakan lagi Putera Bani Tamim kerana Asia sudah bersatu, pengikut sudah ramai dan kepimpinan Putera Bani Tamim sudah terbukti.sumber
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment