Tahniah...
Sent from my iPhone
Sent from my iPhone
On 3 Nov 2014, at 11:22 pm, '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
Berita Gempar Ini Tidak Boleh Disorokkan Lagi..
bloglist-malaysia.blogspot.addindeen.blogspotCAMERON HIGHLANDS 1 Nov. – Bukan sekadar boleh membuka kedai runcit malahan bebas menggaji rakyat dari negara mereka sendiri sebagai pekerja.Itu situasi yang berlaku di daerah peranginan ini apabila pendatang asing khususnya warga Bangladesh 'menawan' peluang ekonomi penduduk setempat kerana diberi ruang untuk berbuat demikian.Keadaan itu sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana warga asing tersebut dengan sewenang-wenangnya bertindak demikian sedangkan dokumen kerja yang dimiliki mereka adalah dalam sektor lain.Satu sumber berkata, terdapat kira-kira 18 kedai runcit dan sebuah hotel bajet yang diusahakan warga asing terutama di Lembah Bertam, Ringlet, Tringkap serta Kuala Terla sejak enam tahun lalu."Meskipun mereka mungkin mempunyai permit kerja dalam sektor pertanian namun tidak boleh melanggar syarat dengan menjalankan perniagaan kedai runcit apatah lagi menggaji warga asing lain."Kebanyakan pekerja itu pula dikatakan tidak mempunyai permit. Ada dalam kalangan mereka menggunakan pas lawatan pelancong sebagai tiket untuk bekerja di negara ini," katanya.Menurut sumber itu, terdapat warga asing menjadikan perkahwinan mereka dengan penduduk tempatan sebagai 'lesen' untuk menjalankan perniagaan kedai runcit.Dakwanya, di sebalik perniagaan itu, warga asing berkenaan berani menjual rokok seludup selain mengakibatkan penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan mereka."Warga asing tidak perlu risau atau takut kerana mereka 'dijaga' agensi penguat kuasa terbabit dengan hanya memberikan bekalan seperti rokok dan keperluan harian seperti ikan dan sayur-sayuran secara percuma," dakwanya.Sumber itu berkata, warga asing juga bebas membuka gerai untuk menjual ikan dan sayur di pasar-pasar malam di sekitar Cameron Highlands.Dalam pada itu, tinjauan Mingguan Malaysia di sekitar Ringlet sehingga ke Kampung Raja menemui beberapa premis perniagaan yang diusahakan oleh warga asing.Di Ringlet umpamanya, Mingguan Malaysia menemui premis dua tingkat yang dibuka oleh warga asing dan dipercayai menjadi lokasi kegiatan mesin judi haram serta pusat pembekalan gadis pelayan pelanggan (GRO).Tinjauan di Kuala Terla pula mendapati terdapat sekurang-kurangnya dua buah kedai runcit yang menjual keperluan harian seperti susu dan tepung diusahakan warga asing.Dalam pada itu, tinjauan di pasar malam Kampung Raja mendapati terdapat lebih dua gerai dibuka warga asing menjual keperluan harian seperti ikan, buah dan sayur kepada penduduk tanpa mereka perlu berasa takut terhadap pihak berkuasa. ~utusan
__._,_.___
Posted by: Kay <kekupumalam@yahoo.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment